“Sudahnya Ikan Tu Dia Bela” Anak 3 Tahun Guna Joran Mainan Mengalahkan Orang Pro

Share

Siapa sangka anak kecil yang berusia 3 tahun ini berjaya mendapat seekor ikan Haruan kira-kira (anggaran) 30cm hanya dengan menggunakan joran mainan yang dibeli oleh Ayahnya, En. Faizal Adha Sa’aet dua hari yang lalu.

Teruja dengan situasi tersebut, En.Faizal telah memuatnaik gambar Mohd Fayyad (3 tahun) dan hasil tangkapan ke dalam Facebook miliknya. Posting tersebut telah mendapat 8.2 ribu perkongsian dan 4.5 ribu tanda suka.

Rata-rata teruja dan kagum dengan kebolehan anak kecil ini mendapat ikan sebesar itu dengan hanya menggunakan joran mainanya.

Menurut En.Faizal yang dihubungi oleh pihak Pa&Ma, Fayyad sememangnya minat memancing dan meminta untuk dibelikan joran mainan. En.Faizal yang juga pemancing menunaikan hasrat anaknya. Melihat pada rasa teruja Fayyad mendapat joran, dia bersetuju untuk membawa Fayad memancing sekitar parit di hadapan kedainya yang terletak di Kampung Batu Putih, Batu Pahat Johor.

“Mula-mula sampai di tepi parit, Fayyad terus baling umpan ke dalam parit dan ikan tersebut terus makan umpan tersebut. Tapi sebaik sahaja ikan makan umpan, joran Fayyad terjatuh ke dalam air. Dalam masa beberapa saat saya cuba membantu Fayyad. Fayyad masa tu nampak macam nak menangis. Tak lama joran tersebut timbul dan saya bantu Fayyad untuk ambil joran dan terkejut tengok ikan mengena pada umpan.

“Ini adalah joran pertama Fayyad dan ikan ini juga ikan pertama hasil tangkapan Fayyad. Bila Fayyad meminta untuk dibawa memancing diluar, saya menggubah bahagian mata kail asal supaya dia dapat memancing ikan. Dia memang tekun memancing dan sangat minat memancing.

“Niat mulanya beli untuk main dalam rumah, rezeki dia. Saya pun ada peralatan memancing jadi boleh ubah suai bahagian mata kail. Bila dia dapat ikan ni dia sangat teruja. Sampai ke malam dia teruja dan abang-abangnya minta untuk bela ikan Haruan ni sebagai kenangan buat Fayyad.” Tambah En.Faizal

Ayah kepada 3 cahaya mata lelaki ini sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak untuk pergi memancing dan menjala setiap 2 minggu di sekitar Batu Pahat. Baginya, minat anak harus diraikan dalam masa yang sama sebagai orang dewasa, kita perlu memantau keselamatan anak-anak.

Kredit: Faizal Adha Sa’aet

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa