Degupan jantung yang tidak menentu (irregular heartbeat), disebut dalam bahasa perubatan sebagai “arrhythmia”, adalah keadaan yang sering berlaku ketika hamil.

Dianggarkan 50 peratus wanita yang hamil mengalami masalah degupan jantung yang tidak menentu. Masalah ini boleh jadi hanya degupan jantung laju yang biasa atau boleh jadi ia menandakan masalah jantung yang lebih serius.

Menurut Dr Zubaidi lagi, kebanyakan masalah ini adalah tidak berbahaya, dan tidak memerlukan sebarang ubat. Walaubagaimana pun ada juga degupan jantung yang laju boleh menyebabkan kemudaratan pada ibu yang hamil dan anak dalam kandungan. Jadi jika ini berlaku, buatlah pemeriksaan doktor.

Sukar Bernafas, Penat, Tekanan Darah Rendah Boleh Jadi Degupan Jantung Tak Menentu Masa Hamil

Punca sebenar masalah degupan jantung yang tidak menentu ini tidak diketahui dengan jelas. Ada beberapa kemungkinan bagaimana ia boleh berlaku:

IKLAN
  1. Kehamilan menyebabkan perubahan hormon, terutama peningkatan hormon estrogen dan hormon β-human chorionic gonadotropin. Kedua-dua hormon ini memberikan kesan kepada jantung. Di dalam sel-sel jantung terdapat terdapat mekanisme “ion channels”, yang membenarkan kemasukan dan pengeluaran mineral sodium, kalsium dan potassium dari sel-sel otot jantung, dan akhirnya mempengaruhi degupan jantung. Kedua-dua hormon ini mempengaruhi “ion channels” di dalam selsel jantung.
  2. Kehamilan juga akan menyebabkan jumlah darah dalam tubuh wanita yang hamil akan meningkat bagi membekalkan oksigen dan nutrien pada wanita yang hamil dan bayi dalam rahim. Peningkatan jumlah darah akan menyebabkan jantung akan berdegup lebih laju.

Terdapat beberapa jenis degupan yang tidak menentu.

  1. Degupan jantung yang laju tetapi masih dianggap normal dinamakan “palpitation”. Ia berlaku apabila jantung berdegup sebanyak 100 beat dalam satu minit.
  2. “Supraventricular tachycardia” (SVT) adalah degupan jantung yang lebih berbahaya dari degupan jantung yang lebih berbahaya, dan memerlukan rawatan.
  3. “Atrial fibrillation” adalah degupan jantung yang laju dan tidak menentu. ia jarang berlaku pada wanita yang hamil. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini mempunyai masalah lain seperti penyakit hyperthyroidism sebelum mereka hamil lagi.

Untuk membezakan ketiga-tiga masalah ini, pemeriksaan doktor sangat membantu.

Selalunya masalah degupan jantung yang laju ini berlaku tidak memerlukan sebarang rawatan. Apa yang selalu doktor lakukan ialah mencari punca masalah sebenar
degupan jantung yang laju. Ini kerana degupan jantung yang laju hanya tanda (symptom) dan bukan masalah yang sebenar.

IKLAN

Doktor mungkin mengajarkan prosedur yang dinamakan “vagal maneuvers” yang akan mengurangkan kelajuan degupan jantung. “Vagal Maneuvers” boleh dilakukan dengan menuamkan ketulan ais pada muka , menusap saluran darah karotid pada leheatau melakukan hembusan nafas dengan menutup kedua-dua rogga hidung dan menutup mulut.

Sukar Bernafas, Penat, Tekanan Darah Rendah Boleh Jadi Degupan Jantung Tak Menentu Masa Hamil

IKLAN

Saya mencadangkan melakukan teknik ini dengan cara yang betul dengan belajar dari mereka yang arif.

Degupan jantung yang sangat laju sehingga menyebabkan sakit dada, sukar bernafas atau terlalu penat, atau menyebabkan tekanan darah menjadi rendah, doktor akan memberikan ubat untuk mengurangkan kadar degupan jantung yang laju ini.

Ubat ini dinamakan “anti-arrhythmic medication” mempunyai pelbagai jenis. Secara amnya ubat-ubat ini tidak selamat diambil ketika hamil terutama diawal kehamilan (ketika trimester pertama). Ia hanya diberikan jika manfaatnya lebih besar dari kemudaratan yang mungkin berlaku.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI