Untuk dekorasi sesuatu ruang dalam rumah, kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan look yang cantik. Tidak semestinya menggunakan bahan-bahan bermodal besar, kadang-kadang barang murah pun boleh nampak mahal jika kena pada caranya.
Untuk membuat dekorasi dinding dengan modal kecil, bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Boleh ajak anak-anak buat bersama untuk digantung dalam bilik mereka.
Siapa yang tak kenal dengan Jaclyn Victor dikenali dengan suaranya yang lunak dan mantap. Dia mencipta namanya tersendiri setelah memenangi Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Kemenangan itu menjadi inspirasi terus menjadi salah seorang penyanyi yang paling berjaya di Malaysia.
Pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga, kini selepas enam tahun bergelar ibu tunggal, siapa sangka, hatinya sekian lama tertutup kini disirami dengan sinar cinta seorang pensyarah. Penyanyi Jaclyn Victor kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T. Samuel.
Majlis gilang gemilang itu diadakan dalam sebuah dewan di Kuala Lumpur pada 25 Mei 2025 itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat, termasuk beberapa rakan artis terkenal. Antara yang turut hadir memeriahkan acara termasuk Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Noryn Aziz, Marsha Milan, Siti Nordiana dan Ning Baizura.
Tidak ketinggalan, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain, Salamiah Hassan serta duo pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa Dina Nadzir dan Liza Hanim
Kala usia 48 tahun, kelihatan anggun mengenakan gaun pengantin berwarna putih yang mendapat pujian netizen kerana tampil sopan dan cantik, manakala suaminya Calvin memakai sut tuksedo serba putih sebagai padanan sempurna.
Majlis yang berlangsung penuh sederhana dan eksklusif ini menandakan babak baru dalam kehidupan Jaclyn yang sebelum ini lebih fokus sebagai ibu tunggal. Perkahwinan ini juga mendapat perhatian hangat di media sosial dan menjadi bualan netizen yang teruja melihat transformasi bahagia penyanyi legenda ini.
Untuk rekod, pelantun lagu Ikut Rentakku itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014, namun hubungan itu berakhir selepas lima tahun. Hasil perkahwinan terdahulu, juara Malaysian Idol itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pempengaruh media sosial terkenal, Sally Whoo atau nama sebenarnya Nur Salihah Aimuni, mengumumkan bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Sally, pada mulanya beliau berniat untuk merahsiakan berita gembira ini daripada pengetahuan umum. Namun, perubahan fizikal yang semakin ketara terutama pada bahagian perut membuatkan beliau mengambil keputusan untuk berkongsi berita tersebut kepada para pengikutnya.
“Ingat lagi awal tahun 2025 ada bergurau dengan kawan-kawan kata tahun ni nak mengandung, tak sangka, alhamdulillah.
“Sebenarnya niat di hati nak simpan dulu, kalau boleh biarlah jadi rahsia sampai hari dia lahir.
“Tapi bila perut makin jelas dan ramai yang mula meneka, rasa macam dah tak boleh sorok lagi.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Sally turut memuat naik beberapa foto manis bersama suami tercinta, memperlihatkan sisi bahagia keluarga kecilnya.
Malah Sally turut meminta orang ramai supaya mendoakannya agar sentiasa sihat dan dipermudahkan sehingga melahirkan.
“Jadi inilah sedikit khabar gembira buat keluarga kecil kami. Doakan saya sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga hari melahirkan,” tulisnya.
Sally juga turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita di luar sana yang masih berjuang untuk memiliki zuriat.
“Buat kalian yang masih menanti, yang setiap bulan menyimpan harapan, yang selalu menangis diam-diam lepas doa terakhir malam, saya titipkan doa, harapan dan kasih dari jauh.
“Semoga Allah pinjamkan bahagia ini buat kalian juga, pada waktu yang paling tepat dan paling indah,” katanya lagi.
Terdahulu, Sally mendirikan rumah tangga Bersama suaminya yang juga pempengaruh dikenali sebagai Toq. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu meluahkan rasa kecewa terhadap komen seorang individu yang menuduhnya bersikap pilih kasih antara anak kandung dan anak-anak tiri.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Madammu atau nama penuhnya Seiyca Baiduri mendedahkan bahawa komen-komen negatif daripada sesetengah individu kadangkala memberi tempias kepada emosi dan perkembangan jiwa anak-anaknya yang masih membesar.
“Saya nak kongsikan di sini bukan sebab saya nak buktikan tapi sebab nak jaga emosi dan perasaan anak-anak. Anak anak saya dah besar semua kadang mereka terkesan dengan komen sebegini. “
Dalam pada itu, tambah Madammu, komen melulu seperti itu membuka ruang kepada gangguan emosi dalam kalangan anak-anak, sekaligus memberi kesan terhadap keharmonian keluarga.
“Jangan menulis jika kita tak pasti kerana hanya dengan 1 komen awak boleh menguris banyak hati.
“Awak sedar tak awak sedang bina kebencian, prasangka, iri hati, cemburu, perbandingan di antara adik beradik iaitu Zahara, Qally & Ahmadhi terhadap adik mereka, Kayden.”
“‘Saya terima dengan hati yang penuh’”
Madammu tidak menafikan rasa terkilan apabila ada yang mempertikaikan niat serta pengorbanannya sebagai seorang ibu.
Katanya, keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai tiga orang anak bukanlah sesuatu yang dirancang, apatah lagi pada usia yang masih muda untuk memikul tanggungjawab membesarkan anak orang lain.
Namun begitu, Madammu memilih untuk menerima kehadiran anak-anak tirinya dengan penuh keikhlasan dan hati terbuka. Bahkan, dia berusaha menyayangi dan membesarkan mereka sebaik mungkin, seperti darah daging sendiri.
“Awak fikir saya minta untuk kahwin dengan duda anak 3? Awan fikir saya nak sangat ke jaga anak orang? Awak fikir saya nak sangat ke korbankan masa remaja saya untuk besarkan anak anak yang mak dia dah meninggal?
“Tapi saya terima, saya terima dengan hati yang penuh. Saya besarkan buat yang terbaik, bagi pelajaran yang baik, bagi kehidupan yang baik. “
Jauh di sudut hati Madammu kecewa apabila mempersoalkan tindakan individu yang mempertikaikan kasih sayangnya terhadap anak kandungnya, Kayden.
“Berdosa ke saya lahirkan seorang anak dari rahim saya dan berikan yang terbaik untuk dia yang baru melihat dunia ni? Adil ke untuk awak pertikaikan apa yang saya buat pada Kayden selepas 13 tahun rumah kami tiada Baby? Adil ke? ”
“Siapa awak untuk beri pandangan yang boleh menjejaskan emosi anak anak i? Who are you?”
Sebagai makluman, pada 9 Jun 2023, Madammu telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan, Madammu berkahwin pada tahun 2015 bersama suaminya yang ketika itu merupakan duda anak tiga – Zahara, Qally dan Ahmadhi.