Suami Tak Perlukan Isteri Sempurna, Cuma Mahukan Yang Setia Menyokongnya Selalu

Share

Pelakon Idzham Ismail, telah memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya yang menghargai isterinya. Tidak menginginkan isteri yang sempurna, hanya mahukan isteri yang sentiasa menyokongnya.

Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama.

Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.

Artikel Menarik: [Mandikan 3 Kali Sehari Bila Anak Demam, Selesema. Bagi Haba Panas & Lendir Keluar]

Aku tak perlukan isteri yang kaya raya sebab rezeki dan kemewahan boleh dicari bersama. Aku tak perlukan isteri yang buta hatinya kerana aku manusia melakukan kesilapan dan sedia untuk ditegur dan ubah untuk rumahtangga.

Aku tak perlukan isteri yang tipikal mindanya kerana kerja ku perlukan kesabaran untuk merasa kemewahannya.

Aku PERLUKAN isteri ada semasa susah ku kerana ingin ku mandikan dengan kemewahan diatas kesabarannya.

Artikel Menarik: [Anak Sulung Selalu Dimarah Tapi Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah]

Aku PERLUKAN isteri yang menyokong dibelakanh ku kerana pabila ku hampir jatuh dia ada dibelakangku bisik kata semangat untuk aku naik semula.

Tak semua faham dunia dan cara bekerja macam kami, bila dapat yang memahami, bersyukur dan semangat dia lah yang buat aku tahu tiada gagal dalam kamus hidup hanya kejayaan menanti. Amin thank you Allah dan aku dah bersedia diatas tanggujawab kerja yang lebih besar ini. Amin amin ya rabbal alamin..

Sememangnya tiada pasangan yang sempurna dan akan ‘senang’ sepanjang masa, tetapi suami isteri yang saling melengkapi akan menyempurnakan sesebuah perkahwinan.

Sumber: Idzham Ismail

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham