Suka Baca Buku, Anak Jadi Pandai. Banyak Boleh Belajar, Memang Bagus!

Share

Bila anak selalu membaca buku cerita, ia dapat merangsang pemikiran mereka. Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapati lebih kreatif dan berimaginasi.

Pengetahuan amnya juga lebih meluas dan mereka selalu yakin ketika berbicara. Kemahiran berfikir dalam kalangan anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh memberi cadangan dan memberi pelbagai idea.

Selain itu, anak juga boleh menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut:

1. Ceritakan semula

Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri.  Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya.

2. Tanya soalan

Bertanya soalan adalah salah satu dari elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru.

Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.

Baca Juga:

“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah

Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!

“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!

3. Kaji & analisis watak

Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut.  Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk  membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.

4. Kaitkan dengan diri sendiri

Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak  untuk mengaitkan  cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang dia tahu. Hal ini akan melatih anak untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dari sudut kreatif, solusi dan imaginasi.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Emy H