Mana-mana ibu bapa pasti akan rasa runsing dan kasihan jika si kecil menghidapi flu, kerana tidak tahu cara hilangkan selsema bayi.
Mungkin jika ia terjadi pada individu dewasa, mereka pasti boleh dan tahu cara menguruskannya namun lain pula ceritanya jika terjadi pada si kecil.
Oleh itu, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk ketahui cara menghilangkan selsema bayi dengan betul!
Apa beza selesema yang berlaku pada si kecil?
Sama seperti yang berlaku pada individu dewasa, selesema atau flu bayi adalah sejenis jangkitan pernafasan bahagian atas (uppper respiratory tract infection).
Jika dijangkiti, bayi selalunya akan mengalami gejala seperti hidung berair dan hidung tersumbat akibat dipenuhi oleh mukus yang lebih dikenali sebagai hingus.
Dalam pada itu, wujud juga beberapa simptom flu pada bayi yang lain termasuklah:
Meskipun punca dan gejala penyakit ini pada golongan bayi dan dewasa adalah sama sahaja, namun perbezaannya adalah pada komplikasinya.
Jika berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, risikonya adalah tinggi kerana ia mungkin akan membawa kepada masalah pneumonia.
Apa punca selesema yang berlaku pada si manja?
Buat anda yang mungkin masih belum tahu, punca flu terjadi kepada si kecil adalah disebabkan oleh jangkitan virus.
Mungkin ramai ibu bapa yang akan menyangka bahawa ia akan terjadi ekoran cuaca terlalu sejuk namun ini adalah tidak tepat.
Antara jenis virus yang boleh mengakibatkan kondisi selesema ini berlaku adalah seperti berikut:
Virus-virus ini boleh merebak melalui titisan air yang tersebar apabila individu dijangkiti bersin, batuk atau berkongsi barangan.
Ia juga boleh berpindah melalui sentuhan kulit ke kulit atau kulit ke objek yang telah tercemar dengan virus ini oleh penderita terdahulu.
Ia lebih mudah terjadi kepada bayi apabila ibu bapa telah dijangkiti virus lalu menyentuh, mengendong ataupun mencium si manja.
Persoalannya, bagaimanakah cara hilangkan selesema yang menyiksa hari si comel anda ini?
Bagaimana cara menghilangkan selsema bayi?
Tanggungjawab ini adalah terletak pada ibu bapa atau penjaga kerana mereka ini masih kecil dan tidak tahu cara mengadu, mengurus dan merawatnya.
Oleh itu, ibu bapa boleh cuba cara hilangkan selsema bayi dengan lakukan perkara seperti berikut:
#1. Beri mereka minum susu secukupnya
Bagi orang dewasa, minum air putih lebih banyak mampu mengelakkan mukus dalam hidung menjadi terlalu tebal di samping menggalakkan hidrasi.
Namun buat bayi yang belum boleh minum air kosong, sila pastikan mereka minum susu ibu atau formula dengan cukup bagi tujuan yang sama.
#2. Beri mereka makan ubat sebetulnya
Bagi orang dewasa, terdapat ubatan yang boleh diambil untuk melegakan simptom-simptom flu namun si kecil anda mungkin masih belum boleh mengambilnya.
Oleh itu, sila berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi memastikan ubatan tersebut adalah selamat untuk diambil oleh bayi dengan preskripsi daripada pakar.
#3. Pastikan suhu & udara sekitar mereka selesa
Ibu bapa perlu memastikan bahawa suhu di kamar tidur bayi adalah selesa yakni tidak terlalu sejuk atau panas untuk memastikan mereka lebih selesa.
Dalam pada itu, sila hentikan segala tabiat buruk seperti merokok agar udara yang dihirup oleh bayi tidak tercemar dengan alergen penyebab flu.
Cara hilangkan selsema bayi #4. Berehat
Paling penting, ibu bapa perlu memberikan si kecil anda itu masa rehat yang secukupnya dengan menidurkan mereka pada waktu yang ideal.
Ia adalah satu kondisi yang boleh sembuh dengan sendirinya seiring perjalanan waktu asalkan ibu bapa lebih peka dengan keadaan kesihatan si manja.
Akhir kata, jangan pula kalian hanya membiarkan sahaja kerana menyangkakan ia adalah satu kondisi normal buat bayi.
Sebaiknya, bawa mereka berjumpa doktor dan berbincang cara hilangkan selsema bayi sebelum terjadi komplikasi lebih teruk.