Suntikan kancing gigi atau anti tetanus (ATT) merupakan vaksin bagi mengurangkan kemungkinan ibu hamil mendapat tetanus iaitu  kancing gigi.

Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun yang dibawa oleh kuman Clostridium Tetani.

Kuman ini akan memasuki tubuh melalui bahagian tubuh luka yang terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Perkara inilah yang boleh dicegah jika anda mendapatkan suntikan vaksin ini.

Menurut Dr Zubaidi, puasa zaman dahulu, tidak banyak hospital yang dibuka di Malaysia. Kebanyakan hospital yang ada hanya terletak di  bandar-bandar besar. Jadi, penduduk yang tinggal di pedalaman perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar.

IKLAN

Oleh kerana itu, ramai bayi dilahirkan di rumah sendiri dan disambut oleh bidan kampung. Kebanyakan bidan menggunakan gunting dan pisau. Ia dikhuatiri tidak bersih dan mengandungi kuman. Jadi, memang banyak kes jangkitan tetanus berlaku di kalangan bayi dan ibu pada masa dahulu.

IKLAN

Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka satu polisi yang mewajibkan suntikan vaksin tetanus kepada ibu hamil. Hasilnya, polisi ini berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

IKLAN

Tidak relevan pada zaman kini

Sebenarnya, suntikan vaksin tetanus semakin tidak relevan pada masa kini. Hal ini kerana banyak hospital telah dibina. Boleh dikatakan setiap daerah mempunyai hospital masing-masing. Peralatan yang digunakan di hospital juga bersih dan basmi kuman. Jadi, risiko untuk mendapat tetanus hampir tiada langsung.

Kini, kebanyakan hospital swasta telah meninggalkan amalan suntikan ini. Namun, di klinik dan hospital, kerajaan amalan ini masih dilakukan. Berkemungkinan besar ia dilakukan dengan tujuan membendung risiko kepada golongan ibu hamil yang tinggal di pedalaman.

Oleh yang demikian, para ibu hamil mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil atau menolak suntikan ini. Namun, pada mendapat Dr Zubaidi 
anda tidak tahu kemungkinan yang boleh berlaku semasa kelahiran bayi. Jadi, lebih baik sekiranya anda mengambil suntikan ini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI