Sebenarnya pemakaian aksesori seperti gelang, gelang kaki, rantai atau subang pada anak-anak ni tak digalakkan terutamanya yang masih kecil dan belum tahu apa-apa lagi. Memang nampak cantik tetapi risau keselamatan anak jika berlaku perkara diluar jangkaan.
Malah sebelum ini dah pernah ada beberapa artikel yang dikongsikan untuk peringatan ibu bapa yang ingin memakaikan barang kemas pada anak atau pun aksesori agar sentiasa berhati-hati.
Seperti kisah adik Delisha Diana yang telinganya terkoyak akibat subang yang melekat pada kipas boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.
Sama-samalah beringat
Menurut ibu adik Delisha, Puan Dewi Diana Samsudin, apa yang berlaku ini langsung tak terfikir sama sekali. Namun syukur alhamdulillah walaupun kecederaan agak teruk, semuanya dipermudahkan. Pengalaman ini benar-benar buat kami serik!
Syukur alhamdulilah..terima kasih semua doakan kesihatan Delisha Diana. Maaf jika perkongsian ini nampak salah saya tapi tujuan saya berkongsi adalah untuk peringatan bersama.
Kenapa dipakaikan subang untuk anak? Ramai yang tanya kan. Sebenarnya sebagai ibu, tak terlintas pun nak berlaku perkara yang diluar jangkaan.
Dari mula-mula bertindik dekat klinik dan dipakaikan pelbagai jenis subang memang saya selalu perhatikan. Maklumlah dia masih kecil. Jika nampak macam tak kena, saya akan bertindak cepat menukar subang yang lebih selamat.
Kita tak akan terfikir bila benda ni akan terjadi, kalau saya tahu, saya tak pakaikan. Dan saya tak akan suka-suka nak sakitkan anak. Siapa yang tak sayang anak kan?
Ads
Tersangkut subang pada jaring kipas
Apa yang berlaku, dia berdiri pegang kipas (kipas tak hidup, kipas bawah), nak capai apa tak tahu belakang kipas, dia terduduk dan menangis (rupanya subang tu dah tersangkut pada jaring kipas. Suami tak sempat nak pegang kepala dia. Dia dah panik masa tu (terus dia rentap telinga dia dekat kipas tu) dan menangis.
Cuping telinga terkoyak
Waktu kejadian saya di dapur terus ambil dia. Sbb dia dekat bilik dengan ayah dia (selalu tak ada apa berlaku, bila kata nak jadi, jadilah kejadian itu). Kalau boleh putar masa, saya tak adalah nak biarkan. Saya ambil dia, seba dia menangis tak berhenti. Tengok-tengok cuping telinga dia dah terkoyak. Darah mengalir je.
Ads
Terus bawa pergi klinik (sampai klinik doktor tak boleh jahit sebab Delisha bawah umur 2 tahun). Terus rujuk hospital. Sampai hospital (kecemasan), terus masuk dalam, tunggu lagi (Delisha dah tak menangis sebab luka tu dah kebas, dah tak rasa apa).
Doktor dah tengok lukanya (pihak kecemasan tak boleh buat sebab koyaknya besar kena rujuk pakar telinga. Dapat appoiment dengan pakar jam 2 petang. Jam 2 petang, saya masuk seorang sebab suami tak boleh masuk. Ketika masuk jumpa doktor, doktor tengok besar lukanya.
Doktor jahit tempat luka
Doktor cakap boleh buat (kita bagi ubat tidur) dan dia orang cakap nak gam je. Saya cakap bagi jahit (sebab Delisha sekarang aktif, bila-bila dia boleh tarik telinga dia tu. Doktor ambil keputusan untuk lakukan pembedahan dan biuskan satu badan.
Ads
Hampir satu jam Delisha dalam bilik pembedahan, alhamdulillah semuanya selamat. Selepas Delisha sedar dia tak nangis cuma minta air kerana kehausan.
Disebabkan kes Delisha ini, doktor pakar hampir-hampir nak hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bahagian kanak-kanak Malaysia sebab mereka ingat kes Delisha ini adalah penderaan.
Pihak hospital masih lagi keliru dan berkali-kali cakap tak logik macam mana boleh tersangkut dijaring kipas dengan kesan koyakan yang besar itu. Bila saya terangkan semula apa yang berlaku dan tunjuk cara Delisha kena masa itu, barulah semuanya faham.
Jahitan telinga dah dibuka
Alhamdulillah juga selepas hampir seminggu kejadian ini berlaku, doktor telah memeriksa semua telinga Delisha dan berpuas hati dengan keadaannya. Doktor juga bersetuju membuka jahitan tersebut.
Moga perkongsian saya ini dapat dijadikan peringatan buat ibu bapa lain. Benda nak jadi sekejap sangat dan tanpa kita sangka pun. Jika rasa membahayakan anak, sama-sama lah kita elakkannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nurse bukan sahaja memberikan perkhidmatan di hospital ataupun klinik. Mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan lawatan ke rumah-rumah ibu yang baru melahirkan bayi kerana pemerhatian penuh perlu dilakukan. Dengan lawatan nurse ke rumah akan memudahkan ibu dalam pantang kerana ibu tidak perlu berulang-alik ke klinik ataupun hospital.
Namun tak semua ibu yang menerima kedatangan nurse ke rumah. Ada yang tidak suka diganggu. Ikuti perkongsian Puan Salina tentang ibu berpantang yang menolak lawatan nurse ke rumah.
***Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Cerita sedih, lokasi di rahsia kan. Semoga cerita ini jadi iktibar bg kita semua.
Tengah mengurut, ada yang bagi salam, picit loceng, ting tong loceng bunyi, so akak tanya la, dik nak buka pintu ke?? Ibu dalam pantang tersebut bertanya, sape tu kak?
Jawab akak, “Nurse yang datang nak melawat awak la, nak akak buka kan pintu ke? (nak bangun tiba-tiba..)
Kak tak payah bukak, suami tak izinkan nurse datang melawat, saya tak suka, rimas! Datang hari-hari pulak tu, menyusah kan sy je! OMG, stress saya kak hari-hari benda yang sama. Lepas tu suruh bawak baby cucuk sana sini, sakit la baby.
Akak tanya lagi, Habis tu baby kuning? Jawabnya, Tak apa saya pantau sendiri je dengan suami.
Sombongnya, selamba, sedih, luluh hati dengar dia kecam nurse yang datang melawat, tahu tak pentingnya nurse tu datang melawat? Akak pun terus bebel, Nurse bukan datang suka-suka je tau, diorang datang periksa awak dan baby, check tekanan darah, periksa baby awak ada jaundice ke tidak, dan check luka awk (Episiotomy dan perineum awk).
Suami boleh tau ke luka awak macam mana? Kasi tengok boleh la tapi benang jahitan lepas tu? kaki awk bengkak tu? Awak tahu tak bahayanya pulmonary Embolism?
Kemudian dia jawab, Tak tahu pun ape tu kak?? Allahuakbar, pasal tu awak kena benarkan nurse melawat di rumah, Tak lama pun! Just nak tengok luka awk, bayi, benda ni bahaya, darah beku dalam saluran darah di paru-paru tu punca kematian ibu masa berpantang!
Akak tanya lagi, suami awk doktor ke? Dia tahu ke pasal benda-benda ni? Jawapannya, taklah suami saya kerja niaga sendiri.
Allahu panjang lebar akak membebel! Tiba-tiba fon akak berbunyi, bila angkat (kak Salina mengurut kat mane ari ni, akak jawab dekat kawasan #####. Perbualan disambung, Akak kereta akak ada kat luar suruh dia buka pintu just sain je, kita tak nak tanggung apa-apa risiko!
Akak lupa pulak nurse kenal akak, kereta akak. Korang semua tolong la kasihan pada nurse-nurse yang bertugas, bagi kerjasama, mencegah sebelum Parah. Bila dah parah menyesal tak sudah. Dah kena leter, bebel baru bagi nurse masuk, kesian nurse berpeluh-peluh kat luar.
Kereta akak pun nurse dah kenal hahahha. Maaf panjang lebar celoteh hari ni. Alhamdulilah, ibu dan baby kena pergi check joundis, senyum lebar nurse atas kerjasama akak Bidan, yg penting kesihatan ibu dan bayi dalam berpantang. Syukur, tq baca! diorang lagi takut akak bidan membebel dari nurse. Haus tekak hari ni air liur kering, takpe ilmu harus di sampai kan.
Seawal usia anak sehari, ibu ayah wajib membersihkan mulut bayi dengan menggunakan kain dan air suam, apabila mencecah 6 bulan ibu ayah boleh mula menggunakan berus lembut silicon untuk membersihkan gusi serta lidah anak.
Apabila anak sudah besar, ubat gigi mula diperkenalkan untuk menguatkan lagi perlindungan gigi mereka. Tapi bagaimana nak perkenalkan anak dengan ubat gigi dewasa? Tentu banyak perbezaan antara ubat gigi dewasa dan kanak-kanak?
Bagaimana nak kenalkan anak dengan ubat gigi dewasa?
Agak sukar pada minggu pertama, tetapi anak akan menjadi seronok apabila menggunakan ubat gigi dewasa disebabkan kebanyakkan ubat gigi dewasa:
✅ Banyak keluarkan buih
✅ Mulut lebih rasa fresh disebabkan ada perisa mint
✅ Mulut berasa berangin dan berbeza dari ubat gigi kanak-kanak
✅ Pengalaman yang baru dan menyeronokkan disebabkan rasa yang sangat berbeza
Wujudkan suasana yang sangat teruja dan seronok apabila anak pertama kali menggunakan ubat gigi dewasa dengan:
🎶 Menyanyikan lagu kegemaran anak-anak semasa memberuskan gigi mereka
😁 Sama-sama menggunakan ubat gigi yang sama dan berus gigi bersama-sama anak
🎇 Wujudkan suasana yang meriah dan ceria sepanjang memberus gigi supaya anak tidak fokus pada rasa dan bau yang baru bagi mereka
🚿 Mandi sambil memberus gigi adalah salah satu cara untuk menghilangkan cara takut dan pelik pada anak-anak kerana mereka akan lebih seronok disebabkan terdapat percikan dari air mandian (shower)
🕵️♂️ Periksa mulut anak dan acah-acah membau mulut anak dengan perasaan gembira
🎁 Berikan reward pada anak dengan mencium atau memberikan pelukan yang luar biasa hebat pada mereka
Semoga perjalanan cerita menjaga kesihatan gigi anda dan anak-anak anda semakin hari semakin menyeronokkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas genap seminggu kelahiran cahaya mata ketiganya, pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni kini tampil mendedahkan wajah dan nama buat buah hati tersayangnya.
Menerusi satu hantarannya di Instagram, Haziq berkongsi nama indah pilihannya bersama isteri tercinta, Ayunda Putri.
“MashaAllah Tabarakallah.
“Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan.
Lahir 25 May 2022 952am, 3.05kg,” tulisnya berkongsi.
Haziq dalam pada itu turut sama membingkiskan ucapan dan doa buat anak ketiganya itu agar membesar menjadi anak yang sihat serta solehah.
“Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah 🤍,” tulisnya lagi.
Melalui entri berlainan juga Haziq turut memuat naik gambar terkininya bersama Charissa Azzahra yang berkulit putih dan comel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Haziq turut memuji wajah comel Charissa serta mendoakan agar perjalanan anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah SWT. Masing-masing memuji wajah comel dan putih gebu Charissa.
Semoga Charissa Azzahra teruslah membesar dengan sihat dan menjadi pelengkap bahagia kedua ibu bapanya.
Terdahulu, anak ketiga Haziq selamat dilahirkan pada 25 Mei yang lalu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.