Anak tiba-tiba sakit perut meragam dan suhu naik mungkin itu tanda anak mengalami masalah jangkitan cacing. Mungkin ramai yang ambil mudah kerana ia tidaklah memudaratkan namun hal ini sering menjadi igauan si kecil bila tiba masanya.

Dalam satu perkongsian oleh Dr Ahmad Samhan mengenai bayi yang berusia 18 bulan diserang jangkitan cacing hingga menyebabkan suhu badan bayi tersebut tinggi dan alami sedikit cirit birit.

Dalam perkongsian tersebut juga, Dr Ahmad Samhan berkongsi tanda-tanda si kecil mengalami jangkitan cacing dan juga cara rawatan untuk ibu-ibu lakukan.

Dari petang hujan tak berhenti. Makin lebat. Jam menunjukkan 1 pagi.

Biasanya pesakit tak ramai kalau hujan lebat. Iyalah, siapa nak keluar rumah kalau bukan betul-betul kecemasan.

Suhu Badan Tinggi & Cirit Birit, Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing. Doktor Kongsi Tanda Jangkitan & Cara Rawatan

“Doktor, bayi 18 bulan datang sebab demam,” panggilan dari staff klinik.

“Sebentar, saya turun”

Kelihatan ibu memeluk anaknya. Saya terus menjemputnya masuk ke bilik konsultasi.

“Kenapa ya puan?”

“Siang tadi dia ok je. Malam ini tiba-tiba terjaga dari tidur. Merengek-rengek. Susu pun tak mahu”

“Ada muntah? Cirit birit?”

“Muntah tak ada. Cirit-birit ada tapi baru semalam ada sekali”

“Suhu anak puan tinggi ini. Saya nak periksa perut dan masukkan ubat demam dalam punggung ya”

Bayi dibawa ke bilik rawatan.

Saya bantu ibunya untuk buka pampers.

“Patutlah dia merengek. Dia sakit perut. Cuba puan tengok betul-betul dalam pampers ini”

Kelihatan beberapa ekor cacing kerawit setengah inci bergerak-gerak.

Kecacingan sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi.

Suhu Badan Tinggi & Cirit Birit, Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing. Doktor Kongsi Tanda Jangkitan & Cara Rawatan

Terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum, dan cacing kerawit.

7 TANDA JANGKITAN CACING PADA BAYI & ANAK KECIL YANG DISANGKA SAKIT BIASA

1. Kegatalan pada dubur
2. Cirit birit/najis tidak normal
3. Keletihan yang luar biasa
4. Mudah jatuh sakit(demam,batuk,alahan)
5. Kurang berat badan walaupun selera normal
6. Anak sakit perut dan muntah
7. Mengetap gigi ketika tidur malam kerana tak selesa.

Cara untuk merawat:

✅ Rawatan adalah berkesan dengan makan ubat cacing (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari).

✅ Ubat cacing boleh diberikan setiap 6 bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas.

Suhu Badan Tinggi & Cirit Birit, Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing. Doktor Kongsi Tanda Jangkitan & Cara Rawatan

✅Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi).

✅Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau vagina).

✅Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.

Cara untuk mencegah:

✅ Basuh tangan anak dengan sempurna sebelum makan.

✅ Elakkan anak daripada bermain di tanah yang tercemar.

✅ Elakkan tabiat anak memasukkan benda asing ke dalam mulut

✅ Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.

Kongsikan dan tag mak ayah yang ada anak kecil supaya berwaspada dari terkena jangkitan cacing.

Suhu Badan Tinggi & Cirit Birit, Rupanya Anak Ada Masalah Jangkitan Cacing. Doktor Kongsi Tanda Jangkitan & Cara Rawatan

Dr. Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-

Nak beli barang baby harga best, Klik sini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI