Azad Jazmin memang rapat sangat dengan anak-anak. Betullah orang kata anak perempuan memang geng dengan papanya.
BONDING AMAT PENTING
Semasa sesi fotografi baru-baru ini, Azad berkongsi dengan PA&MA beberapa tip untuk mencipta hubungan yang rapat dengan anak. Bila anak rapat, bermakna mereka lebih percaya. Maka proses didikan juga lebih lancar.
Amarra Sofea Rose, 5, Ameisya Leanne Rose, 1 dan Areisya Suri Rose, 5 bulan buah hati yang menjadi keutamaan dalam jadual hariannya. Jadi tidak hairanlah kalau anak-anak semua manja dengannya.
JADIKAN IBU BAPA SEBAGAI IDOLA
“Ibu bapa saya begitu rapat dengan kami adik beradik. Saya mengaplikasikan apa yang mummy & daddy saya lakukan iaitu sentiasa bercakap dengan anak-anak dan melatih kami agar saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Kasih sayang dan perhatian diberikan sama rata.
Rupanya Azad ini anak kacukan Serani Melayu di mana ayahnya berketurunan Serani dan ibunya pula Melayu. Cara didikan yang diberikan kepada Azad dan adik-adiknya adalah kombinasi kedua-duanya.
Kata Azad, ayahnya dahulu suka melayan anak-anak bercakap dan itulah yang telah dipraktikkan olehnya kepada anak-anak.
PERLU PANDAI KAWAL KEADAAN
Selain itu, bagi Azad, seorang ayah bermakna dia perlu pandai mengawal keadaan. Apa yang dilakukannya ialah meninggalkan segala urusan perniagaan dan kerja di luar pintu sebelum masuk ke dalam rumah. Di rumah, dia bukan ahli perniagaan atau pelakon tetapi suami dan ayah kepada anak-anak. Jadi, dia lebih fokus kepada keluarga.
SUKA BERCAKAP DENGAN ANAK
Azad memang suka berbual dengan anaknya walau pun ketika masih di dalam kandungan. Azad juga melayan anak-anaknya bermain dan bercakap seperti kanak-kanak yang sudah besar supaya pemikiran anak lebih berkembang. Definitely no baby talk, mesti gunakan bahasa yang biasa.
Kelebihan kepada Azad ialah dia boleh mengatur jadual hariannya dengan lebih baik dan mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga.
DIDIK AMARRA JADI PEMIMPIN ADIK-ADIK
Membesar sebagai anak sulung, Azad juga melatih Amarra untuk menjadi pelindung dan pemimpin untuk adik-adiknya. Setiap anak mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing. Azad menyayangi ketiga-tiga anak perempuan sama rata dan berharap semuanya menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat.
Jangan lupa saksikan Azad & Eira dalam rancangan keibuapaan Pa&Ma setiap Selasa, jam 12 tengah hari di saluran Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135. Jika terlepas, boleh tonton ulangan pada jam 9 malam. Banyak isu keibubapaan dan kupasan info penting di utarakan seperti Obses Gajet, Tahfiz Cilik, Homeschool dan lain-lain.
Sumber: @azadsyazirarose, @anakdarapakazad & Majalah Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI