“Suami Tak Sempat Tahu Saya Hamil. Tiap Kali Lihat Anak, Mengalir Air Matanya.”

Share

Hanya isyarat mata saja penghubung antara ayah ini dengan bayinya sejak dilahirkan lebih sebulan lalu. Begitulah kisah seorang seorang suami yang kini terlantar dan lumpuh selepas terjatuh dari bumbung setinggi 12 meter selepas dua hari bekerja pada Jun tahun lalu. m

Sebelum terlantar, tak sempat tahu isteri hamil

Lebih menyedihkan Muhammad Rosdi Sefai, 27, tidak sempat mengetahui isterinya, Siti Nor Shafika Salmizi, 21, hamil anak sulung mereka selepas dua kali keguguran.

Menyingkap kembali kisah sedih itu, Siti Nor Shafika berkata, pada hari kejadian suaminya sempat membuat panggilan telefon memintanya membelikan buah lai di pasar raya berhampiran rumah mereka.

“Selepas itu saya menerima panggilan telefon memaklumkan suami mengalami kecederaan teruk selepas terjatuh dari bumbung bangunan dan sedang menerima rawatan di hospital.

“Akibat kejadian itu, kedua belah tangan, tulang rusuk, kerangka punggung dan kaki kiri suami patah. Suami turut mengalami pendarahan di bahagian kepala. Kini dia hanya mampu terlantar di atas katil atau kerusi roda khas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubok Pukol, Kedai Baru Kota Bharu.

Setiap kali lihat anak, mengalir air mata suami

Menurutnya, dalam keadaan berbadan dua ketika itu, dia tetap gagahkan diri menjaga suami yang lumpuh dan terlantar.

Katanya, dia cukup beruntung apabila ibu mentua, Meksom Jaafar, 65, banyak membantu menguruskan suami lebih-lebih lagi dia baru sahaja melahirkan anak sulung, Muhammad Raihan yang kini berusia 49 hari.

Siti Nor Shafika berkata, setiap kali dia cuba berinteraksi dan memberitahu tentang anak mereka, suaminya hanya mampu mengedipkan mata.

“Setiap hari hanya mata yang menjadi penghubung kami untuk berkomunikasi. Saya rasa suami faham apa yang disampaikan kerana dia sering mengalirkan air mata setiap kali melihat anak kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, Siti Nor Shafika layak menerima bayaran bagi Faedah Hilang Upaya Kekal berjumlah RM56,176.10 serta layak menerima Elaun Layanan Sentiasa sebanyak RM1,194.50 sebulan bagi pihak suaminya.

Beliau berkata, sumbangan bekalan susu dan lampin pakai buang turut diberikan kepada Siti Nor Shafika untuk kelangsungan menjaga suami.

Kredit: Sinar Harian

ARTIKEL MENARIK [Menantu Mengidam Nasi Tomato, Mentua India Sanggup Masak Juadah Berbuka]

BACA JUGA [Pakar Ingatkan Marah Sekalipun Dengan Anak, 10 Pantang Larang Ini JANGAN Buat!]

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

Published by
Wan Amy