Dulu berdoa untuk kehadiran aafiyah, kini Datuk Siti Nurhaliza bersamanya di tempat itu semula. Peminat melahirkan perasaan sebak dan seolah merasakan kebahagiaan ibu ini.
Datuk Siti Nurhaliza yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya pada 23 Mei lalu bakal dan dijangka berangkat pulang pada 2 Jun 2019.
Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas penantian Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 12 tahun. Dalam usahanya untuk menimang cahaya mata sebelum ini, Siti mengakui telah melakukan rawatan in vitro fertilization sebanyak 5 kali dalam masa 10 tahun.
Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi beberapa foto dia bersama Aafiyah. Antara yang mendapat perhatian ialah yang menunjukkan dia bersama Aafiyah sambil membaca buku. Aafiyah kelihatan comel bertudung.
Turut dikongsikan ialah kunjungan mereka ke Masjid Nabawi.
Ads
Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, ziarah kami kali ini dipermudahkan dengan kerjasama bersama @AmalbyMH . Aafiyah pun nampak teruja pertama kali ikut ibu ke Masjid Nabawi .. Alhamdullillah..
Tular baru-baru ini dengan gambar dan cerita seorang ibu penghantar makanan yang menggendong anaknya. namun lapor sebuah akhbar wanita tersebut menyatakan yang dia sebenarnya hanya membantu suaminya dengan menggalas beg yang berisi makanan sementara suaminya mengambil pesanan pelanggan di sebuah restoran makanan segera.
Menurut Nur Fatin Mohd Yusof, 24 dia sebenarnya tidak senang dengan perkongsian yang dibuat secara membuta-tuli sebegitu. Ujarnya orang yang menyebarkan gambarnya itu sepatutnya bertanya perkara sebenar terlebih dahulu bukannya terus berkongsi dan membuat andaian sendiri.
Gambar Gendong Anak Undang Sebak Warganet
Gambar berkenaan mengundang sebak warganet yang rata-ratanya mendoakan dan memuji kesungguhan Nur Fatin mencari rezeki tetapi tidak kurang juga yang meluahkan simpati dengan nasib wanita itu.
“BUKAN saya tetapi suami yang bekerja sebagai penghantar makanan, ramai salah sangka dan membuat penilaian sendiri selepas melihat gambar berkenaan,” itu reaksi Nur Fatin yang merupakan ibu kepada dua anak ketika ditanya mengenai kesahihan gambar tersebut.
Dalam gambar tersebut Nur Fatin dilihat memakai topi keledar dengan menggalas beg sandang GrabFood sambil mengendong seorang kanak-kanak di hadapan sebuah restoran makanan segera.
Menceritakan perkara sebenar, Nur Fatin mengakui terkejut selepas gambar berkenaan tular dan hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan oleh rakannya, Syahmi Hakimi, 24, menerusi kiriman WhatsApp semalam.
“Sejak semalam, ramai yang menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp kepada saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu termasuk saudara di kampung kerana kasihankan saya selepas melihat gambar berkenaan.
“Malu juga kerana apa yang tular itu tidak betul dan membuatkan ramai keliru hingga menyangka saya bekerja penghantar makanan untuk menyara keluarga.
“Sedangkan saya hanya membantu suami menggalas beg sementara dia mengambil pesanan pelanggan di dalam restoran makanan segera di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Jadi, cerita yang tular itu tidak benar dan saya sendiri tidak sedar bila gambar berkenaan diambil,” katanya.
Tanya Dulu Perkara Sebenar Bukan Terus Kongsi di Laman Sosial
Menurut Nur Fatin, secara peribadi, dia berasa tidak senang dengan tindakan individu berkenaan kerana mengambil gambarnya secara senyap-senyap dan memuat naiknya di media sosial.
“Sepatutnya, individu berkenaan datang kepada saya untuk bertanyakan perkara sebenar dan bukannya dengan mengambil gambar tanpa izin.
“Disebabkan perkongsian gambar itu, ada yang mempersoalkan tindakan saya membawa anak bersama sedangkan suami yang menunggang motosikal dan kami hanya membonceng di belakang.
“Suami juga sebenarnya bekerja sendiri dan hanya menjadi penghantar makanan secara sambilan pada waktu lapang sejak enam bulan lalu,” katanya.
Tidak Berniat Hanya Mahu Beri Inspirasi
Sementara itu, Norazwan Azmi, 30, yang bekerja sebagai perunding unit amanah berkata, dia tidak berniat buruk sebaliknya mengambil dan berkongsi gambar Nur Fatin di media sosial bagi memberi inspirasi kepada mereka yang mengikutinya di platform berkenaan.
“Gambar itu diambil pada awal pagi Isnin lalu secara spontan ketika saya berada di hadapan restoran berkenaan dengan tujuan untuk menyuntik semangat rakan sekerja dan sesiapa saja yang melihat perkongsian berkenaan.
“Namun, saya tidak sangka pula gambar itu tular di media sosial dan membuatkan ramai salah tafsir mesej sebenar yang ingin cuba saya sampaikan.
“Apa pun, saya akui tindakan mengambil gambar dan memuat naik gambar tanpa izin itu adalah satu kesalahan dan berharap mereka (Nur Fatin dan suaminya, Mohamad Hafifie) memaafkan perbuatan saya,” katanya.
Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) telah membantu memindahkan mangsa banjir termasuk seorang wanita yang baharu bersalin di Kg Penggawa Mat Saat, Melor, Kota Bharu, Kelantan, dua hari lepas.
Usaha ini melibatkan seorang pegawai dan 25 anggota LLP yang telah memindahkan tujuh mangsa banjir yang terdiri daripada dua orang dewasa, tiga kanak-kanak dan dua bayi ke Surau Hj Mustapa, Kg Penggawa Mat Saat.
“KAMI AKAN TETAP BERSAMA RAKYAT DALAM APA JUA KEADAAN”
Keterujaan pasangan suami isteri menyambut kelahiran anak kelima, menjadi lebih istimewa apabila kedua-dua telinga bayi itu mempunyai tanda kelahiran menyerupai tulisan kalimah Allah SWT.
Menurut Mohd Zamri Ibrahim, 45, atau lebih dikenali sebagai Z Zamri keistimewaan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas anak mereka dilahirkan.
Katanya, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 21 Julai lalu yang diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri kini sudah berusia 11 hari berada dalam keadaan sihat.
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya.
Isteri perasan ketika hendak menyusukan anak
Zamri berkata, pada mulanya beliau dan isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.
Baca al-Quran sepanjang mengandung
Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi.
“Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat, Kelantan
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.