Suapan Ke Mulut Tak Cukup Sepotong, Sedapnya Kek Apam Caramel Ni, Padu!

Share

Menikmati puding karemel yang lembut dan gebu terasa cukup nikmat. Lebih nikmat lagi kala digabungkan bersama kek marble yang cukup manis rasanya. Gabungan yang cukup lengkap.

Bosan dengan gabungan karemel dan kek coklat, kali ini kita cuba kek apam marble pula. Resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini memang cukup mantap. Nak buatnya pun tidaklah sesukar mana. Senang!

Wajib cuba: Resipi Roti Jala Ikut Sukatan Tepat Pakai Blender Saja Cukup Mudah!

Bahan-bahan:
8 sb gula digoreng dalam loyang -siap-siap ketepikan

Bahan untuk puding:
3 biji telur
1 tin susu cair
5 sb susu pekat manis
2 keping roti -dibuang bahagian tepi
Esen vanilla
5 sb gula

Kesemua bahan di blend sehingga sebati kemudian tuangkan adunan ke dalam gula caramel tdi. Kukus dalam 20 minit.

Untuk adunan kek:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalett

Tiga bahan ini diputar sehingga kembang, kemudian masukkan 5 sb susu cair, 5 sb minyak masak, esen vanila.

Kemudian masukkan 2 cawan tepung gandum yang siap diayak dengan 1 sk soda bikarbonat dan 1 sk baking powder.

Bahagikan kepada 3 bahagian warna terpulang masing-masing.

Tuangkan ke atas puding tadi, kukus selama 45 minit.

Wajib cuba: Pizza Roti Ekspres Tersangat Mudah Susun Dalam Loyang Bakar Sekejap!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM