Pemergiaan anak yang selama dibelai & dimanja amat menyedihkan. Apatah lagi jika perginya tanpa dijangka. Catatan bapa yang kehilangan bayinya ini amat menyentuh sanubari.
Bapa ini masih tidak langsung tidak menjangka demam yang dialami anaknya menjadi detik akhir buat si kecil yang dinamakan Haisha Rania. Anak yang selama ini dibelai dan dimanjakan terbujur kaku, tiada lagi tangisan dan gelak tawanya.
Encik Bustaman Rusli yang telah dihubungi Pa&Ma berpesan kepada ibu bapa lain agar tidak mengambil ringan demam pada anak terutamanya yang masih bayi. “Jangan ambik ringan bila bayi demam. Bila dah lebih 3 hari, lakukan blood test. Kalau ada nampak tanda macam ada kuman terus je admit walaupun kat swasta.. Biar bawah pemantauan doktor yang lebih arif,” kata bapa kepada 3 cahaya mata ini.
Bapa ini juga berkongsi sebuah catatan yang amat memilukan sesiapa sahaja yang membacanya. Bukan mudah menerima kenyataan anak bongsu yag dimanja dan dibelai kini sudah tiada lagi…
PINJAMAN ALLAH SETAHUN SAHAJA
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania.. Haisha =kehidupan, sihat, riang. Rania = kesenangan, kesukaan, ratu. Pinjaman Allah kepada kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkan ini hanya lah sebuah mimpi. Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Ads
Namun semua itu takkan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lewt dan tidak cpt sesaat pun.
TIADA REKOD KESIHATAN BURUK
Rania anak baik, tak penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania takde sejarah kesihatan yg buruk, tak penah warded, takde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke K* B****** pada hari isnin utk blood test.
KUMAN DALAM DARAH TAPI MASIH TERKAWAL
Ads
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
DETIK AKHIR MAHU MAMA PAPA BERSAMANYA
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3 pagi, Rania mula lain dr kebiasaan. Rania tak dapat tidur lena, merengek sesekali, tidak mahu tidur. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
TERUS KE ZON MERAH KECEMASAN, RANIA KRITIKAL Pukul 8.30am kami ke emergency **** Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
Ads
GELAP DUNIA LIHAT TUBUH KAKU TIDAK LAGI BERGERAK
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
GAMBAR, BAJU & VIDEO PENGUBAT RINDU
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama. Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
Biasanya bila shopping online, kebanyakan daripada kita akan memilih dulu barang apa yang dikehendaki dan meletakkan dalam senarai add to shopping cart terlebih dahulu.
Tujuannya sama ada menunggu masa sesuai untuk membayar atau ingin berfikir terlebih dahulu. Apatah lagi jika ia membabitkan barangan yang mahal harganya.
Sama seperti kisah seorang ibu di New Jersey, Amerika Syarikat, Madhu Kumar apabila baru sahaja melihat beberapa perabot di laman web Walmart dan menambahkan item yang berkenan ke dalam trolinya.
Bagaimanapun wanita itu masih belum membayar kesemua item tersebut.
Namun apa yang menghairankan, satu demi satu bungkusan ‘parcel’ barangan itu mula tiba ke rumahnya beberapa hari lalu membuatkan dia keliru siapa membayarnya.
Madhu Kumar, berkata dia bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka telah membeli barangan itu, tetapi mereka menafikannya.
Bagaimanapun, dia dah mula mengesyaki ‘suspek utama’ ialah anak lelakinya yang paling kecil, Ayaansh, 2.
Menurut laporan NBC New York, Ayaansh, yang masih belum tahu mengira telah bermain telefon ibunya dan tanpa sengaja memesan barang-barang itu, berjumlah hampir AS$2,000 (kira-kira RM8,373.00).
Antara barangan yang tiba di kediaman mereka ialah kerusi dan pasu hiasan.
“Dia masih kecil, mengira pun masih belum pandai. Kami seperti tidak percaya dia telah memesan semua barangan dalam troli atas talian,” kata Madhu.
Susulan pembelian ‘tanpa sengaja’ itu, keluarga berkenaan merancang untuk menyimpan beberapa barangan sahaja dan memulangkan selebihnya supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik.
Suami Madhu, Pramod Kumar berkata mereka sekeluarga telah dapat pengajaran daripada kejadian ini dan akan mengunci telefon bimbit mereka.
“Pengajarannya, kami akan meletakkan kod laluan yang sukar atau pengecaman muka supaya apabila dia megambil telefon kami, ia dalam keadaan terkunci,” katanya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Maafkan baba wahai anakku sebab membuatmu berpanasan serta bermandian hujan selalu.
“Insya-Allah, satu hari nanti kita akan berbumbung walau ke mana pun,” luah seorang bapa menerusi video di TikTok yang mengundang simpati ramai.
Perkongsian video Apai, 35, berteduh di bawah jambatan bersama anak perempuannya, Nur Arisya berusia setahun lima bulan tular di laman sosial.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Apai terus kuat untuk mencari rezeki buat keluarganya selain kagum dengan pengorbanannya sebagai bapa.
Menurut Apai, dia terharu dengan keprihatinan orang ramai dan menjelaskan tujuannya memuat naik video berkenaan bukannya untuk meraih simpati sesiapa.
Sebaliknya, Apai yang bekerja sebagai pembantu di kedai alat ganti kenderaan sekadar mahu berkongsi kenangan bersama anak tunggalnya dengan memuat naik video di TikTok dan tidak menyangkap perkongsiannya tular dalam waktu singkat.
“Video itu dirakam seminggu lalu ketika saya berhenti untuk berteduh di bawah jambatan dekat Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke).
“Ketika itu, saya dalam perjalanan untuk hantar anak ke rumah emak namun berhenti di situ sekejap kerana hujan renyai.
“Sambil berehat, saya merakam video dengan anak dan muat naik di TikTok keesokannya dan sangat terkejut apabila ia dapat perhatian hingga ada yang mesej untuk belikan topi keledar buat Nur Arisya,”
Apai yang menetap di Setapak, di sini berkata, dia serba salah juga apabila ramai yang salah sangka dengan perkongsiannya itu.
Justeru, Apai berharap penjelasan dibuat dapat menerangkan situasi sebenar bagi mengelak kekeliruan di kemudian hari.
“Saya dan isteri bukan orang senang tetapi cukup makan pakai kerana kami berdua bekerja.
“Setakat ini, kami masih sihat dan tidak bergantung bantuan tetapi terima dengan tangan terbuka jika ada yang berniat nak menyumbang seikhlas hati mereka.
“Maaf jika perkongsian saya itu mengundang salah faham kerana tiada niat langsung untuk minta perhatian tetapi terima kasih kepada yang mendoakan.”
Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa. Lagi-lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman. Mungkin bagi orang yang berkemampuan, nak beli mainan mahal tiada masalah. Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu kena betul-betul kira.
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang kreatif dan pandai memanfaatkan barangan terbuang atau gunakan apa yang ada, anda tetap boleh membahagiakan anak kecil.
Seperti perkongsian ibu ini, Ain Zaki yang membuat dan mendeko sendiri dapur mainan anaknya, memang sangat comel. Paling penting ia mudah nak buat mengikut bajet sendiri. Berikut antara perkongsiannya.
Jadi kepada ibu bapa yang mungkin tiada modal besar tetapi tetap nak memberi anak-anak rasa gembira, inilah idea yang boleh anda lakukan untuk anak-anak.
Boleh beli barang dan sama-sama buat pada waktu cuti hujung minggu ni. Tak semestinya yang kreatif je boleh buat tau. Asalkan ada rajin sikit je pasti boleh!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.