Suami Yang Hebat Akan Menjadi Ayah Yang Hebat Juga. Dato’ Fazley Yaakob Buktikannya!

Share

Menjadi ayah yang hebat bukan sekadar tahu mendukung anak atau bagi anak susu bila dia menangis atau bersedia untuk layan anak bermain.

Menjadi ayah yang terbaik bermula dengan menjadi seorang suami yang terbaik. Ia bermula dengan penglibatan seorang ayah dalam keseluruhan proses kehamilan isteri.

Jadi jika anda benar-benar nak menjadi ayah yang terbaik, pastikan anda adalah suami yang terbaik, kerana great husbands become great dads (suami yang hebat boleh menjadi ayah yang hebat!)

Chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob boleh jadi inspirasi kepada semua yang bergelar ayah. Selebriti ini memang terkenal sebagai seorang suami yang penyayang dan mencintai isterinya, Azrene Ahmad sepenuh hati.

Di samping itu Fazley juga dikenali sebagai seorang anak yang rapat dengan ibunya sejak dia baru bergelar artis sehinggalah sudah punya empat orang anak.

Walaupun sibuk, dengan kerjayanya sebagai selebriti terkenal yang perlu menghadiri banyak acara dari pagi hingga tengah malam tetapi ia bukan alasan untuk pemilik kafe Sukasukrebistro ini menperuntukkan masa untuk empat orang anaknya.

Baru-baru Fazley berkongsi sebuah video di Instagramnya, dia sedang membersihkan lantai di sebuah kedai serbaneka

Menurut kapsyen yang dikongsi oleh beliau, salah seorang daripada anaknya termuntah di lantai kedai serbaneka tersebut, jadi dia terpaksa membersihkan lantai supaya orang lain tidak terpijak muntah anaknya.

Ternyata Fazley seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Langsung tidak dimarahnya anak yang tanpa sengaja termuntah di tempat awam.

Patut dijadikan contoh oleh ibu bapa lain yang kadangkala perlu berhadapan dengan perangai anak-anak yang tak dapat dijangka.

Selain dari itu, berikut antara cara Fazley untuk menjadi suami dan ayah yang hebat di mata isteri dan anak-anaknya.

1. Sesekali ambil alih tugas menguruskan anak. Bagi isteri sedikit masa untuk dirinya sendiri

2. Sentiasa cari masa untuk spend time dengan anak-anak walaupun sangat sibuk 

3. Beri masa berkualiti secara individu pada setiap anak

 

4. Enjoy setiap masa dengan anak kerana mereka cepat membesar

5. Bukan sahaja ayah yang penyayang tetapi juga anak yang rapat dengan ibunya

Semoga segala contoh yang baik kita jadikan teladan dan inspirasi untuk bergelar ayah dan ibu yang hebat di mata anak-anak.

Sumber: fazleyyakoob

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal