Hanya isyarat mata saja penghubung antara ayah ini dengan bayinya sejak dilahirkan lebih sebulan lalu. Begitulah kisah seorang seorang suami yang kini terlantar dan lumpuh selepas terjatuh dari bumbung setinggi 12 meter selepas dua hari bekerja pada Jun tahun lalu. m
Sebelum terlantar, tak sempat tahu isteri hamil
Lebih menyedihkan Muhammad Rosdi Sefai, 27, tidak sempat mengetahui isterinya, Siti Nor Shafika Salmizi, 21, hamil anak sulung mereka selepas dua kali keguguran.
Menyingkap kembali kisah sedih itu, Siti Nor Shafika berkata, pada hari kejadian suaminya sempat membuat panggilan telefon memintanya membelikan buah lai di pasar raya berhampiran rumah mereka.
“Selepas itu saya menerima panggilan telefon memaklumkan suami mengalami kecederaan teruk selepas terjatuh dari bumbung bangunan dan sedang menerima rawatan di hospital.
“Akibat kejadian itu, kedua belah tangan, tulang rusuk, kerangka punggung dan kaki kiri suami patah. Suami turut mengalami pendarahan di bahagian kepala. Kini dia hanya mampu terlantar di atas katil atau kerusi roda khas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubok Pukol, Kedai Baru Kota Bharu.
Ads
Setiap kali lihat anak, mengalir air mata suami
Menurutnya, dalam keadaan berbadan dua ketika itu, dia tetap gagahkan diri menjaga suami yang lumpuh dan terlantar.
Katanya, dia cukup beruntung apabila ibu mentua, Meksom Jaafar, 65, banyak membantu menguruskan suami lebih-lebih lagi dia baru sahaja melahirkan anak sulung, Muhammad Raihan yang kini berusia 49 hari.
Siti Nor Shafika berkata, setiap kali dia cuba berinteraksi dan memberitahu tentang anak mereka, suaminya hanya mampu mengedipkan mata.
Ads
“Setiap hari hanya mata yang menjadi penghubung kami untuk berkomunikasi. Saya rasa suami faham apa yang disampaikan kerana dia sering mengalirkan air mata setiap kali melihat anak kami,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, Siti Nor Shafika layak menerima bayaran bagi Faedah Hilang Upaya Kekal berjumlah RM56,176.10 serta layak menerima Elaun Layanan Sentiasa sebanyak RM1,194.50 sebulan bagi pihak suaminya.
Beliau berkata, sumbangan bekalan susu dan lampin pakai buang turut diberikan kepada Siti Nor Shafika untuk kelangsungan menjaga suami.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kegusaran ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menjalani ibadan tarawih di masjid. Risau jika anak buat hal, menangis atau berlari ke sana sini semasa orang ramai sedang solat. Niat di hati mahu beribadah, akhirnya terbantut dek kerana tidak khusyuk memikirkan anak-anak. Mungkin pada awalnya semua elok sahaja dan tiba-tiba terpaksa pula kita pulang awal kerana anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda akan meragam.
Berbeza dengan keadaan di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh. Inisiatif pihak masjid untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa yang datang menjalani ibadah tarawih wajar diberikan pujian. Sebuah ruang bermain diwujudkan sehingga anak-anak ini tidak mahu pulang dek kerana terlalu seronok bermain dan membuat pelbagai aktiviti yang disediakan.
Menurut laporan Sinar Harian, ahli jawatankuasa masjid ini melihat ramai iu bapa yang membawa anak kecil ke masjid sewaktu menunaikan solat tarawih. Ini menjadi sebab mengapa ruangan ini diadakan di tingkat atas bersebelahan ruang solat diadakan ruang khas untuk kanak-kanak.
Menariknya, pelbagai aktiviti yang disediakan di sini sepanjang tempoh solat tarawih. Antaranya ialah mewarna, membaca dan banyak lagi. Kata Imam Besar masjid ini, usaha ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke masjid sedari kecil. Didikan ini perlu sejak mereka masih kanak-kanak.
Mungkin ada ibu bapa yang risau akan keselematan anak-anak mereka jika ditinggalkan ketika mereka bersolat. Menjawab persoalan itu, Imam Besar memberitahu mereka mengambil langkah keselamatan dengan meminta ibu bapa untuk mengisi satu borang dan diberikan sekeping kad khas untuk diserahkan kepada pihak masjjid semasa mengambil anak mereka.
Ruang khas ini nyata selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin. Antara permainan yang disediakan buat anak-anak ini adalah seperti lego, kapal terbang mainan, anak patung serta pelbagai jenis buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus permainan dan buku-buku di sini dibeli menggunakan hasil sumbangan orang ramai.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini. Sepanjang empat hari puasa yang lalu, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Dengan inisiatif begini, Imam Masjid Negeri berharap lebih ramai jemaah yang hadir dan tidak risau untuk membawa anak-anak mereka. Menurut perkongsiannya lagi, masjid ini tidaklah besar mana. Memberi cadangan jika masjid yang lebih kecil mahu mempraktikkan cara begini, untuk menggunakan balai lintang atau buat pembahagian bagi mewujudkan zon kanak-kanak. Dengan kemudahan parkir yang selesa di kebanyakan masjid negeri, dengan adanya usaha untuk menambah ruangan kanak-kanak, pasti memberi lebih kebaikan kepada para jemaah.
Walaupun negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan namun umat islam tetap menyambut hari raya korban walaupun tiada aktiviti ziarah dibenarkan dan perlu duduk di rumah sahaja.
Ianya bukanlah penghalang untuk kita tidak meraikan hari raya Aidiladha dan ibadah korban. Sama seperti selebriti-selebriti tanah air kerana kemeriahannya tetap sama dan baju raya tetap sedodon untuk memeriahkan suasana sambutan.
Tidak sah rasanya kalau tidak menjeguk gaya selebriti setiap kali tibanya musim perayaan. Kali ini Pa&Ma tampilkan 13 selebriti yang lengap sedodon berpakaian baju raya termasuk anak-anak yang masih kecil.
Fasha Sandha“Raya di rumah lagi… 😂 Rindu Family ..😭 Memandangkan tak boleh keluar kemana manapun, sarung je baju apa yang ada, ni baju ibu beli online kat lazada RM30.60😍😇. Kami bersyukur. Kami bahagia dalam berserdehana”
Nora Danish“Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga yg tersayang yg jauh dimata sentiasa dekat dihati 🤍 Maaf Zahir Batin. Juga tidak ketinggalan untuk kawan kawan yg di rindui, Dan juga semua frontliners & pesakit Covid-19 yg tengah berjuang. Juga buat semua yg menyambut. Salam sayang dari kami 🤍”
Sari Yanti“Maklumlah mama kecik terpaksa jinjit kaki nak kasi tinggi sikit dari anak 😂😂. Selamat hari raya Aidiladha semua. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga 💙 20/7/2021”
Memey Suhaiza
“Salam aidiladha dari keluarga kecik mummy ❤️ @normanhakim_786 @awishzarisz @mikayladelishahakim. Mummy , papa anak 3 semuanya pakai baju @aisysmom. Baju raya aidilfitri tak habis pakai lagi.. so sambung pakai raya haji😍”
Abby Abadi“Aidil Adha 2021 🥰 Walaupun PKPD bersambung lagi, AidilAdha tetap di rai. Ampun Maaf dipinta. Atas segala kelemahan & kekhilafan yg sengaja. Ataupun yg tidak sengaja. Dari kami seisi keluarga 😘🙏🏻”
Datin Rebecca“Salam Idul Adha Everyone, pertama sekali mummy ingin ucapkan syukur kepada Allah SWT dengan limpah rahmat dan Kasih sayangNYA .. SuamiKu SyurgaKu Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga 🙏🏻❤ #alhamdulillah syukur teramat sangat #DoaKuDiDengariAllah 🙏🏻 #DoaSangIsteri. Terima kasih buat semua keluarga,teman teman, kenalan, dan juga semua followers mummy yang tidak putus2 sama sama BERDOA utk suami mummy serta kami sekeluarga 🙏🏻🙏🏻
Dr Say“Selamat Hari Raya Aidiladha Peeps”
Datin Eina Azman“Salam AidilAdha from us 🌙@datopadukakaiser @aubreykarl”
Mua Bellaz“Setiap kali bergambar bersama be likes …….😖 Sorang masa nak gmbaq bersama masa tulah nak terkncing sorang mengantuk sorang lagi nak turun bawah 😕”
Ain Edruce“1st time raya best cmnie!!! sbb ade @__itsmesoraya … 🌸🌸🌸. Dengan @amirul_hafizz dah biasa.. 🙄😝”
Dato Seri Siti Nurhaliza“Salam Aidiladha semua.. Baju ibu & Aafiyah dari @shanellharun ..”
Tya Arifin“Di pagi hari Raya Idul Adha 🙏🏻”
Lisa Surihani #BismillahiMasyaAllah , Taqabalallahu Minna Wa Minkum. Salam Eid Adha Mubarak dari kami sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.
Cantik sungguh semuanya di hari raya terutama si kecil yang lengkap berbaju kurung. Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat semua umat Islam di seluruh dunia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Awal sesi persekolahan baru-baru ini, tular sekeping gambar seorang murid perempuan yang begitu berselera menikmati bekal yang disediakan oleh ibunya. Apa yang uniknya, bekas makanan yang dibawa murid tersebut adalah mangkuk tingkat.
Jika dilihat dari sudut positif, ramai yang kagum dengan cara ibu murid tersebut menyediakan bekal untuk anak sewaktu rehat di sekolah. Orang kata air tangan ibu tiada tandingannya walaupun hanya lauk ringkas.
Bagaimanapun, tak disangka-sangka, dari sekeping gambar, ia mendapat perhatian ramai dengan memuji dan tak kurang juga ada yang memberi kata-kata sindiran. Budaya ini seolah sebati dalam masyarakat.
Ambil dari sudut positif
Namun bagi memperbetulkan keadaan, ibu kepada murid perempuan ini, Puan Hasimah Abdullah mengambil pendekatan positif dengan berkongsi sisi kehidupannya yang mana anak-anak dah terbiasa bawa bekal ke sekolah. Ini bukanlah perkara baru dan ibarat rutinnya sebagai ibu.
Baru tahu anak viral di facebook sebab mangkuk tingkat ni. Tak apalah kita ambil dari sudut positif ye semua. Bagi wanita yang menjadi ibu, anda sebenarnya hebat. Tak kisah yang bekerja atau surirumah.
Anak-anak memang suka bawa bekal
Mak bekerja ke mak tak bekerja ke semua mak-mak yang baik, rajin dan sayangkan anak. Jadi banggalah kita sebab dah bagi yang terbaik untuk anak-anak. Tak kisah lah beli ke masak ke janji keperluan anak sentiasa tersedia.
Alhamdulillah anak saya ok je bawa mangkuk tingkat tu. Dia seronok lagi adalah sebab boleh makan macam-macam yang mak dia letak dalam tu. Tu kalau masa mak dia rajinlah.
Tiada yang mengejek, cikgu bagi galakan
Setakat hari ini kawan-kawan anak tak ada yang mengejek. Anak-anak sekarang semua dah cerdik dan matang. Hasil didikan kita jugakan mak ayah semua. Cikgu-cikgu di sekolah pun semua baik sangat. Galakan dan puji kakak sebab bawa mangkuk tingkat. Pagi-pagi semangat nak pergi sekolah dan bawa bekal dia.
Bagi semangat untuk anak-anak ke sekolah
Masak sendiri ke beli ke sama je janji anak rajin belajar dan semangat nak ke sekolah tiap-tiap hari. Terima kasih semua yang bagi kata-kata positif. Pandangan negatif kita amik buang tepi ya.
Owh ya mangkuk tingkat tu tak besar mana. Kecil je, cukup untuk bekal seorang makan dan yang bawa bekal tu papa dia yang mengajar kat sekolah tu juga. Masa dia rehat papa dia yang bawa bekas tu ke kelas.
Untuk ibu-ibu semua semangat ye bekalkan anak-anak tiap hari. Tak kisah la beli ke masak ok. Salute untuk semua ibu-ibu yang bekerja atau tak bekerja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.