Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Selalu Buat Isteri Tersenyum Bahagia, Tak Mahal Pun Modal Nak Bahagiakan Isteri- Yatt Hamzah

Share

Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Selalu Buat Isteri Tersenyum Bahagia, Tak Mahal Pun Modal Nak Bahagiakan Isteri- Yatt Hamzah

Yatt Hamzah, selebriti yang aktif berkongsi gambar mahupun perkongsian lain di akaun media sosial miliknya. Baru-baru ini Yat ada menulis tentang ciri seorang suami yang baik menerusi akaun Instagram miliknya.

Menggunakan tanda pagar Yatmengayat, pengacara dan pelakon ini mengulas ciri-ciri seorang seorang suami yang baik dengan menyenaraikan beberapa perkara tentang tanda sayangnya seorang suami kepada isteri tercinta saat berjauhan.

Menerusi entri tersebut, secara ringkasnya jelas Yatt, suami yang baik akan selalu menghubungi isteri dan sentiasa memberikan kata-kata semangat atas kepenatan isteri dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Tambahnya lagi ada juga suami yang sering bertanya tentang kebajikan isi rumah dan ada kalanya memberikan kejutan istimewa dengan kiriman hadiah.

Jelasnya lagi, seorang isteri ni tak perlukan intan permata daripada suami cukup dengan perbuatan yang baik dan ingatan tulus ikhlas.

“Suami yg baik adalah suami yg selalu membuat isterinya TERSENYUM BAHAGIA walaupun jauh di mata. Tak mahal pun modal nak bahagiakan isteri..

“Tak perlukan intan permata berlian(Tapi kalau ada lagi bagusss).. Cukup dg PERBUATAN BAIK pada nya dan INGATAN TULUS IKHLAS..

“BETUL ke BETUL SGT..??
LEKAS TAG SUAMI TERCINTA,” tulisnya di kapsyen

Apa yang lebih mengharukan, perkongsian Yatt itu turut mendapat perhatian suaminya. Zulfadhli Khiruddin yang turut meninggalkan komen buat isteri tersayang.

Yatt mendirikan rumah tangga denganMohamad Zulfadhli Khairuddin seorang juruvideo pada Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, 3 tahun, Suci Hayfaa Medina, 2 tahun dan Suci Hawa Zulaikha yang berumur 6 bulan.

Yatt juga turut mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu iaitu Suci Hanania Malika yang kini sudah berumur 7 tahun.

Sumber: Media Hiburan dan IG Yatt Hamzah

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah