Tahukah mama papa, aktiviti seni dapat membantu anak untuk meluahkan emosi mereka? Pendedahan kepada seni sejak anak masih kecil memberi kesan yang positif pada diri mereka. Anak-anak yang sedang membesar sukakan cabaran, penerokaan serta bertanya tentang sesuatu kepada orang yang lebih dewasa.
Ini adalah kerana mereka sedang melalui proses perkembangan dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Pada usia lebih kurang 3-6 tahun, perasaan ingin tahu dalam diri anak sangat tinggi dan mereka amat menggemari aktiviti seni berbentuk hands-on.
Apabila anak melakukan sesuatu aktiviti, mereka akan menjadi lebih aktif, berkeyakinan tinggi dan lebih cerdas. Bagus kan? Bila anak melakukan kerja seni, mereka akan banyak melakukan pemerhatian dan percubaan. Dengan itu, ia merangsang daya imaginasi dan kreativiti mereka.
Salah satu aktiviti seni yang bagus adalah seperti yang dikongsikan oleh Diana Nasir ini. Melalui akaun Instagramnya, dia telah memuatnaik sebuah video anak kembarnya mewarna pakaian cara tie dye. Dapat dilihat keterujaan The Angguns semasa melakukan aktiviti tersebut. Diana memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk melakukan kerja mewarna.
Paling teruja bila lihat hasilnya. Di penghujung video, anak-anak kembar Diana mengenakan baju T yang mereka warnakan sendiri. Memang cantik dan berseni! Menurut Diana, anak-anaknya membuat kerja yang baik dan sempat pula berseloroh jangan pula si kembar ambil semua baju putih untuk diwarnakan.
Ketika anak sedang explore seni, janganlah berkira sangat dengan mereka. Biarkan mereka buat sepah atau jadi kotor. Itu semua dapat membentuk kreativiti dan kemahiran mereka. Anak juga akan lebih fokus dan paling bagus, mereka tidak akan BERMAIN GAJET! Jadi, biarkan anak bereksplorasi dan lakukan aktiviti seni selalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama ini dia pelik kenapa anaknya suka bercakap dekat dengan muka orang. Bahkan perlakuannya juga pelik berbanding kanak-kanak lain.
Rupanya si kecil selama ini menanggung masalah kurang jelas penglihatan atau rabun. Entah sejak bila dia mengalami masalah tersebut.
Puan Masnira Ramli yang berkongsi bagaimana dia mengesan anak kecilnya rabun tak akan dapat melupakan keterujaan dan kegembiraan si anak yang pertama kali dapat melihat sesuatu dengan jelas.
Rasyad, my handsome specky boy.
Baca ini jika anda ibu bapa yang prihatin!
Minggu lepas saya baru dapat tahu yang Rasyad rabun. Nak cerita macam mana boleh dapat tahu nanti jadi terlalu panjang pula status ni. Dah boleh jadi 1 novel bersiri. Jadi, saya cerita bahagian yang penting-penting sahaja ya.
Ya, Rasyad baru sahaja 4 tahun. Ada yang kata, baguslah dapat tahu dia rabun sekarang. Masih belum terlambat.
Ya, alhamdulillah ianya tidak terlambat walaupun dalam masa 4 tahun ini, apabila saya fikirkan semula banyak benda yang saya regret sebab dia sudah menujukkan ciri-ciri rabun itu sudah lama. Cuma kami (saya & suami) TIDAK MENGAMBIL BERAT, TIDAK TAHU DAN MENAFIKAN.
Kenapa saya katakan masih belum terlambat kerana mengikut pembacaan saya, rabun yang dikenalpasti dan DIRAWAT sebelum umur 9 TAHUN mempunyai peluang untuk kembali pulih.
Punca kerabunan di kalangan kanak-kanak ada banyak sebab. Di antaranya:
1) Genetic. Ini yang biasa kita dengar. Jadi jika anda suami isteri rabun, kebarangkalian untuk anak-anak anda juga rabun adalah menjadi lebih tinggi. Ianya menjadi lebih rendah jika salah seorang dari anda sahaja yang rabun. Dan kita boleh membawa anak SEAWAL UMUR 3 TAHUN untuk melakukan pemeriksaan mata!
2) Kurang terdedah kepada cahaya matahari. Ya, kerana faktor tempat dan cuaca kami jarang sekali bawa Rasyad keluar waktu siang sejak dari lahir lagi. Kebanyakkan aktiviti pada waktu malam.
3) Gadget . Ini masalah besar untuk anak-anak hari ini. Kita boleh kurangkan dan banyakkan aktiviti luar.
Ciri-ciri anak-anak yang rabun:
1) Mata berair. Perkara ini saya perasan sudah agak lama terutama apabila Rasyad terlalu fokus membaca atau membuat apa-apa aktiviti.
2) Cepat penat, tidur yang lama. Apabila rabun, Rasyad perlu memberikan fokus yang lebih tinggi. Oleh itu dia mudah penat, dan memerlukan waktu tidur yang lebih panjang. Tak cukup tidur mood nya juga kurang.
3) Tengok tv dekat-dekat Tengok tv pada jarak yang dekat kadangkala normal pada kanak-kanak. Itu yang membuatkan kita selalu ambil ringan.
Selalu kita ingatkan pada anak, jangan tengok tv dekat sangat nanti mata rosak. Sebenarnya apabila anak gemar menonton tv pada jarak yang dekat ianya menunjukkan ciri-ciri rabun! Bermakna dia sudah rabun.
4) Suka tengok sesuatu benda lama-lama. Ini memang selalu Rasyad buat. Dia sangat observer. Suka tengok atau perhatikan sesuatu dalam tempoh yang agak lama. Contohnya kalau saya tunjukkan beliau sesuatu barang dia akan ambil masa untuk fokus dengan teliti.
5) Suka gosok mata Jangan ambil ringan lagi jika anak-anak anda suka menggosok mata. Tanda-tanda jelas kerabunan.
6) Low self esteem, tidak confident untuk melakukan sesuatu benda tanpa org lain. Terlalu bergantung dgn org lain. Rasyad dari kecil sejak dia mula berjalan kebergantungan kepada orang lain adalah sangat tinggi. Dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain.
Contohnya kalau di taman permainan, dia tidak berani mencuba permainan yang melibatkan jarak contohnya menaiki slide. Saya fikirkan kerana dia manja, gayat.
Rupanya dia tidak dapat menganggarkan jarak dengan tepat sebab tidak nampak dengan jelas. Jadi dia tidak yakin untuk bermain tanpa bantuan orang lain.
7) Tidak suka kepada sesuatu yang memerlukan fokus yang lama. Contohnya seperti membaca, atau melukis, menulis. Mungkin kerana dia merasa penat kerana perlu fokus lebih. Kadangkala anak-anak yang rabun ini suka melihat sesuatu secara teleng ke kiri atau ke kanan.
8. Mudah terjatuh, terlanggar sesuatu. Ini paling kasihan. Dalam rumah pun kadangkala dia boleh terlanggar dinding, tersadung lebih lagi apabila sedang bermain. Ya anak-anak lain juga begitu tetapi Rasyad ini kekerapannya jatuh sebab terlanggar sesuatu itu lebih tinggi dari kanak-kanak lain.
Hinggakn suatu hari dia mengatakan pada saya bahawa dia ‘clumsy’. Jawab saya, Rasyad bukan clumsy cuma kurang berhati-hati. Rupanya dia kurang nampak.
9) Tidak friendly. Sejak baby Rasyad bukan baby yang friendly atau banyak emosi. Dia agak dingin. Mungkin kerana dia tidak nampak secara tepat memek muka orang lain.
Kalau kita senyum dengan dia pada jarak yang agak dekat baru dia akan membalas senyuman itu.
10) Suka bercakap dekat-dekat dengan wajah orang lain. Ini sering berlaku pada saya dan suami serta keluarga atau rakan terdekat. Dia gemar melihat kita bercakap dengan jarak yang dekat. Lebih jelas.
Apabila mengetahui yang Rasyad rabun, baru lah terjawab akan perlakuan Rasyad selama ini yang meragukan.
Ada yang membuatkan kami sedih kerana tidak mengetahui dengan lebih awal. Saya tidak tahu bila Rasyad mula rabun. Mungkin sejak baby lagi.
Kerana pembentukkan saraf-saraf mata bermula sejak trimester pertama kandungan lagi. Oleh itu penting untuk untuk kita menjaga kandungan sebaiknya terutama dari segi pemakanan.
Kita perlu mengambil berat akan kesihatan mata anak-anak kerana ianya memberikan pengaruh yang sangat besar untuk perkembangan dan pembelajaran mereka.
LEBIH AWAL KITA TAHU ADALAH LEBIH BAIK. Kebiasaannya kita mengetahui pada umur 6-8tahun kerana pada umur itu anak-anak sudah pandai memberitahu dan faham akan kekurangan diri. Entah berapa lama mereka rabun sebenarnya sebelum memberitahu kita.
Pertama kali Rasyad pakai cermin mata, dia teruja sangat. Katanya dia tidak pernah melihat sesuatu sejelas itu! Terharu saya dan suami.
Doakan Rasyad semoga penglihatannya akan normal tanpa kaca mata sebab cita-cita Rasyad apabila dewasa nanti adalah untuk menjadi astronaut! Aminnn..
Enjoy your new look Rasyad! Bonda harap Rasyad akan bertambah happy selepas ini. Maafkan bonda & dada kerana kami kurang prihatin akan masalah Rasyad selama ini.
Kalau ada para ilmuan yang membaca status ini boleh betulkan kalau ada yang salah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua ibu ayah nak anak ‘tip top’ perkembangannya tapi terlalu sibuk dengan urusan sendiri. Sebenarnya kunci utamanya ibu ayah kena rajin luang masa berkualiti dengan anak.
Berapa ramai daripada kita yang benar-benar meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak? Apa sebenarnya aktiviti yang kita buat dengan anak ketika itu? Pejam celik, pejam celik tau-tau si kecil dah semakin membesar dan mahu melangkah ke tadika pula.
Eh, pantasnya masa berlalu. Jangan biarkan masa pergi tanpa sempat kita bagi sesuatu yang berkualiti untuk perkembangan anak. Sudahlah usia 0-6 tahun adalah ‘usia emas’ yang mesti diberi banyak rangsangan positif.
Jom kita perbaiki peranan sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak-anak kita. Semoga dengan masa berkualiti yang kita luangkan dengan anak-anak hari ini akan dapat membuahkan hasil yang membanggakan kita satu hari nanti.
Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist), Puan Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan oleh ibu bapa mengenai masa berkualiti untuk anak-anak.
QUALITY-15: TIPS LUANGKAN MASA BERKUALITI UNTUK PANTAU DAN BANTU PERKEMBANGAN ANAK-ANAK.
Ramai pula yang bertanya saya apa itu Q-15?
Q-15 merujuk kepada “QUALITY-15” iaitu 15 minit masa berkualiti yang diluangkan kepada setiap anak, setiap hari.
PENGIRAAN MASA SEHARI
1 hari = 15 minit seorang anak.
Jika seorang anak:
15 minit sehari perlu diluangkan.
Jika 2 orang anak:
15 minit x 2orang
= 30 minit sehari perlu diluangkan untuk 2 orang anak dengan average seorang anak 15 minit masa fokus pada perkembangannya secara individual.
Jika 3 orang anak? Gandakan 3 dan seterusnya.
FLEKSIBILITI UNTUK IBU BAPA SIBUK
Anda boleh gantikan 15 minit hari ini ke esok.
Contoh:
Isnin tak sempat, Selasa luangkan 30 minit (seorang anak).
Jika pada hari bekerja anda tak sempat langsung, dan hanya boleh luangkan 1 hari setiap minggu (cth: Sabtu), kirakan begini:
15 minit x 7 hari: 105 minit (1 jam 45 minit) untuk seorang anak pada hari Sabtu.
Gandakan masa yang perlu diluangkan mengikut bilangan anak.
IBU ATAU BAPA PERLU LUANGKAN?
Anda boleh berbahagi aktiviti bersama ahli keluarga. Tapi, pastikan matlamat target perkembangan anak anda tercapai.
Biasanya aktiviti Q-15 akan dibahagikan kepada 3 tema penting:
Motor kasar
Motor halus
Kognitif/bahasa
Jadi, mungkin ibu ambil 5 minit motor halus, ayah ambil 5 minit motor kasar, dan kedua2 ambil 5 minit masa kognitif/bahasa dengan bercerita bersama pada anak sebelum tidur
Mudah sahaja sebenarnya.
PERLU PAKSA DIRI UNTUK PERUNTUKKAN MASA?
JANGAN PAKSA
Pastikan mood anda elok semasa mahu melakukan aktiviti Q-15.
Pastikan mood anak anda elok semasa mahu melakukan aktiviti Q-15.
Melakukan aktiviti dalam keadaan stress tidak akan membantu perkembangan anak anda.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun bertunang, ibu bapa nazar ketika di Arab Saudi. Kanak-kanak itu ditunangkan dengan lelaki pilihan keluarganya. Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua-dua buah pihak keluarga.
Menerusi perkongsian satu video di Jakarta, Indonesia, tular rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di media sosial.
Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun Bertunang
Majlis bertunang itu turut menerima pelbagai reaksi warga maya malah ada yang terkejut memandangkan dia masih budak.
“Ada yang berasa pelik, namun ia adalah perkara biasa di Madura,” kata seorang pengguna media sosial.
Pemilik akaun @asiyah juga cuba berseloroh apabila menyatakan ada ibu bapa yang sudah menjodohkan anak mereka sejak masih dalam kandungan.
Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi
Klip yang dikongsi oleh pemilik akaun milik ahmadsyahierzaien juga di TikTok juga jelas menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika peristiwa unik di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dilalui oleh wanita ini selepas hampir sembilan tahun membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal, kehidupan...