Untuk dekorasi sesuatu ruang dalam rumah, kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan look yang cantik. Tidak semestinya menggunakan bahan-bahan bermodal besar, kadang-kadang barang murah pun boleh nampak mahal jika kena pada caranya.
Untuk membuat dekorasi dinding dengan modal kecil, bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Boleh ajak anak-anak buat bersama untuk digantung dalam bilik mereka.
Seorang suami tanggung jawabnya besar. Bukan sahaja perkahwinannya harus dijaga, tetapi isteri tersayang perlu dilindungi. Suami mempunyai hati yang keras, sukar mengungkapkan kata cinta. Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isterinya.
Seorang suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun ietsri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.
8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak luluh bila kehilangan anak sekecil itu. Baru berusia sembilan bulan, bayi malang ini menemui ajal selepas diserang oleh anjing peliharaan di rumah sendiri. Kejadian tragis ini bukan berlaku di Malaysia, namun seperti kata pepatah malang tidak berbau ia wajar dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati, walau di mana pun berada.
Menurut laporan The Sun, insiden ngeri itu berlaku di Rogiet, kawasan tenggara Wales, sekitar jam 6 petang pada Ahad lalu. Pihak polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada kediaman di Crossway.
Suasana bertukar panik apabila puluhan kenderaan polis, termasuk unit bersenjata dan sembilan buah ambulans, tiba di tempat kejadian. Namun, segalanya sudah terlambat bayi berusia sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi.
Jurucakap Gwent Police berkata, “Pegawai hadir bersama pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service. Seorang bayi berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Anjing tersebut telah dirampas dan dibawa keluar dari rumah berkenaan.”
Ketua Superintenden, John Davies, dalam kenyataannya menambah:
“Kami faham orang ramai mungkin bimbang tentang insiden ini. Namun, pegawai kami masih berada di lokasi dan siasatan sedang dijalankan. Jika ada sebarang maklumat atau kebimbangan, orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak kami.”
Insiden ini mencetuskan kesedaran besar tentang bahaya yang boleh timbul walaupun daripada haiwan peliharaan sendiri. Ramai netizen menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa, sambil mengingatkan bahawa keselamatan anak kecil perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Buat semua ibu ayah, biarlah kisah ini menjadi peringatan. Kadang-kadang, walaupun kita yakin haiwan peliharaan jinak dan tidak berbahaya, naluri binatang boleh berubah dalam sekelip mata. Dalam rumah sekalipun, risiko tetap ada.
Semoga roh si kecil ini tenang di sana, dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Bukan bakat biasa-biasa. Tahniah diucapkan buat dua beradik, Abdurrahman Ahmad Mu’az 14, dan adiknya, Heba Nusaybah yang videonya tular kerana mewakili Malaysia bagi acara memanah berkuda di Perancis.
Lebih manis lagi dua beradik itu diumumkan juara bagi kategori bawah 14, manakala adiknya, Heba Nusaybah pula naib juara untuk kategori bawah 12 pada pertandingan yang berlangsung di Gauchoux, Perancis pada 21 hingga 23 Ogos lalu.
Aksi dua beradik itu yang muncul ketika perarakan seterusnya muncul sebagai juara dan naib juara dalam pertandingan itu mendapat sorotan ramai.
Menurut perkongsian ibunya melalui akaun Tik Tok, Fathim Ridayu, dia dan dua anaknya, Abdurrahman Ahmad Mu’az serta Heba Nusaybah menggunakan simpanan sendiri termasuk sumbangan dari keluarga selain berusaha menjual kuih raya untuk ke Perancis.
“Ya tajaan sendiri, pergi bertiga sahaja dan sayalah ‘manager’ (pengurus), sayalah ‘coach’ (jurulatih) mereka. Datuk dan nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit untuk kumpul dana.
“Perancis kosnya amat-amatlah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat-sangat ke kejohanan di Eropah ini walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda kebanyakannya dari Perancis dan nak belajar dalam masa sama,” katanya.
Tambah Fathim Ridayu lagi, dia dan anak-anaknya hanya menaiki pengangkutan awam di sana kerana mahu berjimat. Biarpun payah namun semuanya berbaloi.
“Dari lapangan terbang Paris ke bandar Limoges naik bas lima jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik kereta api lagi sejam.
“Angkutlah beg semua tiga beranak. Lokasi pertandingan jauh dari bandar Paris. Jaraknya macam Kuala Lumpur dengan Perlis. Makan pun bawa ‘ready-to-eat food’ dari Malaysia. Punya nak berjimat.
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal (atas segalanya). Pengalaman yang mahal tapi berbaloi,” katanya.
Pertandingan itu disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.