Ada orang suka pakai perhiasan barang kemas namun ada pula yang sekadar menyimpan untuk hari mendatang. Tak mengapa, ikutlah selesa masing-masing. Namun jadikanlah mengumpul emas sebagai satu langkah menyimpan cara yang bijak.
Perkongsian Noor Haleeda yang suka mengumpul cincin sebagai satu semangat untuk menambah aset. Tak perlu barang kemas besar, cukuplah kecil tapi bertambah.
Suka membeli tapi tak suka pakai. Macam ni ja cara untuk Maksu bekukan duit, sebab maksu seorang yang boros.
Belilah seringan-ringan item pun tak apa, janji bernilai disaat memerlukan. Tak ada tempat khas untuk susun koleksi, so letak dalam plastik macam ni ja.
Ada ka perangai sama macam maksu?? Suka beli cincin tapi tak suka pakai.
Ads
Sekadar perkongsian. Dua tahun lepas beli rantai tangan berat 47gram dengan harga anggaran rm7.8k macam tu.
Tahun ni beli pula rantai tangan dunhill berat dalam 24gram dengan harga rm6.3k.
Nampak tak perbezaan harga dengan berat tu, tak rasa rugi pun labur duit ke emas ni, setiap orang ada cara yang tersendiri kan. Sejenis perangai maksu, ada ja duit terus laburkan ke emas, kalau tak buat macam ni entah ke mana duit tu dihabiskan.
Ads
Sekarang ni tengah memburu koleksi cincin pula, semua hasil terpengaruh dari group ni, setiap bulan jadi ketagih nak tambah koleksi cincin. Tapi apa pun ikut pada kemampuan diri juga.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti, Dahlia Shazwan yang terkenal dengan iklan Trivago suatu ketika dahulu mengakui dirinya banyak berubah setelah menerima kehadiran cahaya mata sulung pertama beberapa tahun yang lalu.
Perkongsian tersebut dikongsi olehnya dalam Pa&Ma Gala Award 2023, sebagai penerima Anugerah Best Mama Millennial.
“Perubahan besar dalam hidup saya lebih ketara bila jadi seorang ibu, bila jadi isteri tak banyak perubahan..cuma perlu adabt nak hidup dengan suami sahaja”
“Bila ada anak, dia tak faham kita sebab dia bayi. Kesabaran yang saya tak pernah saya tahu saya ada. Bila dengan anak, sifat sabar tu tak tahu datang dari mana. Setiap kali kita ada konflik dengan anak kita, dia tak tahu apa yang logik sebab kamatangan dari segi emosi tu tak ada”
“Setiap fasa dia lalui, saya akan cuba letak diri saya ditempat dia”
“Untuk 6-8 bulan pertama, syndrom mak anak pertama kita pun tak confident orang nak jaga anak kita. Kita burn out, saya hilang siapa saya sebab hidup saya ketika itu hanya berkisar tentang anak”
“Sejak tu saya tahu, kalau saya not in a good shape, saya tak boleh berikan terbaik untuk anak. Sejak umur anak 8 bulan saya mula percaya orang lain jaga anak saya. Banyak saya spend time untuk diri sendiri. Alhamdulillah bila spend time diri sendiri, saya rasa saya good mother yang tak perlu paksa sebab tiada paksaan”
“Bila dengan anak, saya akan betul-betul penuhi keperluan emosi dia. Bila keperluan emosi anak dipenuhi anak pun akan okey.
Ikuti perkongsian penuh Dahlia Shazwan sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Untuk membina sebuah mahligai cinta bukanya mudah, berhabis masa, tenaga dan wang. Tetapi untuk mengekalkanya juga bukan perkara yang mudah. Lebih sukar daripada kerja-kerja untuk membinanya.
Kepercayaan, kesetiaan, pengorbanan yang sangat-sangat besar diperlukan demi mempertahankan rumahtangga yang dibina. Kedua-dua pihak harus saling bekerjasama barulah mahligai yang dibina dapat bertahan dan kekal utuh. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dihadapi untuk membina sebuah keluarga lebih-lebih lagi kita sebagai umat di akhir zaman.
Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama.
Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Tuhan. Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu.
Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik.
Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Tuhan menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman.
Sungguh,
Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini. Moga Tuhan terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Kredit: Ustaz Abu Hurairah Asifa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah. Anak tertumpahkan air, berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan.
Benda remeh biarkan sahaja, tenangkan diri dan uruskanlah jadual anda sebaiknya. Kawal emosi diri agar tenang berhadapan dengan anak. Inilah yang sebaiknya. Jika penat, berikan waktu untuk berehat sebentar. Tip yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria ini mak ayah boleh aplikasikan agar hati lebih tenang dan paling penting jangan tertekan dalam menguruskan anak-anak di rumah.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
Macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG
Orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
Jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA
Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN
Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI
Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN LUPA TUHAN
Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!