Keibubapaan

Sudah-Sudahlah Mak Ayah Kerja, Curi Masa Bawa Anak Ke Pantai, Banyak Anak Boleh Belajar!

Share

Kekangan waktu selalu menjadikan pelbagai aktiviti kita bersama anak-anak kita terbatas. Pun begitu, jangan dibiarkan kerja yang tak pernah habis sehingga kita membiarkan anak melepaskan masa indah anak-anak kita dihabiskan begitu sahaja.

Bawalah anak menikmati alam, bermain pasir di pantai dan merasai segala keindahan alam. Banyak anak boleh belajar. Tak rugi pun. Perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ini banyak benarnya. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Ruginya la tak ambil peluang ni bawa anak-anak ke pantai masa diorang masih kecil. Serius! Memang kita akan terasa rugi kelak.

Masa diorang kecil ni la mudah nak rasa terhibur, dapat main korek-korek pasir pun dah cukup bahagia.

Dah besar besok anak tak nak dah layan main pasir ni, mainan budak kecil katanya nanti. Aduh, rugi tak bawa diorang sekarang masa diorang tak pandai memilih lagi.

Kelak memang dia akan demand punya, tak layan dah nak ke pantai ni. Kalau sebut legoland baru dia rasa teruja.

Macam-macam aktiviti simple boleh buat dengan anak masa ni, main kejar-kejar pun dah cukup menghiburkan hati mereka.

Dah besar besok, rasa girang tu dah tak sama. Dia lebih girang main phone dari main dengan kita.

Sekarang paling lelah layan anak pun lelah fizikal je, lari sana-sini, lompat-lompat, dia tak bagi langsung kita rehat.

Tapi kelak, bukan fizikal je emosi dan mental pun boleh lelah sekali. Macam-macam dia demand, kita nak berkelah tepi pantai dia demand nak check-in hotel. Kopak poket.

Confirm, kalau tak bawa sekarang memang kita akan menyesal kelak. Masa ni berlalu macam air.

Menderu-deru laju, tak berhenti walau sesaat. Tahu-tahu anak dah sama tinggi dan sama besar je nanti.

Anak kecil sekali, tapi memori akan berkekalan sampai ke cucu cicit.

Sudah-sudah la kerja, jom ke pantai!

Wallahu A’lam,

Kelebihan main pasir pantai
Mengikut kajian, kita dan juga anak-anak yang bersentuhan dengan tanah/rumput/pasir sekurang-kurangnya 30 minit akan mengurangkan hormon cortisol iaitu hormon stress dan seterusnya akan memudahkan anak-anak kita untuk tidur lena pada malam harinya.

Kalau ikut kajian tu, lagi elok dia kata main di pantai dan air laut.

Beli Vaarenta Fordable Steam Iron Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/vaarenta-foldable-steam-iron-mint-green-20118430″ style=”flat” background=”#2def2e” color=”#ffffff” size=”6″]Vaarenta Foldable Steam Iron Mint Green[/su_button]

 

Bukan hanya tidur lena bahkan banyak kebaikan anak bermain pasir. Selain baik untuk sensori anak ia juga salah satu terapi untuk lembutkan jemari anak-anak malah mengasah skil pergerakan jemari halus anak.

Menarik: Belikan Bunga & Makan Sedap Tak Salah, Lagi Bermakna Belikan Isteri Emas, Satu Cincin Setiap Bulan!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM