Pelakon Idzham Ismail, telah memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya yang menghargai isterinya. Tidak menginginkan isteri yang sempurna, hanya mahukan isteri yang sentiasa menyokongnya.
Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama.
Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.
Aku tak perlukan isteri yang kaya raya sebab rezeki dan kemewahan boleh dicari bersama. Aku tak perlukan isteri yang buta hatinya kerana aku manusia melakukan kesilapan dan sedia untuk ditegur dan ubah untuk rumahtangga.
Aku PERLUKAN isteri yang menyokong dibelakanh ku kerana pabila ku hampir jatuh dia ada dibelakangku bisik kata semangat untuk aku naik semula.
Tak semua faham dunia dan cara bekerja macam kami, bila dapat yang memahami, bersyukur dan semangat dia lah yang buat aku tahu tiada gagal dalam kamus hidup hanya kejayaan menanti. Amin thank you Allah dan aku dah bersedia diatas tanggujawab kerja yang lebih besar ini. Amin amin ya rabbal alamin..
Sememangnya tiada pasangan yang sempurna dan akan ‘senang’ sepanjang masa, tetapi suami isteri yang saling melengkapi akan menyempurnakan sesebuah perkahwinan.
Nak bahagia dalam rumah tangga, formulanya tak susah. Perlu saling percaya, menghormati antara satu sama lain dan adanya kerjasama akan membuatkan hubungan suami isteri jadi harmoni. Selain itu, amalan yang kita buat juga boleh membantu membuatkan hubungan sesama pasangan menjadi lebih baik.
Salah satunya apabila seorang suami berjemaah dengan isterinya. Walaupun hanya ambil lebih kurang 10-15 minit untuk solat bersama-sama, manfaatnya sagat besar. Bila solat bersama, ada satu jalinan yang dibina dan membuatkan wujudnya kemesraan antara pasangan.
Suami isteri pasti ada memasang niat untuk bertemu semula dengan pasangannya di Jannah, jadi dengan solat bersama adalah satu cara mengumpul pahala dan usaha untuk mendapat keberkatan dari-Nya.
Melalui akaun TikTok ainazukri, isteri ini telah berkongsi video dia dan suaminya solat berjemaah. Menurutnya, itu merupakan solat berjemaah yang pertama selepas dia habis berpantang.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat suaminya mendukung bayi mereka ketika sedang solat. Tak nampak terganggu bahkan tenang sahaja si ayah mengetuai solat jemaah walaupun perlu memegang anaknya.
Rata-rata yang menonton video tersebut meninggalkan komen yang positif;
Kalaulah Maryam sudah dibawa solat bersama seawal usianya selepas pantang ni, nanti dia mesti suka dan teruja setiap kali ibu ayahnya ajak sembahyang. Tak ada salah untuk membawa anak dalam solat, kadang-kadang anak kecil mungkin agak susah untuk ditinggalkan. Jadi dengan cara ini, bukan sahaja hubungan suami isteri bahkan dengan anak juga akan jadi lebih baik dan sentiasa bahagia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gadis 17 tahun terpaksa lupakan ‘sementara’ SPM, perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.
Gadis 17 Tahun Terpaksa Lupakan Sementara SPM, Perlu Jalani Rawatan Kanser Ovari
Nur Auni Qistina Zahari merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok. Gadis berusia 17 tahun itu terpaksa melupakan sementara cita-citanya menjadi seorang anggota polis kerana tidak dapat ke sekolah sejak setahun lalu.
“Saya sudah janji dengan kawan-kawan nak ambil SPM sama-sama tetapi apabila Allah SWT uji saya dengan penyakit ini, saya reda dan terpaksa tangguhkan SPM ke hujung tahun ini.
“Apabila melihat rakan-rakan lain menghantar gambar bersama cikgu di sekolah dalam kumpulan WhatsApp kelas, saya sedih kerana rindu selepas setahun tidak dapat ke sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Teja 2, di sini hari ini.
Menurutnya, dia terpaksa menerima hakikat dia tidak seperti remaja normal apabila kedua-dua ovarinya terpaksa dibuang.
Nur Auni Qistina tetap mengulangkaji pelajaran walaupun terpaksa bercuti setahun untuk menjalani rawatan kanser ovari.
Katanya, dia menyedari penyakitnya itu selepas mendapati dia tidak didatangi haid walaupun sudah berusia 16 tahun pada 2022.
“Saya mengajak emak (Norhesreyzah Rejab, 46) melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Changlun pada hujung 2022 dan doktor meminta saya merujuknya ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar di Perlis.
“Selepas melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor memaklumkan ada ketumbuhan pada ovari kiri dan perlu dibuang segera pada 2 Februari 2023.
“Ketika itu saya belum disahkan menghidap kanser dan doktor beritahu saya mempunyai sindrom swyer iaitu mempunyai kromosom lelaki iaitu 46XY yang diketahui selepas bertemu doktor berikutan masalah ketiadaan haid dialami,” katanya.
Nur Auni Qistina berkata, dia kemudian menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan doktor mengesahkan dia menghidap kanser ovari pada 2 Mei tahun lalu.
Katanya, doktor memaklumkan yang dia perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan untuk mematikan sel kanser.
“Ovari kanan saya bukan seperti biasa tetapi ia memanjang dan doktor akan buang melalui pembedahan termasuk rahim pada 22 Januari ini dan perlu masuk wad di HSB, Isnin ini.
“Alhamdulillah pengetua dan cikgu datang beri semangat pada saya untuk fokuskan rawatan dulu,” katanya yang juga anak ketiga daripada enam beradik.
Katanya, bapanya, Zahari Hashim, 46, bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala ibunya, Norhesreyzah pula bekerja mengambil upah mengasuh kanak-kanak.
Menurutnya setiap kali hendak ke hospital, mereka terpaksa meminjam kereta nenek disebabkan kereta mereka kerap rosak.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahi Nur Auni Qistina menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur.
Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September yang lalu, selepas hampir dua bulan, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi koleksi gambar buah hati ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Intan memuat naik beberapa keping gambar si comel, Muhammad Ayyaz Muqri yang dipotretkan dalam satu sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.
Malah Intan juga turut berkongsi detik indah ketika sesi fotografi itu berlangsung di laman Tik Toknya.
Banyak aksi-aksi comel dan menarik yang digayakan Baby Ayyaz ketika sesi itu. Antara gaya menarik yang dipilih Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya adalah gaya ahli muzik, lengkah berpakaian comel sambil memegang gitar.
Tidak ketinggalan juga gaya Ayyaz yang cukup comel sambil memegang bola kecil dengan tema pasukan bola sepak gah, Manchester United.
Kedua-duanya dipotretnya dengan hasil karya yang cukup indah. Bahkan Intan, suami dan anak-anak juga turut sama merakam detik bahagia mereka dengan tema warna putih bersih.
Rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Ayyaz.
Suami paling ringan tulang
Dalam pada itu, menerusi akaun Tiktoknya, Intan turut meluahkan ucapan perhargaan pada suaminya yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang malah cukup ringan tulang menguruskan anak pertama mereka.
Kongsi Intan, dia paling bersyukur kerana suami menerima dirinya seadanya malah amat membantu dalam segala hal.
“Dia bukan sesiapa, aku terima seadanya macam mana dia terima aku dan anak-anak seadanya.
“Seorang yang sangat membantu tanpa disuruh. Dia cakap dia tak banyak duit tapi dengan cara ni harap aku happy.
“Doakan kami bersama sampai bila-bila. Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus,” tulis Intan lagi berkongsi.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...