Sukses & Berjaya, 47 Ibu Hebat Rangkul Anugerah Nona Superwoman 2020 Award, Scha Alyahya & Tya Ariffin Turut Terpilih!

Share

Bertemakan ‘New Normal Glam’, Anugerah Nona Superwoman 2020 Award yang dibawakan oleh Majalah Nona, Nu Ideaktiv Sdn Bhd berlangsung dengan cukup meriah pada Jumaat lalu.

Sebanyak 47 anugerah telah disampaikan kepada individu paling cemerlang dalam bidang masing-masing. Majlis penuh gilang gemilang itu turut dihadiri barisan selebriti popular tanah air serta ikon-ikon hebat yang sudah semestinya diiktiraf kecemerlangan mereka.

Pada malam itu, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah adalah di antara penerima anugerah utama di majlis malam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020. Pastinya dua insan hebat ini selayaknya menerima anugerah utama ini di atas jasa dan bakti mereka yang tidak pernah putus-putus demi memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman.

Pada majlis makan malam berprestij itu, seramai 47 individu daripada pelbagai kerjaya diraikan dalam satu majlis virtual yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC). Individu yang dipilih adalah berdasarkan kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada komuniti dan negara sepanjang tahun 2020.

Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, majlis pengiktirafan yang diadakan buat kali kedua ini cukup berbeza berbanding sebelumnya.

“Saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini akhirnya dapat dilaksanakan, meskipun secara maya memandangkan situasi pandemik COVID-19. Disebabkan itu juga, kami di majalah Nona keluar dari norma sebelumnya dan memberikan satu penghargaan yang cukup besar kepada wira negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Noor Hisham serta para petugas barisan hadapan yang sedang berjuang untuk kita semua.

Setiap individu yang diraikan pada malam ini juga adalah antara yang turut terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi namun masih mampu bertahan dengan semangat yang kuat. Tahniah kami ucapkan,” katanya.

Selebriti popular rangkul anugerah
Selain Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, turut menerima anugerah pada malam itu adalah nama-nama hebat seperti penyanyi tersohor nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Neelofa, Tya Ariffin, Scha Alyahya, Mira Filzah dan banyak lagi yang terserlah dan pastinya membanggakan dalam kerjaya mereka.

Berikut merupakan 47 penerima anugerah pada malam itu. Tahniah diucapkan!

Penerima anugerah Nona Superwoman Award 2020:

1. Nona Superwoman Award – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
2. Nona Frontliner Award – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
3. Nona Royal Award – Che Puan Sofie Louise Johansson
4. Nona VIP Award – Puan Sri Nisa Bakri
5. Nona Fashion Moghul Award – Dato’ Seri Dr Farah Khan
6. Nona Homegrown Award – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
7. Nona Motivator Award – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
8. Nona Legend Award – Ella
9. Nona Health Influencer Award – Dr Nur Amalina Che Bakri
10. Nona Educated Celebrity Award – Dr Soo Wincci
11. Nona Business Icon Award – Neelofa
12. Nona Fashion Designer Award – Alia Bastamam
13. Nona Most Promising Entrepreneur Award – Tya Arifin
14. Nona Active Award – Farah Ann Abdul Hadi
15. Nona Fashionista Award – Scha Alyahya
16. Nona Charity Award – Heidy Quah
17. Nona Influencer Award – Mira Filzah
18. Nona Best Young Entrepreneur Award – Nabella Anuar, Kayman Beauty
19. Nona Best Beauty Entrepreneur Award – Datin Fatin Amyera Zainal Abidin, Amyera Empire
20. Nona Best Networking Business Award – Siti Noor Sabrina Soobri, Mamasab International
21. Nona Best Aesthetic Award – Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim & Mohammad Syafiq Lokman Hakim, Beaux Aesthetic
22. Nona Best Emerging Founder Award – Dato’ Sri Anis Romli, Imorice
23. Nona Best Charity Award – Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Hajjah Rozzanamoon Dato’ Haji Rahmat
24. Nona Best Islamic Education Award – Ustazah Siti Khadijah Mohni, Hatimurni Islamic Private School
25. Nona Best Medical Footwear Award – Nur Diana Dzulkiply, MEDSHOE
26. Nona Best Halal Beauty Award – Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics
27. Nona Best Hair Care Product Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
28. Nona Best Accomplishment Business Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
29. Nona Best Image Consultant Award – Debby Yunus
30. Nona Best Online Supplement Award – Nurul Diana Mohd Pudzi, Dianz Cosmetics
31. Nona Best Birdnest Skin Benefit Award – Norshahila Ahmad, Birdnest Beauty
32. Nona Best Businesswoman Award – Zurin Zakaria, Carrisa Cosmetics
33. Nona Best Influencer Skincare Brand Award – Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, Ainaa Beauty
34. Nona Best Duo Entrepreneur Award – Datin Ayu Roslan, Bokitta
35. Nona Best Entrepreneur Cosmetics Award – Afzalizah Nizam Azizan, Cubre Mi
36. Nona Top Rising Entrepreneur Award – Norashima Edi, Snowhitee Beauty
37. Nona Excellence Entrepreneur Award – Yaya Suhaimi, Nufiya
38. Nona Best Collaboration Founder Award – Nadjua Zailani & Izzat Roslan, Bungaa X AnissaFaizul
39. Nona Excellence Bird’s Nest Brand Award – Amy Yusuff & Norelissa Idayu, Sahi Sarang Burung
40. Nona Best Emerging Hijab Brand Award – Nurul Fareha Anuar, Fareha
41. Nona Best Textile Entrepreneur Award – Siti Zaharah Ismail, Fyzara
42. Nona Early Edupreneur Award – Nor Fadilah Alias, Al Khauthar Eduqids
43. Nona Best Uprising Hijab Brand Award – Siti Zaleha Hamzah, Hijab by Hanami
44. Nona Best Beauty Brand Award – Ladybossrafa, K-Colly
45. Nona Best Strategic Business Thinker Award – Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan
46. Nona Best Premium Bird Nest Health & Beauty Brand Award – Nurlyana Darwesh, Eve Essentials
47. Nona Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award – Nur Bashirah Hussin, Charms Malaysia

Majlis penuh gilang gemilang yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), ini ditaja sepenuhnya oleh jenama produk penjagaan rambut, Faith Fleur. Pada malam itu turut distrimkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live saluran Majalah Nona.

Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Noryn Aziz dan Ernie Zakri.

Anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award ini selari dengan visi dan misi Majalah Nona untuk memperkasakan golongan wanita dan mengangkat martabat kejayaan mereka di dalam bidang masing-masing.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM