Proses untuk memutuskan susu adalah satu keputusan yang sukar buat seorang ibu. Tidak sampai hati dan risau sama ada anak akan cukup nutrisi adalah antara perkara yang difikirkan sebelum wean off. Ada beberapa faktor yang menyebabkan seorang ibu harus memutuskan susu badan dengan anak. Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi perlu dibuat untuk kebaikan bersama. Kaunselor Laktasi, Siti Nadia Saruji menjelaskan tentang isu ini.

Artikel Menarik: [Nak Start Kerja Lepas Pantang, Tapi Susah Hati Anak ‘Tolak’ Menyusu Dari Botol]

Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi.

Bercerai Susu Selepas Dua Tahun
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

Sukar, Tapi Kena Buat. Dah Sampai Masa, Ibu Perlu Nekad ‘Putus Susu’

 

Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.

Artikel Menarik: [Waktu Salin Lampin, Check Air Kencing Anak. Warna Kuing Pekat, Tanda Dia Tak Cukup Susu]

IKLAN

Jika Hamil, Hentikan Penyusuan Badan
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.

Sukar, Tapi Kena Buat. Dah Sampai Masa, Ibu Perlu Nekad ‘Putus Susu’

 

Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.

IKLAN

Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.

Taktik Bercerai Susu Yang Berkesan
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurankan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.

Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.

Sukar, Tapi Kena Buat. Dah Sampai Masa, Ibu Perlu Nekad ‘Putus Susu’

 

Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.

IKLAN

Artikel Menarik: [Banyakkan Susu Ibu, Lepas Bersalin Terus Biar Anak ‘Mengempeng’. Meriah Terus!]

Ibu Kena Bersedia Untuk Bercerai Susu
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.

 

Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.

Sukar, Tapi Kena Buat. Dah Sampai Masa, Ibu Perlu Nekad ‘Putus Susu’

Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI