Kehadiran cahaya mata antara momen yang dinantikan bagi pasangan yang telah berkahwin. Ibaratnya anak adalah penyeri dalam kehidupan berumahtangga, namun tidak semua pasangan dikurniakan rezeki dalam tempoh cepat.
Sedang mereka berusaha mendapatkan zuriat setelah berkahwin beberapa tahun, ada sesetengah manusia tidak bersyukur dengan pemberian yang diberi.
Terbaru, kes pembuangan bayi berlaku di Jalan Langkasuka dipercayai di kawasan Larkin. Bayi malang tersebut diletakkan di dalam beg tangan wanita dan ditinggalkan di bawah sepohon pokok.
Comelnya awak, wahai anak…
Kejadian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ahmad Fauzi. Posting tersebut menerima 21 ribu perkongsian di Facebook.
Menurut Ahmad Fauzi, dia adalah individu yang menjumpai bayi berkenaan. Apabila menjumpai beg berisi seorang bayi, Fauzi mengakui dirinya amat cemas dan mengigil keseluruhan badan kerana tidak menyangka akan berhadapan dengan perkara tersebut.
Menggigil satu badan jumpa baby bwah pokok…area larkin..jalan langkasuka..awak tak payah lh cari ibu n bapak awak nnt bila dh besar…
Kesiannya, habis merah badan digigit serangga!
Bawah pokok, jumpa bayi ini…
Kesian dia, mesti haus dan sejuk ditinggalkan di bawah pokok
Ahmad Fauzi juga turut berkongsikan video dirinya memberi bayi ini susu setelah diselamatkan olehnya. Kelihatan bayi tersebut begitu bersungguh-sungguh menyusu, berkemungkinan amat kelaparan.
Keadaan bayi ini juga dilihat sangat lemah dan badannya dipenuhi dengan gigitan serangga di muka.
Sedihnya, tak dapat bayangkan keadaan bayi ini masa ditinggalkan
Rata-rata netizen meluahkan perasaan kasihan dan simpati terhadap nasib bayi berkenaan. Mereka turut menyelar tindakan individu yang membuang bayi berkenaan.
Setelah melihat video dan foto bayi ini, ada individu yang menawarkan diri untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.
Sumber: OMM & Ahmad Fauzi II