Tasha muat naik video telatah Ayla Amanda yang makin banyak akal di Instagram.
Tasha isteri kepada vokalis Ayie Floor88 itu berkongsi cerita dan pengalaman kurang rehat semenjak Nayla Amanda bakal memasuki usia 8 bulan kerana makin aktif malah akui tasha lagi dia merasakan cabaran buat dirinya untuk melakukan kerja-kerja rumah sekiranya tiada suami di sisi.
Melalui Instagramnya, Tasha memuat naik video Nayla merangkak masuk ke dalam bilik air walaupun sudah dilarang. “Nayla asyik nak berkepit kadang tak sempat nak makan tau! Daddy dia balik dari kerja baru la makan.”
Pun begitu, dia gembira dan bersyukur kerana dikurniakan anak yang aktif dan panjang akal ini. Tambahnya lagi di akhir kapsyen, dengan harapan video telatah anaknya ini dijadikan sebagai kenangan. “Mommy post sini sebagai kenangan.. Dah besaq nanti tengok video ni ye @aetajunior betapa geramnya mommy dengan awak ni. I love you anakku.”
Walaupun dimarah namun si comel ini memberi respon dengan ketawa dan senyuman yang membuatkan pengikut Instagram cair!
Ruangan komen dipenuhi dengan komen ibu-ibu yang berkongsi pengalaman yang sama;
Apa-apa pun, selamat membesar dengan sihat Nayla Amanda sayang! Ramai yang mendoakan awak.