Seorang suami tanggung jawabnya besar. Bukan sahaja perkahwinannya harus dijaga, tetapi isteri tersayang perlu dilindungi. Suami mempunyai hati yang keras, sukar mengungkapkan kata cinta. Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isterinya.
Seorang suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
Ads
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun ietsri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.
8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mah Hang Soon berkata walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 14 April, Kementerian Pendidikan tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah di seluruh negara pada 15 April demi keselamatan pelajar.
Beliau berkata ketika ditemubual menerusi telefon bersama Sin Chew Daily bahawa kementerian akan terus berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan, termasuk cadangan daripada ibu bapa dan organisasi pendidikan, bahawa keselamatan pelajar merupakan keutamaan sebelum menghadiri kelas atau mengambil peperiksaan di sekolah.
Mah berkata ada yang bercadang untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah sehingga lewat Jun. Ada juga yang mencadangkan bahawa hanya pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM dikehendaki kembali ke sekolah, sementara yang lain mencadangkan bahawa hanya guru yang dibenarkan untuk kembali ke sekolah untuk menjalankan kelas dalam talian dengan pelajar menggunakan peralatan dan kemudahan rangkaian di sekolah.
Beliau berkata kementerian akan mengambil kira semua cadangan, termasuk cara meminimumkan perhimpunan pelajar sekiranya sekolah dibuka semula.
“Kami juga akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mendengar pandangan mereka mengenai penyelesaian yang kami ada sekarang.”
Beliau juga berkata Kementerian Pendidikan belum lagi mengarahkan sekolah membuat persiapan untuk dibuka semula dan ia akan menjadi lebih baik sekiranya pihak berkuasa sekolah mengambil inisiatif sendiri untuk mempersiapkan pembukaan sekolah kelak.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Kementerian tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah dengan tergesa-gesa.
Anak kecil kita sememangnya cukup jujur. Apa yang kita perkatakan mereka sememangnya membawa maksud penuh keikhlasan. Jika memuji, mereka memuji dengan ikhlas. Begitulah sebaliknya.
Perkongsian seorang guru, yang dikenali sebagai Cikgu Asraf di facebooknya terharu bila mana seorang anak muridnya menulis resipi masakan Tomyam. Semuanya selepas guru itu pura-pura tidak tahu menyediakan masakan kegemaran ramai itu.
Apa yang membanggakan, resipi itu ditulis dengan begitu baik dan kemas oleh muridnya. Semuanya bagi memastikan impian guru kesayangan mereka itu dapat menikmati tomyam seperti yang diinginkannya.
Ada seminit lagi untuk aku nak menamatkan pengajaran di kelas tahun 5. Tiba-tiba seorang murid lelaki bangun lalu tanya aku, “Cikgu, semalam buka puasa dengan apa?”
Pergh, dia buka cerita buka puasa pula dah. Tak apalah, aku layankan juga soalan dia.
Aku pun jawablah, “Makan nasi, sup sayur dan ayam goreng kunyit.”
“Cikgu teringin nak makan tomyam yang kaw-kaw punya. Tapi tak jumpalah kat sini.”
Bangun pula seorang murid perempuan lain lalu tanya aku, “Cikgu nak tahu tak cara buat tomyam paling sedap?
Kebetulan murid perempuan ini pun keturunan Siam. Jadi aku pun usik dia, “Cikgu tak reti nak buat pes tomyamlah.”
“Masa cikgu dah nak habis ini. Esok saya ajar cikgu cara buat pes tomyam,” kata murid perempuan ini sambil ketawa.
Aku ingat dia main-main je. Keesokan harinya, dia betul-betul bagi aku resipi buat pes tomyam! Terharu wey!
-Cikgu Asraf-
Memang anak yang bijak. Sudi berkongsi resipi demi guru yang selama ini banyak berbakti.
Rasa macam baru je Awal dan Scha mengumumkan kelahiran puteri kedua mereka, Lyla Amina. Punyalah cepat masa berlalu, tak lama lagi si comel ni nak masuk usia setahun dah. Bila tengok Lyla, saling tak tumpah macam rupa kakaknya. Peminat pasangan selebriti ni juga selalu tertunggu-tunggu perkembangan terbaharu mereka sekeluarga.
Di perkongsian Instagramnya, Scha telah memuatnaik sebuah video Lyla bersama seseorang sedang bermain. Yang lucunya, bila dengar gelak tawa si Lyla. Punyalah galak! Dia yang terhibur dengan aksi tiup daun tu, memang nampak seronok betul.
Tak berhenti-henti dia ketawa, saling tak tumpah macam kakak dan mommy bila ketawa tu. Sampai bergegar satu badan, kita yang tengok ni pun terhibur sama.
Yang menonton video pun seronok, ni komen mereka;
“Kita yang tengok pun dah keras perut. Gelak terhibur sungguh..”
“Ketawa serupa mami dan Lara..”
Betullah kata orang, kalau tengah stres tengoklah video aksi baby yang comel-comel. Mesti boleh kurangkan sikit rasa gundah dalam hati tu, samalah dengan video ni! Untuk Lyla, semoga awak terus membesar menjadi anak yang bijak sentiasa membanggakan kedua orang tuanya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...