Berita

Sultan Selangor Ampunkan Banduan Bergelar PhD Sempena Hari Keputeraan

Share

Seorang banduan yang berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa menjalani hukuman penjara telah mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bersempena Hari Keputeraan baginda pada hari Rabu.

Memetik laporan Bernama, Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, telah menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

“Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook jabatan itu pada Rabu.

“Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook jabatan itu pada Rabu.

Waran pembebasan dibacakan Pengarah Penjara Kajang Preshahdin Monshee pada Rabu.

Ketika sesi pembebasan, Preshahdin menasihatkan Murad agar terus mengamalkan disiplin dalam kehidupan serta memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk meningkatkan potensi diri. Beliau juga menegaskan bahawa pihak jabatan bersedia memberi bantuan jika Murad memerlukannya.

Dalam sesi tersebut, Murad meluahkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan yang diberikan, serta berterima kasih kepada Jabatan Penjara kerana memberinya peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga berjaya meraih gelaran Doktor Falsafah.

Murad juga menyatakan bahawa beliau akan sentiasa menghargai jasa baik pihak jabatan dan percaya terhadap usaha mereka dalam memulihkan individu sepertinya agar dapat kembali ke masyarakat dengan lebih baik.

 

Sumber: Bernama

Published by
Nor Yusoff