Kumpulan Avisena membuka Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena menjadikannya hospital pakar swasta terbesar untuk wanita dan kanak-kanak di Malaysia dengan kemudahan 133 katil dan 52 doktor pakar.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

Upacara perasmian disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut hadir ialah Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menteri Besar Selangor, Tuan Amiruddin Shari turut hadir.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Datuk Dr Omar Abdul Hamid berkata hospital ini mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dibuka kepada orang ramai Mei 2019 lalu.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

BERKONSEPKAN HOTEL BUTIK

Konsep hotel butik yang memberikan layanan peribadi kepada pesakit disamping kemudahan empat buah dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) mesra kanak-kanak yang lengkap, Unit Kritikal Untuk Bayi (NICU) dan Unit Separa  Kritikal (HDU). Pembukaan hospital ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap pemberian rawatan untuk wanita dan kanak-kanak di negeri ini.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

KEPAKARAN O&G LENGKAP BUAT WANITA, REMAJA & KANAK-KANAK

IKLAN

“Hospital Pakar Wanita & Pakar Kanak-Kanak ini bukan sahaja dilengkapkan dengan teknologi dan peralatan perubatan terkini, bahkan ia juga turut menyediakan kepakaran dalam bidang obstetrik dan ginekologi serta kepakaran tambahan seperti gineonkologi, ginekologi kanak-kanak dan remaja, uroginekologi dan ubat-ubatan fetomaternal (janin dalam kandungan ibu); pusat infertiliti, pediatrik umum dengan kepakaran tambahan dalam kardiologi, gastroenterologi, ENT dan dermatologi.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

PUSAT PEDIATRIK TAWAR PERKHIDMATAN MENYELURUH

“Pusat pediatrik juga menawarkan kepakaran dalam neonatalogi, pembedahan pediatrik dengan kepakaran tambahan dalam prosedur laparoskopi, ortopedik dan pengurusan kesan terbakar di samping perkhidmatan gigi pediatrik secara menyeluruh,” kata beliau dalam majlis pembukaan di samping memaklumkan bidang aestetik dan plastik akan ditawarkan dalam masa terdekat.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

SEPERTI BERADA DI RUMAH

IKLAN

Direka khusus untuk wanita dan kanak-kanak, hospital ini mewujudkan sebuah bilik khas untuk ibu pesakit pediatrik yang dipanggil Anjung Bonda. Bilik ini khas untuk para ibu berehat dan memulihkan diri. Tidak seperti bilik bersalin di hospital lain, bilik bersalin di Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena direka bagi mewujudkan rasa tenang, nyaman dan seperti berada di rumah.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

KITTY SCANNER & SUITE DENGAN PEMBANTU

Untuk mengelakkan rasa takut pada kanak-kanak ketika menjalani prosedur radiologi, sebuah mesin pengimbas olok-olok dipanggil kitten scanner disediakan. Hospital juga mewujudkan sebuah taman permainan di atas bumbung bangunan dan bilik mainan dengan alat permainan terapi di setiap wad pediatrik.

Di tingkat 11 pula terdapat ruang santai, Sutera Lounge, bilik menunggu yang boleh digunakan oleh pesakit dan pelawat. Avisena mempunyai sejumlah 16 bilik suite dan bilik eksekutif yang lengkap dengan khidmat seorang pembantu.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

IKLAN

PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK TERMODEN SEDANG DIBANGUNKAN

Datuk Dr Omar juga berkata Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena dalam peringkat terakhir menyiapkan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak termoden bersifat sehenti yang menyediakan khidmat penilaian dan penghantaran untuk kanak-kanak dengan keperluan khas termasuk Pakar Perkembangan Kanak-Kanak, Pakar Terapi Pertuturan, Pakar Terapi Occupational, Psikologis Klinikal, Pakar Pemakanan, Pakar Terapi Permianan serta kelengkapan Bilik Sensori/ Snoezelen yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

TERUS TEROKAI PELANCONGAN KESIHATAN

Beliau berkata Kumpulan Avisena akan terus menerokai industri pelancongan kesihatan dan menarik pelancong terutamanya dari Australia, Indonesia dan Asia Barat dengan kerjasama Hotel Marriot. Ini termasuk pembinaan hospital dengan 250 katil di Lembah Klang dan memperluaskan rangkaiannya di beberapa buah lokasi di Selangor pada masa hadapan. Kumpulan ini juga berharap untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa tempoh 3 tahun dari sekarang.

Sultan Selangor Perkenan Rasmi Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena

SUMBANGAN RM25K UNTUK 2 PEMBEDAHAN PESAKIT KANAK-KANAK

Dalam majlis pelancaran ini, Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena menaja sepenuhnya kos dua pembedahan berjumlah RM25, 000 yang dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia lima tahun bagi prosedur laparoskopi (inguinal hernia) dan pembedahan klef lelangit bagi bayi berusia 10 bulan. Ibu bapa kedua-dua pesakit hadir bagi menerima cek.

Kumpulan Avisena turut mempunyai sebuah lagi Hospital Pakar Avisena yang memuatkan 118 katil dengan jarak hanya kira-kira 200 meter daripada Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak ini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI