Proses untuk memutuskan susu adalah satu keputusan yang sukar buat seorang ibu. Tidak sampai hati dan risau sama ada anak akan cukup nutrisi adalah antara perkara yang difikirkan sebelum wean off. Ada beberapa faktor yang menyebabkan seorang ibu harus memutuskan susu badan dengan anak. Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi perlu dibuat untuk kebaikan bersama. Kaunselor Laktasi, Siti Nadia Saruji menjelaskan tentang isu ini.
Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi.
Bercerai Susu Selepas Dua Tahun
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.
Jika Hamil, Hentikan Penyusuan Badan
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.
Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.
Ads
Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.
Taktik Bercerai Susu Yang Berkesan
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurankan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.
Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.
Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.
Ibu Kena Bersedia Untuk Bercerai Susu
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.
Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.
Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dua minggu kelahiran Baby L, kemunculan Scha Alyahya di Instagramnya sering dinantikan seluruh peminatnya. Mana tidaknya, hari demi hari, wajah Baby L yang bakal dikongsikan oleh Scha atau Awal begitu dinantikan.
Tidak mahu peminat tertunggu-tunggu, Scha tampil berkongsi beberapa keping fotonya namun masih tidak mendedahkan wajah bayi keduanya itu kepada umum.
Satu hantaran Scha menerusi Instagramnya beberapa hari lepas membuatkan peminat Scha teruja malah memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Menariknya walau hanya berkongsi gambarnya sambil berbaring menidurkan bayinya. Walaupun tanpa mengenakan sebarang olesan pada wajah, Scha kelihatan cukup cantik dan sempurna.
“They say sleep when your baby sleeps hmmmkayy,” kata Scha selepas menidurkan bayinya.
Pun begitu, kecantikan Scha ketika di dalam pantang lebih menarik perhatian peminatnya. Terbaru menerusi satu entri berlainan, Scha turut menyatakan dia bernasib baik kerana filter membantunya kini.
“All i can say..Instagram filter saved my life,” kongsinya lagi.
Meninjau di Instastory miliknya, Scha dilihat sering berkongsi mengenai kisah berpantangnya. Tidak terkecuali bertanyakan kepada peminatnya mengenai menu berpantang dan sebagainya untuk dirinya ketika berpantang.
Malah rutin berpantang ibu cantik ini juga banyak dipenuhi dengan berurut dan bertungku yang menjadi kegemarannya.
Bagi peminat Scha dan Awal, jangan lupa menyaksikan Schawal Baby Boom yang bersiaran di Astro Ria pada setiap Khamis jam 9.30 malam. Malam ini pula, Scha sudah pun dibenarkan pulang ke rumahnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gigi memang perkara biasa yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak malahan orang dewasa juga turut mengalaminya. Masalah sakit gigi berlaku apabila kurangnya kesedaran tentang penjagaan kebersihan gigi sejak awal.
Sejak bayi lahir lagi, ibu bapa perlu kerap membersihkan lidah mereka. Lidah bayi perlu dibersihkan kerana akan ada sisa susu yang melekat pada lidah yang boleh menyebabkan jangkitan kulat. Untuk ketahui lebih mengenai penjagaan gigi, ikuti perkongsian juruterapi ini.
Saya juruterapi pergigian. Ini adalah karies awal kanak- kanak. Dalam tempoh ini, untuk melatih anak memberus gigi, tidak perlu ubat gigi pada awalnya. Apabila mereka telah terbiasa, boleh mula letak kan ubat gigi berfluorida. Baca di tiub ubat gigi.
Ada juga yang tiada fluorida. Boleh google function fluoride di dalam ubat gigi. Maaf saya katakan, ini bukan lah normal, sebalik nya adalah kesan daripada kurang penjagaan dari ibu bapa.
Seawal bayi tiada gigi lagi, ibu bapa disaran mengelap gusi dengan tuala basah & arahan sama juga bila kudup gigi susu mula kelihatan. Jaga lah gigi anak anda, tidak kira gigi susu atau kekal kerana pada suatu peringkat, gigi susu akan bercampur dengan gigi kekal.
Kerosakan pada gigi susu akan merebak ke gigi kekal dengan senang nya, berbeza jika gigi susu dijaga dengan rapi. Hentikan alasan, mulakan tindakan.
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MULUT BAYI
1. Beri bayi minum air kosong selepas makan (flush mulut) 2. Lap gusi bayi dengan tuala yang bersih (buat bayi terbiasa parent ‘explore’ dalam mulut nya) 3. Perkenalkan berus gigi kepada bayi (hilangkan takut towards berus gigi) 4. Berus gigi (parents) bersama anak kecil. biar anak lihat parents juga praktik kan apa yang kita minta mereka buat. 5. Buat pemeriksaan mulut anak di klinik pergigian seawal usia 6bulan. (walaupun tiada gigi)
Anggapan tidak cukup susu adalah salah satu sebab utama ibu memberhentikan penyusuan susu ibu terlalu awal atau memberi susu formula serta makanan lain kepada bayi sebelum tiba waktu yang sepatutnya.
Ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu badan mereka cukup untuk bayi mereka. Kebanyakan ibu dan ahli keluarganya akan beranggapan bahawa ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi apabila sering berdepan dengan situasi di bawah.
Bayi sering menangis.
Bayi tidak tidur untuk jangkamasa yang panjang.
Bayi tidak tenang semasa di payudara dan susah untuk menyusu dengan baik.
Bayi menghisap jari atau tangannya.
Bayi terlalu besar atau terlalu kecil.
Bayi yang menyusu terlalu lama pada payudara pada satu-satu masa.
Bayi menyusu terlalu kerap.
Ibu merasakan susunya kelihatan cair.
Tiada atau sedikit sahaja susu keluar apabila diperah.
Payudara ibu tidak penuh atau lebih lembut dari biasa.
Ibu tidak nampak susu meleleh keluar atau ibu tidak mengalami tanda-tanda reflek oksitoksin.
Bayi masih mahu menerima susu gantian (susu formula) atau makanan lain apabila diberikan walaupun telah selesai menyusu susu ibu.
Situasi di atas mungkin menunjukkan bayi tidak mendapat cukup susu tetapi ini bukan petunjuk sebenar yang boleh dipercayai sepenuhnya. Ada beberapa tanda yang perlu diambil perhatian bagi menunjukkan ibu cukup susu iaitu:
Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
Bayi boleh bertindak-balas, mempunyai keanjalan otot yang baik dan kulit bayi tegang dan lembap.
Selepas hari ke-2, bayi yang mendapat susu yang cukup akan menghasilkan lampin basah sebanyak 2 hingga 6 atau lebih dalam masa 24 jam (Jadual 1). Manakala, air kencingnya kelihatan cair dan jernih. Jika bayi diberi air masak sebagai tambahan kepada susu ibu, pengeluaran air kencingnya juga banyak tetapi berat badan bayi tidak akan bertambah dengan baik kerana kurang zat makanan. Bayi juga akan membuang air besar 3 hingga 8 kali dalam masa 24 jam dan kekerapannya semakin berkurangan apabila bayi berumur lebih dari satu bulan.
Berat bayi bertambah mengikut umur (Jadual 2) di mana bayi membesar sehingga memerlukan pertukaran saiz pakaian.
Ibu yang menyusukan bayi akan dapat merasakan payudara yang penuh sebelum menyusu akan menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
Ibu rasa dahaga dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
Semasa penyusuan, payudara yang tidak dihisap oleh bayi turut mengeluarkan susu dan tanda-tanda ini menunjukkan ibu menghasilkan cukup susu.
Jadual 1: Bilangan lampin di basahi air kencing dan najis mengikut umur bayi
Ibu kerap khuatir apabila bayi berumur bawah 4 hingga 6 minggu mengeluarkan najis setiap kali selepas menyusu. Perkara ini adalah normal bagi bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif. Terdapat juga bayi yang tidak mengeluarkan najis selama beberapa hari. Namun, selagi bayi berasa selesa, perut tidak membengkak, tidak meragam dan masih menyusu seperti biasa, ibu tidak perlu risau. Walau bagaimanapun, jika ibu berasa ragu, sila dapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan kepastian.
Berat badan bayi terus meningkat apabila diberikan susu ibu sejak hari pertama kelahiran lagi. Namun, pada awal kelahiran, bayi kehilangan berat badan sekitar 5% hingga 7% disebabkan oleh pembuangan mekonium dan kehilangan air daripada badan. Penurunan berat badan ini membuatkan para ibu memberikan air kosong sebagai tambahan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko kehilangan berat badan lebih banyak berbanding dengan bayi yang diberikan susu ibu sahaja. Purata kenaikan berat badan sejak lahir hingga 4 hari adalah sebanyak 170 gram (6 oz). Manakala kadar normal pertambahan berat adalah di antara 150 gram hingga 240 gram.
Jadual 2: Kenaikan Berat Badan Bayi/Minggu Mengikut Umur
Berat badan bayi akan meningkat sebanyak 2.5 kali ganda hingga 3 kali ganda daripada berat lahir semasa bayi berusia 1 tahun. Panjang bayi pula bertambah sebanyak 50% dan ukur lilit kepala bayi bertambah sebanyak 33% semasa mereka berusia 1 tahun (Jadual 3).
Jadual 3: Pertambahan panjang dan ukur lilit kepada bayi mengikut umur
Perhatian kepada ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu:-
Bayi yang diberi susu ibu akan mempunyai otot yang lebih pejal berbanding bayi yang diberi susu formula.
Tidak perlu menimbang bayi sebelum dan selepas menyusu kerana ia tidak memberi gambaran yang tepat tentang berapa banyak susu dihasilkan dan dikeluarkan. Ia juga boleh mengurangkan keyakinan ibu dan mendorong ibu memberi minuman lain kepada bayinya.
Berat badan bayi yang masih tidak meningkat dengan baik walaupun telah diberi susu ibu dengan kerap dan teknik yang betul, mungkin mempunyai masalah kesihatan. Rujuk bayi untuk rawatan lanjut.
Bayi yang sentiasa mahu menyusu dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda masalah kesihatan tetapi tidak meningkat berat badan dengan baik, mungkin tidak mendapat susu yang mencukupi. Ini selalunya disebabkan oleh teknik penyusuan ibu yang kurang berkesan.
Penyusuan pada sebelah payudara yang diberhentikan dengan terlalu awal sebelum berpindah ke payudara yang sebelah lagi akan menyebabkan bayi hanya mendapat susu awal (fore-milk) dan tidak susu akhir (hind-milk). Susu awal mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan rendah lemak.
Susu akhir (hind-milk) mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang membuatkan bayi rasa kenyang. Memberi penyusuan yang lebih kerap dengan jarak penyusuan yang pendek antara 30 hingga 40 minit boleh memastikan bayi mendapat susu yang tinggi kandungan lemak dari susu akhir yang masih tinggal dari penyusuan sebelumnya.
Setiap ibu perlu sentiasa memerhatikan tanda-tanda yang telah dinyatakan di atas sebagai panduan untuk mengukur tahap kesihatan dan tumbesaran bayi yang sempurna. Tanggapan “tidak cukup susu” mungkin boleh diperbetulkan melalui pembacaan dan perkongsian daripada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Sentiasa berfikiran positif dan bertindak di atas kebenaran bagi membentuk generasi yang lebih sihat pada masa yang akan datang.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...