Seorang wanita di Korea Selatan ditahan selepas dipercayai membunuh dan menyimpan mayat kedua-dua bayi yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk.
Bunuh Bayi Akibat Masalah Kewangan
Pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita berusia 30-an itu selepas suspek mengaku membunuh dua bayinya akibat dilanda masalah kewangan selain terpaksa menjaga tiga lagi anaknya yang berusia 12, 10, dan lapan tahun.
Kejadian yang menggemparkan penduduk di daerah Gyeonggi Nambu itu hanya disedari pada Mei lalu selepas Lembaga Audit dan Pemeriksaan Kerajaan mendapati kelahiran dua bayi wanita itu tidak pernah didaftarkan secara rasmi meskipun terdapat rekod kelahiran di hospital.
Bunuh Selepas Sehari Dilahirkan
Menurut laporan media, suspek membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 sebelum mayatnya disimpan di dalam peti sejuk.
Wanita ini juga dilaporkan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelima pada November 2019.
Suami Tak Tahu Isteri Bunuh, Ingat Gugur
Sementara itu, suami suspek memaklumkan tidak mengetahui tindakan kejam dilakukan isterinya kerana menganggap dua anak mereka meninggal dunia akibat keguguran.
Kredit: CNN
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!