Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!

Share

Para ibu pernah dengar sup ayam singo pear? Sup ayam singo pear ni sangat bagus untuk merawat batuk dan selesema anak, terutamanya pada cuaca sekarang yang tidak menentu. Sistem imunisasi anak haruslah dijaga dengan baik supaya badan anak tak mudah dijangkiti penyakit.

Buah singo pear ini mudah untuk didapati di kebanyakan pasar raya utama macam Aeon, Giant, Tesco, Jaya Grocer, dan sebagainya. Harga buah singo pear ini berpatutan dengan saiznya. Beli beberapa biji pun dah cukup untuk satu hidangan seisi keluarga.

Kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang terkandung dalam buah ini penting untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan anak. Buah ini juga mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana mengandungi air yang banyak. Secara tidak langsung, ia membantu mencairkan kahak lalu keluar melalui najis.

Kandungan serat yang tinggi dalam buah singo pear ini dapat membantu melancarkan sistem percernaan anak. Sangat bagus jika diberikan kepada anak- anak yang sering mengalami masalah pembuangan atau sembelit. Jom lihat resipi sup ayam singo pear yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Mirzarohizat di akaun TikTok.

RESEPI SUP AYAM SINGO PEAR
Banyak khasiat singo pear untuk baby tak sihat. Ni menu Adrees mummy buat masam Adrees selesema dulu.

Sumber foto: TikTok Mirzarohizat

Bahan- bahan:
– Singo pear
– Bawang merah (dicincang halus)
– Bawang putih (dicincang halus)
– Halia (dicincang halus)
– Kentang (dipotong kecil)
– Carrot (dipotong kecil)
– Sayur
– Air
– Minyak masak
– Isi ayam/ kaki ayam
– Serbuk ayam
– Serbuk bilis

 

Sumber foto: TikTok Mirzarohizat

Baca Juga:

Puding Pandan Karamel, Bahan Tak Banyak & Mudah Nak Buat. Manisan Sesuai Untuk Musim Panas

Pancake Pisang Dua Bahan, Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Mudah Dan Sedap! 

Ikan Kerisi Bakar, Membantu Menyembuhkan Luka Dalaman. Sesuai Untuk Ibu Berpantang, Mudah Disediakan!

Cara- cara:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan serbuk bilis secukupnya dan masukkan air dan didihkan sebentar.
3. Masukkan ayam, kentang, carrot dan sayur.
4. Masukkan juga serbuk ayam dan singo pear.
5. Masak sehingga semua bahan matang dan tutup api.

@mirzarohizat Baby tak sihat jom buat sup singo pear😊❤ #untuk7bulankeatas #babyrecipes #resepibaby ♬ Roman Picisan Cover Version – Haneen

Mudahkan resepi yang dikongsikan. Boleh bagi kepada anak dengan nasi lembut supaya mudah untuk dihadam. Sedap dan sangat berkhasiat untuk anak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Zetty Mazlan