Sembelit adalah keadaan di mana seorang bayi atau kanak-kanak menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.
- Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
- Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Jadi ibu kena pantau dan tengok apa keadaan ini, lagi-lagi apabila anak dah mula makan dan mungkin menjadi salah satu faktor. Disebabkan masalah ini ibu risau apa perlu dilakukan.
Selain bagi minum air putih, buah-buahan juga membantu. Tapi kena tengok juga jenis buah yang sesuai.
Menerusi perkongsian dari Puan Syaza Yasmin dia berkongsikan pengalamannya menghadapi anak sembelit dengan memberi buah pear dan naga serta memasak sup singo pear untuk penghadaman yang baik.
Disebabkan Maryam dah mula sembelit, mama memang usaha untuk bagi Maryam membuang.
Buah pear ✅
Buah naga ✅
Maryam juga kurang minum air. Minum susu pun main-main. Bila dah bagi buah pear dan buah naga, Maryam membuang sikit sangat malam tadi. Tu pun selepas mama buat urutan ILY dan senaman basikal.
Mama stop bagi nasi, sebab sebelum ni Maryam ada sejarah sembelit disebabkan beras putih.
So mama pun cari inisiatif lain. Baru teringat haritu mama ada beli singo pear kat Aeon.
Mama buat sup singo pear harini. Singo pear ni elok untuk sembelit. Dan ada yang kata sup singo pear ni elok juga untuk mengurangkan kahak dan selesema.
SUP SINGO PEAR
Bahan-bahan:
– Singo pear
– Bawang
– Isi ayam
– 4 beradik
– Cbs
– Baby corn dan celery (optional)
– Minyak masak (untuk menumis)
– Serbuk ikan bilis homemade
Rasanya sedap. Singo pear tu rasanya macam pear yang lain. Manis-manis. Tapi bila dah buat sup, sup tu rasa macam sup ayam ja sebab dah letak sup ayam kan.
Sumber: Syaza Yasmin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Izzar Pesan Garam Semulajadi Dalam Susu Cukup. Tak Perlu Risau Makanan Anak Tawar
Ramai ibu bapa tertanya-tanya tentang penambahan garam ke dalam makanan bayi. Kebanyakannya beranggapan menambah rasa dalam makanan bayi boleh bagi rasa sedap dengan harapan anak berselera makan.
Sebenarnya jika diikutkan tak perlu pun menambah garam atau gula kerana dalam tempoh usia setahun buah pinggang anak sedang dalam proses untuk berfungsi dengan baik.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on
Perkongsian dari Dr Izzar Anwari mengenai tambah gula dan garam dalam makanan bayi boleh dijadikan panduan semua ibu bapa.
Bila baby dah start boleh makan (weaning) pada umur 6 bulan, parents / anasir luar mesti ada cakap ‘tambahlah garam/gula dalam makanan baby tu, kesian makan takde rasa’ .Hmm. Bolehkah kita tambah gula / garam dalam makanan baby?
Sebenarnya baby dah mendapat garam semulajadi yang secukupnya daripada susu ibu. Kalau beri susu formula pun cukup juga. So kalau kita tambah lagi garam dalam makanan baby, ia akan memudaratkan baby sebab buah pinggang baby tak cukup matang lagi nak memproses garam berlebihan di dalam darahnya. Kang kecil2 dah rosak buah pinggang. Kesian anak.Untuk gula pula, kenapa nak tambah gula atau kasi makanan/minuman manis kat baby? Orang dewasa pun tak patut mengambil makanan/minuman bergula, apatah lagi baby. Nanti obese pulak baby. N kalau baby ada gigi, nanti senang nak mereput gigi dia (tooth decay).
Yang paling merisaukan kalau baby dah didedahkan dengan makanan manis/masin dari kecil, ia akan membentuk taste preference baby iaitu dia akan suka makan manis/masin je. Yang lain tak nak. Kesan jangka masa panjang ialah dia akan membesar dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, obesity atau diabetes. Pilihlah mana2.So ibu bapa, elakkan tambah garam dan gula dalam makanan baby. Kita orang dewasa pun tak digalakkan makan garam n gula berlebihan. Kalau boleh, makanan baby tu beli yang memang khas untuk baby. Bukannya beri baby makanan orang dewasa sebab kandungan garam/gula tak sesuai langsung untuk baby. Jagalah amanah anda dengan baik dan bertanggungjawab.
Sumber: Dr Izzar Anwari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Beri Bayi Makan, Bagi Air Masak 4 ke 6 Oz Dalam Sehari. Lebih-Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar
Makanan pelengkap ataupun ‘Complementary Feeding’ adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada pemberian susu ibu atau susu formula. Ia adalah penting kerana setelah mencapai satu peringkat, susu ibu sahaja tidak memadai untuk menepati keperluan pemakanan bayi, terutamanya zat besi dan zink.
Bilakah masa yang terbaik untuk memperkenalkan makanan kepada bayi?
Makanan yang terbaik setelah bayi dilahirkan adalah susu ibu. Menurut World Health Organization (WHO) dan juga American Academy of Paediatrics (AAP), setelah bayi mencecah usia 6 bulan, bayi disarankan agar diberi makanan selain daripada susu ibu atau susu formula.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anak saya sudah bersedia untuk diperkenalkan makanan?
Selain daripada umur bayi, kesediaan bayi untuk memulakan makanan pelengkap juga bergantung kepada kematangan sistem percernaan dan aspek perkembangannya untuk menerima makanan selain daripada susu. Setiap anak adalah berbeza dan berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sudah bersedia untuk diberi makanannya yang pertama:
- Bayi dalam posisi duduk dengan sendiri tanpa disokong
- Bayi mempunyai kawalan kepala yang baik dan dapat mengekalkan kepala dalam keadaan menegak
- Bayi dapat membuka mulut dan badan condong ke hadapan apabila ditawarkan makanan
Pada umur 6 bulan atau lebih, bayi juga akan mempunyai perkembangan dari aspek koordinasi di bahagian lidah dan bibirnya. Koordinasi ini adalah penting kerana ia membantu bayi untuk menerima makanan tanpa menolak makanan keluar semula dengan menggunakan lidah dan tiada lagi reflex tujahan lidah atau ‘tongue-thrust reflex’. Jadi, bayi dapat mengumpul makanan di dalam mulut, menggerakkannya di sekeliling mulut dan menghalakan makanan ke bahagian hujung lidah untuk ditelan.
Anak saya yang berumur 4 bulan sudah mula mencapai makanan dan kelihatan lebih lapar dari biasa. Bolehkah saya mula memberi makanan kepadanya walaupun usianya masih belum mencapai 6 bulan?
Pakar-pakar kesihatan dan juga pakar penyusuan ibu seperti WHO, AAP dan UNICEF menyarankan agar bayi diberi susu ibu secara ekslusif 6 bulan yang pertama dan seterusnya diberi makanan pelengkap setelah umur mencapai 6 bulan. Kebanyakan bayi akan bersedia untuk makan dari aspek perkembangan dan juga fisologi apabila umur mereka di antara 6 hingga 8 bulan.
Di antara sebab-sebab mengapa ibu perlu menunggu sehingga bayi betul-betul bersedia untuk diberi makanan adalah:
- Bayi akan mendapat lebih perlindungan terhadap penyakit
- Kajian menunjukkan bahawa apabila bayi diberi susu badan secara ekslusif selama 6 bulan yang pertama, ia akan mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, telinga, usus (necrotising enterocolitis), Sindrom kematian bayi secara mengejut ataupun Sudden Infant Death Syndrome (SIDS), alahan dan Kencing Manis Jenis 1.
- Usus bayi lebih matang dan mengurangkan risiko alahan dan jangkitan kuman
- Sekiranya makanan pejal diberi sebelum usus matang, ia akan menyebabkan reaksi yang tidak diingini seperti masalah penghadaman, angin dan juga sembelit. Sel-sel di usus yang belum matang juga mempunyai ronga-rongga di antara sel yang boleh memberi laluan kepada protein yang boleh menyebabkan alahan dan juga jangkitan kuman.
- Mengurangkan risiko obesiti
- Kajian menunjukkan apabila makan pelengkap diberi terlalu awal sebelum usia 6 bulan, ia boleh menyebabkan kenaikan berat yang mendadak di usia remaja dan dewasa.
- Mengekalkan bekalan susu ibu
- Bagi bayi yang masih diberi susu ibu, kajian menunjukkan apabila bayi diberi makan sebelum usia 6 bulan, susu ibu akan berkurangan kerana bayi sudah kenyang dengan makanan yang diberi dan kekerapan minum susu akan berkurangan. Lama kelamaan, ini akan mengurangkan tempoh penyusuan susu ibu.
- Mengurangkan risiko untuk mengandung
- Apabila bayi menyusu secara ekslusif 6 bulan yang pertama, tanpa mengambil sebarang makanan lain, ia akan melambatkan ovulasi secara semulajadi. Kaedah perancang keluarga ini adalah 98% efektif sekiranya haid ibu masih belum kembali.
Anak saya berumur 6 bulan dan sudah bersedia untuk diberi makanan pelengkap. Berapa kerap saya perlu beri anak saya makan?
Menurut WHO (World Health Organization), bayi diberi makanan pelengkap selepas umur 6 bulan dan penyusuan susu ibu diteruskan. Pada peringkat awal, ibu boleh memberi makanan kepada bayi 2 ke 3 kali sehari semasa umur 6 ke 8 bulan, kemudian dinaikkan ke 3 ke 4 kali sehari pada umur 9 ke 11 bulan, dan seterusnya menambah lagi 1 ke 2 kali sehari snek yang bernutrisi pada umur 12 ke 24 bulan.
Apakah makanan yang digalakkan untuk bayi saya?
Pemakanan yang sihat perlu dimulakan dari awal lagi untuk menggalakan tabiat yang sama sehingga mereka dewasa kelak. Tawarkan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, daging dan tenusu. Buatlah seperti satu pelangi di atas pinggan anak anda yang mempunyai makanan yang bewarna-warni.
Contoh makanan digalakkan adalah seperti:
- Buah: Pisang, Pir, Avakado, Oren
- Sayur-sayuran: Lobak merah, Bayam, kacang pis, keledek
- Bijiran penuh: Roti gandum penuh (wholegrain), pasta
- Daging: Ayam, ikan, daging lembu yang dihancurkan
- Tenusu: Yogurt dan keju yang dipasteur
Apakah makanan yang tidak boleh diberi kepada bayi berumur 6 bulan?
- Madu: Madu boleh mengandungi bacteria yang menghasilkan toksin di usus bayi yang membawa kepada ‘Infant Botulism’. Ia adalah satu penyakit yang serius. Adalah disarankan agar tidak memberi madu kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 1 tahun.
- Kekacang yang utuh seperti kacang tanah: Kacang yang utuh tidak boleh diberi kepada kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun kerana risiko kanak-kanak itu akan tercekik. Anda boleh memberi anak ada kekacang sekiranya ia sudah dihancurkan seperti mentega kacang.
- Garam: Garam yang berlebihan sehingga 1g setiap hari boleh merosakkan buah pinggang bayi. Elakkan makanan yang mengandungi garam seperti makanan segera seperti sosej dan nugget, sup atau bubur yang mengandungi kiub dan juga kerepek.
- Gula: Gula adalah tidak baik untuk gigi bayi. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, aiskrim dan kek. Elakkan juga minuman seperti jus buah yang ditambah gula.
- Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti kek dan biskut
- Kerang mentah seperti kupang dan tiram yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Apakah minuman yang sesuai untuk diberi setelah bayi mula makan?
Anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa. Sekiranya anda masih menyusu badan, susu anda akan melindungi terhadap penyakit-penyakit selagi anda masih meneruskan penyusuan. Semasa diberi makan, bayi boleh diberi sedikit air masak, lebih-lebih lagi apabila diberi makanan protein kerana ia mempunyai beban osmolar. Bayi boleh diberi air masak sebanyak 4 ke 6 oz dalam sehari. Elakkan daripada memberi air seperti teh dan kopi yang boleh mengurangkan jumlah zat besi yang diserap dari makanan. Minuman berkabonat juga adalah dilarang.
Oleh:Dr Tengku Putri Zainab bt Tengku Ab Malek
Pakar Pediatrik
Sunway Specialist Centre Damansara
FB: Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Putri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Mahu Makan Nasi Atau Mi, Selang Selikan Dengan Oat, Ni Pilihan Oat Sedap Untuk Bayi 6-9 Bulan!
Anak sama macam kita, ada waktunya anak tidak mahu makan nasi. Begitu juga dengan pasta atau roti. Sesekali gantikan dengan oat pula untuk anak.
Idea dan perkongsian Pn Sajna Najihah ini boleh mama gantikan untuk anak yang bosan makan nasi. Oat sememangnya berkhasiat dan mengenyangkan.
Nak lagi sedap dan anak suka, boleh tambahkan dengan buah-buahan seperti resipi di bawah ini. Memang sedap.
Variasi menu oat Tiara Nayla. Dari umur 6 bulan hingga 9 bulan. Menu paling ringkas, cepat dan berkhasiat dan juga pengganti karbohidrat selain nasi/mi.
Kalau kalut-kalut ni memang menu penyelamat Tiara la. Sebab dia kalau lapaq memang tak boleh bawak bincang dah. Setaman dengaq suara dia.
Paling penting bebas gula, garam & pengawet. Jenis oat yang selalu Ummi dia guna ada dekat gambaq paling bawah sekali tau.
Oat, strawberry, susu full cream
(susu bawah umur 1 tahun perlu dipanaskan dahulu)
Oat, buah naga, susu
Oat, betik, yogurt, cereal fawwaz, susu
Oat, avocado, susu, kurma, bayam. Bayam celur dulu ya.
Oat, pisang, kismis, susu.
Oat, betik, susu.
Oat, pelam, susu.
Oat, avocado, kurma, susu.
Moga bermanfaat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI