Selebriti serba boleh, Alif Satar dikenali kerana sikapnya yang sweet dan amat menyayangi keluarganya. Netizen amat menghormati Alif kerana selalu melahirkan rasa penghargaan kepada isterinya, Shadila Halid yang kini sedang hamil anak ketiga mereka.
Artikel Menarik: [Tidak Perlu Kuasa Sihir Nasi Kangkang! Suami Yang Baik Sentiasa Hormat, Hargai Dan Bantu Isteri]
Melalui perkongsiannya di laman Instagram hari ini, Alif membuat ucapan hari lahir yang sangat cute buat permaisuri hatinya itu. Dalam kapsyen yang mengiringi posting videonya itu, Aliff menulis yang dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Katanya, kerana sering minta pendapat Shadila untuk menulis kapsyen di kebanyakan postingnya di Instagram, dia jadi buntu untuk menulis buat Shadila.
Sebak dengan setiap pengorbanan isterinya, dia hanya mampu menulis dan kemudian padam kembali setiap kapsyen yang dia tulis. Tetapi kata Alif, tidak mengapalah kerana Allah SWT lebih tahu apa yang ada di dalam hatinya.
babe,i tak terror nak tulis caption yang sweet ni darling, coz u know when it comes to photo captions pun i selalu tanya you? and even now, nak try tulis pun tiba2 macam masuk habuk pulak mata ni.. and i end up deleting it all over again?.. but it’s okay, Allah tahu segala isi hati i and so i pray, on your special day, Dia makbulkan segala doa i untuk kebahagiaan you. happy birthday my love.. my life.. @shadilahalid ♥️ p/s it’s Shad’s birthday today peeps! come show love!!!
Artikel Menarik: [Isteri Paling Suka Bila Suami Hargai Masakannya. Walaupun Simple Tengok Suami Makan Pun Puas Hati]
Awww… Memang romantis sangat Alif ni! Orangnya tidak pernah segan silu melahirkan rasa penghargaan buat isterinya. Semoga Shadila selamat melahirkan anak ketiga dan hubungan kekeluargaan Alif dan famili akan bahagia selamanya. Happy birthday, Shadila!
Sumber: Alif Satar