Sup Antibiotik Untuk Demam Dan Cairkan Kahak Anak, Mudah Je Buatnya!

Share

Kalau anak demam, mak-mak yang paling runsing. Mulalah tidak tidur malam semata-mata menjaga anak. Bimbang suhunya tiba-tiba naik mendadak tinggi.

Selain pengambilan ubat demam yang dibekalkan oleh doktor, ada baiknya ibu sediakan semangkuk sup ayam panas supaya anak makan dengan lebih berselera. Sediakan bubur nasi yang diambil bersama sup panas pastinya buat anak makin selera untuk makan.

Antara usaha lain yang ibu boleh usahakan adalah menyediakan sup antibiotik yang dikatakan cukup baik untuk meredakan demam dan mencairkan kahak. Jom kita cuba seperti yang dikongsikan oleh Puan Julia Daud ini difacebooknya. Mana tahu serasi untuk anak kita.


SUP ANTIBIOTIK UNTUK DEMAM DAN CAIRKAN KAHAK

Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Badan Wiyyah pun kelihatan letih, mukanya pun nampak lesu tidak bermaya. Doktor bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia. Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan?

Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.


BAHAN-BAHAN

5 biji buah pelaga

5 -7 biji bunga cengkih

5 ulas bawang putih | dicincang halus

1 ulas bawang merah | dicincang halus

3 biji lada hitam | dihancurkan

1 batang lobak merah | dipotong dadu

3 batang celery / ikan bilis

Ayam / ikan /daging (sumber protien)

Sedikit daun sup atau daun bawang

3 cawan air


CARA MEMASAK:
1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.

2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.

Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.

3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.

4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.

*Mudah saja kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga. Selamat mencuba!

Kredit: Julia Daud

Published by
SRM