Suami yang macho ialah suami yang rajin membantu, tidak membiarkan isteri kepenatan seorang diri.
Bermula dari pagi hingga ke tengah malam, tiada hentinya kerja seorang ibu menguruskan anak, rumah tangga dan keluarga. Badan akan berganda-ganda penatnya di bulan Ramadan ini, tidak kira isteri suri rumah atau isteri yang bekerja.
Perkongsian daripada wanita ini boleh memberikan semangat buat isteri yang keletihan. Peranan suami sangat mustahak tidak sekadar membantu tetapi memberikan semangat dan kekuatan kepada isteri menempuhi hari-hari yang mencabar.
(Tips Sayangi Diri Tanpa Gunakan Wang)
Kesian pula bila baca facebook isteri yang mengadu penat berganda ganda bila tiba musim puasa.
Jadi saya merayu kepada para suami, berilah sedikit penghargaan kepada isteri masing di rumah.
BANYAK BERKORBAN HINGGA DIRI SENDIRI TERABAI
Kadang kadang orang perempuan ni bila dah banyak sangat berkorban untuk orang, dia jadi lupa yang dia sendiri pun banyak terabai, baik fizikal mahupun kasih sayang.
Suami yang macho, dia usaha cari kaedah untuk isteri hadirkan rasa sayang pada diri sendiri.
Jadi apa kata selepas siap kerja rumah, bawa dia ke satu tempat yang tenang. Dan ajarkan beberapa teknik ni.
#1: Minta isteri tarik nafas 10 saat sedalam dalamnya. Biarkan udara memenuhi paru paru.
Kira setiap saat nafas ditarik, rasakan nikmatnya bernafas dengan perlahan dan seronoknya dapat duduk dengan tenang.
#2: Bayangkan kita sedang berada di depan cermin dan memandang ke dalam anak mata sendiri.
#3: Lihat sedalam dalamnya anak mata sehingga nampak….. diri kita sendiri.
#4: Perhatikan betapa cantik dan baiknya kita. Perhatikan apa yang indah indah dalam perihal hidup.
#5: Bayangkan jika kita adalah kawan baik kepada diri sendiri.
Apa agaknya perkataan yang akan dikatakan jika sahabat yang paling baik dan paling sayang adalah diri sendiri?
#6: Dengar betul betul ucapan yang ikhlas daripada hati itu.
#7: Akhiri perbualan dengan berkata, “Wahai diriku, saya sayang awak, awak berhak dicintai.”
Menarik kan? Aktiviti ini antara calming effect yang boleh meningkatkan self esteem wanita yang kadang tu terlupa nak hargai diri sendiri walaupun sering berkhidmat kepada orang lain.
BUAT CHECKLIST KEPADA ISTERI
Jadi, apa kata para suami sediakan checklist ini kepada isteri masing masing.
Tak rugi pesan kepada isteri untuk sayangkan diri mereka. Bukankah rumahtangga yang bahagia bermula daripada wanita wanita yang gembira?
Bantu saya sebarkan tips ni ya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
#DrSaiMunger
Sumber: Saidatul Husna
Artikel berkaitan: [Letih Macam Mana Pun Kerja Suami, Takkan Sama Penatnya Isteri Urus Anak & Rumahtangga]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI