Suka Hayunkan Anak Ala Helikopter? Pakar Tak Galakkan Buat Untuk Anak 2-5 Tahun

Share

Suka hayunkan anak ala helikopter? Pakar tak galakkan mak ayah untuk hayunkan anak dengan memegang tangan seperti helikopter terutama anak usia 2 hingga 5 tahun.

Sebab itu dari dulu lagi, orang tua-tua melarang menarik tangan anak kecil atau menghayun tangan mereka.

Bukan itu saja, mengangkat anak dari tempat duduk atau ketika anak berbaring dengan menarik lengan juga boleh mengakibatkan perkara sama. Sama juga ketika menarik tangan anak dengan kuat ketika berjalan.

Ini kerana menurut Dr Redza Zainol, sendi siku kanak-kanak boleh terkehel dari kedudukan asal atau dipanggil sebagai Nursemaid’s Elbow.

TIPS:

✅ Elak mengangkat anak dengan menarik atau mengangkat sebelah tangan anak saja.

✅ Angkat kanak-kanak di bawah ketiak atau mengangkat kedua-dua tangan.

✅ Jangan hayunkan anak atau buaikan dengan memegang hujung tangan anak.

Kredit: Dr Redza Zainol & Public Health Malaysia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy