Siapa dekat sini penggemar sup? Bagi anda yang tiap kali pergi ke kedai makan atau restoran Thai mesti rasa sup dia agak berlainan dari biasa kan? Rasanya yang pedas, masam dan masin cukup rasa sememangnya mampu membuka selera.
Teringin nak buat sendiri menu ringkas dan sedap, patut cuba resipi “Sup Siam Ala Kak Liza.” Mudah, sedap, dan nikmatnya lain macam.
Bahan-bahan menumis :-
1/2 biji bawang holand dihiris.
4 biji bawang putih diketuk
3 batang serai diketuk
2 inci halia diketuk
2 inci lengkuas diketuk
4 helai daun limau purut
Akar ketumbar
1 paket sup tulang bunjut
Bahan-bahan akhir masakan:-
1/2 biji bawang holand
2 batang sederi
2 biji tomato
3 biji cili padi diketuk
Daun ketumbar
3 biji limau kasturi
Jangan lupa 1/2 kilo tulang rusuk lembu.
Cara-cara memasak:
Rebus tulang dan daging sampai lembut. Kalau ada periuk tekanan better guna. Cepat je empuk dagingnya.
RESIPI MENARIK [Resipi Biskut Ovaltine Ala Famous Amos, Air Tangan Azlina Ina, Memang Rangup & Padu]
Panaskan minyak, masuk semua bahan menumis. Tumis sampai kekuningan. Bunjut berbalut putih tu la rahsia kesedapan. Tak perlu jampi pun. Macam biasala, buka tingkap kasi Senah jiran sebelah bau.
Daging dah empuk, masuk je bahan tumis dalam periuk daging. Termasukla bunjut putih tu.
Perah 3 biji buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon. Kalau ada sos ikan masuk la 2 sudu. Tak ada pun takpa.
Kemudian masuk semua bahan akhir masakan. Mudah je, susah bila kau malas. Cili api boleh letak banyak kalau nak pedas terangkat.
LAGI RESIPI MENARIK [Versi Puding Karamel Tanpa Telur & Tak Kukus. Guna Agar-Agar, Lagi Elok Kejadiannya]
Last sekali tabur daun ketumbar. Kalau tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang.
SIAP! Tabur bawang goreng pun sodap. Uihhh rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu.
Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan.
Kredit: Liza Idris
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)