Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Namun diruangan komennya, ramai yang suka cara Aeril yang gemar menyakat dan itu antara salah satu faktor kebahagiaan dalam keluarga.
Lagi satu, ayah yang pandai menyakat ini tanda dia sayang keluarganya. Isteri dan anak gembira tu pun dah kira satu kebahagiaan yang tiada nilainya.
Selain Attar, Hayla pun sangat rapat dengan Aeril. Mungkin juga sikap Aeril yang rajin melayan dan faham perangai anaknya.
Banyak juga kajian membuktikan ayah yang rapat dengan anak lebih cerdik, berkeyakinan tinggi dan perkembangan emosi positif.
Sumber: ig wawa zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahayakah Berat Anak Turun Masa Puasa & Kenapa Sahur Sangat Penting? Ini Jawapan Pegawai Dietetik
Berat badan anak turun semasa berpuasa mungkin merisaukan mama dan papa. Tambah lagi dia liat nak bangun sahur. Macam mana nak buat, mama papa buntu!
Puasa di bulan Ramadan ialah rukun Islam ketiga. Adakah puasa tidak memudaratkan keperluan nutrien anak? Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Pendedahan terhadap puasa digalakkan sejak daripada peringkat awal. Latihan ini dapat mendidik si manja membiasakan diri untuk berpuasa pada usia yang diwajibkan iaitu selepas akil baligh.
Apa yang penting bagi ibu bapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa, galakkan supaya anak bangun untuk sahur. Bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Amalan sahur dan berbuka dengan sajian yang seimbang dapat mengekalkan keperluan nutrisi seharian.
SAJIAN SEIMBANG UNTUK SAHUR
Makanan yang sesuai diambil semasa bersahur adalah makanan lengkap yang terdiri daripada karbohidrat, protein, serat dan lemak. Sediakan makanan seimbang contohnya nasi bersama lauk, sayur atau buah-buahan.
Makanan yang disediakan haruslah segar dan baru dimasak. Jika ada lebihan makanan berbuka, pastikan makanan disimpan dengan betul dan dipanaskan sempurna bagi mengelakkan kontaminasi makanan.
Elakkan makanan berproses seperti sosej dan nuget sebagai sajian sahur anak. Makanan berproses mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh menyebabkan rasa haus sekaligus mengakibatkan badan mengalami kehilangan air (dehidrasi)
Makanan yang pedas dan berempah juga perlu dielakkan supaya tidak berlaku ketidakselesaan perut. Pastikan anak meminum air kosong ketika bersahur.
Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh yang merupakan agen diuretik dan boleh menyebabkan dehidrasi.
5 TIP ANAK MINUM AIR SEMASA BERPUASA
Sewaktu puasa, badan anak mungkin akan mengalami dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan sekiranya pengambilan air tidak mencukupi. Masalah ini akan menyebabkan badan keletihan sewaktu berpuasa. Walaupun waktu antara berbuka hingga sahur adalah terhad, tips berikut boleh di amalkan bagi mengelakkan badan kekurangan air.
- Amalkan pecahan minum air berikut bagi mendapatkan jumlah air yang disarankan setiap hari.
- Sewaktu berbuka, minum satu gelas air terlebih dahulu. Disarankan untuk berbuka dengan kurma atau manisan dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu.
- Selepas solat Maghrib, pastikan minum satu gelas air lagi. Tambah satu gelas air lagi selepas makan. Selain menggalakkan pengambilan air, pemilihan air kosong selepas makan dapat mengawal kalori yang diambil. Selepas solat Isyak dan terawih, minum satu gelas air lagi.
- Sebelum tidur, anak juga digalakkan untuk minum air. Dua gelas air lagi ditambah ketika bangun untuk sahur dan selepas makan sahur.
- Pembahagian waktu minum air seperti ini digalakkan bagi mengelakkan ketidakselesaan pada perut jika minum sekaligus dengan kuantiti yang banyak pada suatu masa.
BERAT ANAK SAYA TURUN SEMASA RAMADAN! BAHAYAKAH?
Anda perlu tahu tumbesaran anak iaitu tinggi, berat dan indeks jisim tubuh berpandukan carta tumbesaran oleh World Health Organisation (WHO). Bagi kanak – kanak yang memiliki masalah berlebihan berat badan dan mengamalkan pemakanan berkalori tinggi, bulan puasa adalah waktu terbaik untuk melatih mereka mengamalkan pemakanan yang sihat.
Jika kanak – kanak berpuasa mengamalkan kuanti dan kualiti makanan yang betul, penurunan berat badan secara sihat akan berlaku dan ia tidak akan memberikan kesan negatif kepada mereka.
Sebaliknya, kanak – kanak yang tidak perlu menurunkan berat badan tetapi mengalami penurunan,semak semula makanan yang disediakan untuk anak ketika sahur dan berbuka. Pastikan ia berkhasiat, berkualiti dan seimbang.
MOREH
Snek malam selepas terawih dibenarkan dengan kadar yang tidak keterlaluan. Ambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, buah atau kuih muih dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan pada waktu malam.
Selain kuantiti, kualiti makanan perlu dititik beratkan supaya anak mendapat zat makanan yang lengkap untuk keperluan satu hari. Oleh itu, elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi atau mi goreng kerana pada waktu malam kerana mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak pada waktu malam.
6 Tip pemakanan anak di bulan Ramadan
- Pemilihan makanan yang sihat dan seimbang sangat digalakkan untuk berbuka puasa dan sahur.
- Mulakan waktu berbuka dengan makanan yang mudah dihadam seperti kurma dan buah-buahan. Ini dapat memberikan tenaga segera kepada tubuh selepas seharian berpuasa.
- Elakkan minuman manis, berkarbonat ketika berbuka bagi mengelakkan ketidakselesaan pada perut dan mengelakkan pengambilan kalori yang terlebihan.
- Sediakan sajian makanan lengkap yang terdiri daripada karbohidrat kompleks (nasi, mi, roti), protein (ikan, ayam) dan serat (sayuran, buah).
- Karbohidrat kompleks lebih baik berbanding kuih muih manis yang mengandungi kandungan gula yang tinggi yang akan menyumbang kepada lebihan kalori.
- Bagi lauk pauk pula, pilih makanan yang dipanggang, kukus atau rebus. Serat seperti bijirin penuh, buah buahan dan sayur sayuran mengekalkan rasa kenyangan yang berpanjangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usaha Ibu Buat ‘Activity Board’, Berbaloi! Dari Anak Lambat Cakap Kini Semakin Petah!
Pastinya dalam kalangan ibu bapa masih tak perasan sama ada anak speech delay atau pun tak. Ini kerana kebanyakan anak-anak hari ini lebih suka tengok gajet dan televisyen. Jadi ibu bapa berpendapat, anak diam bagus kerana dia fokus pada cerita yang ditontonnya.
Namun begitu, dalam tak sedar ia sebenarnya penyumbang kepada anak speech delay atau lambat cakap. Kes ini dah banyak berlaku dan rata-ratanya lambat dirujuk pada pakar sehinggalah anak nak masuk tadika.
Doktor sahkan anak speech delay
Kisah ibu ini, Engku Dewi Noraniza mengenai anaknya, Muhammad Yusuf Anaqi berusia 3 tahun yang dikategorikan speech delay pada usia 2 tahun lebih tetapi mula menunjukkan perkembangan positif selepas melakukan aktiviti dan rawatan susulan boleh dijadikan panduan.
ARTIKEL BERKAITAN [Rangsang Semua Deria Anak Seawal 0-6 Tahun, Bantu Cepatkan Anak Menulis & Baca]
Anak saya berusia 3 tahun dan adalah kanak-kanak yang ada masalah ‘speech delay’ selepas didiagnos oleh doktor. Sekarang sedang menjalani terapi di Hospital Serdang. Sepatutnya bagi kanak-kanak normal, usia 2 tahun lebih dah boleh sebut satu perkataan bermakna tapi Yusuf Anaqi hanya bercakap dalam bahasa jargon.
Tapi dia boleh faham apa yang saya cakap atau arahkan dia cuma dia nak beritahu atau cerita sesuatu saja yang tak boleh lagi.
Pada usia yang masuk 3 tahun ini saya perlu buat sesuatu untuk pastikan dia boleh fokus pada sesuatu aktiviti. Walaupun sudah menjalani terapi tapi saya rasa itu tidak mencukupi untuk membolehkan anak saya bercakap jadi saya mengambil alternatif lain.
Saya banyak merujuk aktiviti untuk kanak-kanak ‘speech delay’ maka tercetuslah aktiviti menyeronokkan seperti ini.
Alternatif bagi anak yang sukar fokus
Pada awalnya niat saya membuat aktiviti ini adalah untuk menarik minat dan fokus anak saya memandangkan dia sukar untuk fokus apabila menggunakan buku.
Saya bercadang untuk menghantar anak ke sekolah tahun hadapan tapi saya risau dia tidak boleh fokus jika guru mengajar dan akan mengacau kawan-kawan lain.
Permulaannya saya buat aktiviti board yang dia suka. Tujuannya bukan untuk dia menghafal setiap perkataan yang ditulis tetapi untuk dia minat belajar. Ibaratnya belajar sambil main.
Setiap kali bermain dengan anak, saya akan berkomunikasi dengannya untuk galakkan dia bercakap. Setiap gambar saya sertakan dengan cerita atau penerangan yang berkaitan dengan aktiviti harian.
Segelintir orang mungkin salah faham yang perkataan itu sungguh berat untuk kanak-kanak speech delay sepertinya tetapi setiap aktiviti yang saya buat bukan untuk tujuan menghafal semata-mata.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Anak 6 Tahun, Boleh Baca Suku Kata Mudah, Bagus! Jika Belum, Sila Ambil Perhatian]
Selain itu, saya juga ada membuat aktiviti lain untuk melatih otot muka, kaki, tangan dan sebagainya. Setiap aktiviti yang saya buat saya banyak rujuk melalui youtube. Cuma activity board ni saya ketengahkan untuk curi sedikit fokus dari anak.
Dah mula nampak perubahan
Kongsi Dewi Noraniza lagi, alhamdulillah setakat ini dah ada perubahan. Sedikit sebanyak anak sudah mampu mengikut apa yang saya tuturkan walaupun dalam nada pelat dan anak juga mampu memberi fokus dengan setiap aktiviti yang saya lakukan bersamanya. Niat saya hanya untuk berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang anak speech delay dan tak sangka ramai juga yang berada dalam situasi saya.
Walaupun aktiviti ini baru dimulakan sejak sebulan yang lepas, nampak anak Yusuf Anaqi mula tunjukkan minatnya. Mulanya saya buat satu sahaja untuk tengok reaksi dia bermain lama kelamaan dia jadi minat. Lepas itu, saya buatkan lagi dan dia memang suka dan lebih fokus.
Kebetulan memang pakar syorkan untuk buat aktiviti bersama anak. Jadi saya banyak google aktiviti yang boleh dilakukan. Mana yang boleh DIY sendiri, saya akan buat. Kebanyakannya saya gunakan barang yang murah saja. Semua saya beli dekat kedai RM2.10.
Syukur alhamdulillah daripada apa yang saya lakukan bersama-sama dengannya dia dah boleh fokus dan ikut apa saya ajar. Paling buatkan saya dan suami bangga, Yusuf Anaqi mampu keluarkan perkataan bermakna walaupun pelat. Bukan itu saja, setelah sekian lama akhirnya terkeluar juga perkataan mama papa untuk memanggil kami.
Kredit: Engku Dewi Noraniza
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi Sebabnya Jangan Bawa Anak Chicken Pox Ke Tempat Bermain Kanak-Kanak!
Bahaya demam chicken pox ni jangan dibuat main-main. Memang nampak tak bahaya dan akan baik sendiri.
Tapi ia sangat mudah berjangkit. Jadi bila anak anda kena chicken pox tolong jangan bawa dia pergi bermain di mana-mana tempat awam.
Mak ayah kenalah lebih alert tentang kesannya kalau dibiarkan anak yang demam chicken pox bercampur gaul dengan anak orang lain.
Ilmu perubatan yang dimiliki oleh Dr Taufiq Razif ini patut disebarkan kepada semua mak ayah. Apatah lagi beliau sendiri melalui pengalaman melihat kanak-kanak chicken pox bermain berhampiran anaknya.
Ini sebabnya kenapa beliau risau.
Terkedu saya bila isteri saya bagitahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya.
Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti ke Kidzoona.
Tempat tu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihat la sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh kan.
Tapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya.
Eh! Ni macam chicken pox! Terus kami report pada staff Kidzoona tu. Mereka terus nampak gelabah. Mereka pun tak perasan kot.
Kami dan staff Kidzoona terus la cari ayah si adik ni. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni.
Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ni nak bawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh je.
Dekat setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.
Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk je agak-agak berapa orang budak kat dalam Kidzoona tu akan kena chicken pox tu nanti?
Penyakit ni memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ni akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung!
Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ni boleh masuk sampai ke otak ( Encephalitis ) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!
p/s : Antara simptom Chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema
p/s : Boleh belajar lebih detail lagi tentang anak-anak kita di Telegram saya. Klik je link ni ye ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif
p/s : Tolong jangan bagi isteri kita yang sedang HAMIL dekat dengan anak-anak yang kena Chicken Pox ni sebab sistem imun mereka tengah sangat lemah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI