Kerja seorang isteri memang tak mudah. Lagi-lagi yang berkerjaya dan mempunyai anak yang ramai. Ini diakui oleh suami kepada pelakon Yana Samsuddin, Fadzil Zahari yang membuat satu cabaran untuk dirinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Suami Yana Samsuddin Ambil Alih Tugas Isteri Sepanjang PKP, Saran Suami Lain Tolong Isteri, Anak Bantu Mak Buat Kerja Kat Rumah!

Dalam perkongsian Fadzil menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah menggalas tugas isteri sepanjang PKP yang bakal masuk fasa ketiga bermula esok.

Dalam posting itu juga dia mengakui menguruskan hal rumah tangga bukan satu tugas yang mudah malah ia memenatkan.

Suami Yana Samsuddin Ambil Alih Tugas Isteri Sepanjang PKP, Saran Suami Lain Tolong Isteri, Anak Bantu Mak Buat Kerja Kat Rumah!

Ads

Assalam hangpa, salam maghrib… lama tak update socmed ni huhu.. abang bz buat challenge sendiri ni 🤣 start #StayAtHome 18mac tu abang cakap dengan isteri.. la ni i tak boleh pi ofis selama 2minggu ni u takyah risau, semua kerja rumah i buat, u tak payah buat apa pun, u lepak ja.. isteri senyum la dah abang offer macam tu. dia tengok Nat Geo saja😅 tengok orang masak macam2 pastu dia pulak teringin huhu..

dapoq abang kemas, bilik abang kemas, pinggan mangkuk abang cuci, sampah abang buang, baju semua abang basuh sidai dan lipat. anak abang mandikan, buat susu bagi makan.. tak berhenti dari pagi sampai malam, pinggan mangkuk tak penah takdak kat sinki tu. ada masa sikit curi2 buat kerja kat laptop, kerja jalan macam biasa jugak, meeting online dengan client, proposal dan reply whatsapp berlambak2

Ads

keputusan dia hangpa tau dak apa? PENAT… cuba bayangkan selama ni isteri hangpa buat sorang2 ja semua hal rumah tu.. bayangkan mak mak kita dulu2… kami baru anak sorang dah penat, bayangkan yang ada anak ramai?😅😅 so dok ada lagi 2 minggu PKP ni rajin2 la tolong isteri atau tolong mak hangpa tu. jangan la dah besaq bujang menyusahkan mak lagi…

View this post on Instagram

Assalam hangpa, salam maghrib… lama tak update socmed ni huhu.. abang bz buat challenge sendiri ni 🤣 start #StayAtHome 18mac tu abang cakap dengan isteri.. la ni i tak boleh pi ofis selama 2minggu ni u takyah risau, semua kerja rumah i buat, u tak payah buat apa pun, u lepak ja.. isteri senyum la dah abang offer macam tu. dia tengok Nat Geo saja😅 tengok orang masak macam2 pastu dia pulak teringin huhu.. . dapoq abang kemas, bilik abang kemas, pinggan mangkuk abang cuci, sampah abang buang, baju semua abang basuh sidai dan lipat. anak abang mandikan, buat susu bagi makan.. tak berhenti dari pagi sampai malam, pinggan mangkuk tak penah takdak kat sinki tu. ada masa sikit curi2 buat kerja kat laptop, kerja jalan macam biasa jugak, meeting online dengan client, proposal dan reply whatsapp berlambak2 . keputusan dia hangpa tau dak apa? PENAT… cuba bayangkan selama ni isteri hangpa buat sorang2 ja semua hal rumah tu.. bayangkan mak mak kita dulu2… kami baru anak sorang dah penat, bayangkan yang ada anak ramai?😅😅 so dok ada lagi 2 minggu PKP ni rajin2 la tolong isteri atau tolong mak hangpa tu. jangan la dah besaq bujang menyusahkan mak lagi…

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on

Ads

Comel je kalau suami offer diri nak buat kerja-kerja rumah. Isteri mesti senyum gembira. Bolehlah lepaskan lelah walaupun sekejap. Ternyata apa yang dibuat oleh Fadzil ni bagus untuk diikuti oleh suami yang lain.

Suami Yana Samsuddin Ambil Alih Tugas Isteri Sepanjang PKP, Saran Suami Lain Tolong Isteri, Anak Bantu Mak Buat Kerja Kat Rumah!

Dalam pada itu, ayah kepada Aisy Mateen ini juga turut menyeru kepada anak-anak yang masih bujang untuk turut menolong ibu di rumah dan tidak menyusahkan ibu lagi kerana sudah besar panjang.

Sumber: Media Hiburan & Fadzilzahari

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI