Setelah tiga hari bergelar ibu, Ernie Zakri, penyanyi bersuara merdu tujukan sebuah lagu bertajuk ‘Korban’ untuk suaminya Syamel sebagai tanda menghargai suami tercinta.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, penyanyi yang juga anak saudara kepada Anuar Zain ini seolah sudah memahami akan cabaran membesarkan anak walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata yang pertama.
Erni juga menzahirkan ucapan terima kasih buat suami yang juga seorang penyanyi itu atas pengorbanan yang dibuat sepanjang perkahwinan mereka sehinggalah bergelar ibu dan ayah.
“Perkataan yang paling tepat ketika ini, ketika anak kami berusia 3 hari. Subhanallah, begitu besar pengorbanan ibu bapa kita membesarkan. Melalui detik detik sukar & gembira untuk kita, ANAK.
“Untuk suamiku, sememangnya tepat untuk ku tulis lagu ini untuk mu. Pengorbanan mu sepanjang perkahwinan hingga kehari ini takda dapat ku bayangkan. Terima kasih untuk segalanya. We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga.
“Sayang semuanya, doakan Kak Ninie dan Bang Mel dalam perjalanan baru kami ya.” Tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan pasangan ini agar dipermudahkan urusan menjalani kehidupan bergelar ibu dan ayah.
“Semoga dipermudahkan segalanya urusan ya,” tulis wargamaya.
Sumber: Instagram Ernie Zakri
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!