Tak ada idea nak masak apa, tapi anak-anak tetap mahu makan air tangan ibu. Apa kata cuba buat resipi ini. Satu hidangan ini pun dah lengkap untuk makan dengan nasi. Kalau anak tak mahu makan nasi pun, boleh kenyang jika makan sup telur ini saja.
Resipi perkongsian oleh Suzana Othman ini sangat mudah untuk dimasak kerana hanya menggunakan bahan asas yang selalu ada di dapur dan jimat masa.
RESIPI SUP TELUR MUDAH & SEDAP
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar saiz sederhana-hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
3 ulas bawang putih – hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
Ikan bilis- goreng dan ketepikan
1 biji kentang – potong ikut saiz ysng diingini
Setengah biji lobah merah – hiris
4 biji telur
Fucuk dan suhun-rendam dan potong pendek
Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Garam
Serbuk lada putih ajishio
Air
Minyak masak
Cara memasak:
1. Didihkan air dalam periuk rebus kentang hingga separuh empuk
Ads
2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.
3. Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis yang dah digoreng tadi.
4. Masukkan fucuk dan suhun.
Ads
5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.
6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu. Kita tak pecahkan telur direct masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.
Ads
7. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau, biarkan saja telur bersauna dalam periuk dengan aman.
8. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang. Selamat mencuba!
Hujung minggu ni nak jemput kenalan rapat beraya di rumah. Selain nak sediakan rendang, terfikir nak masak makanan berat lain tapi mahukan yang ringkas dan sedap. Tak mahu tetamu rasa muak kalau sediakan hidangan yang berlemak semata-mata.
Salah satu juadah raya yang memang mudah tetapi rasanya ‘mengancam’ adalah Bihun Sup Utara. Rasa sup yang sedap, dimakan pula dengan bihun kuning dan sambal memang ngam sungguh!
Menu Masak Hari Nie 😘 Bihun Sup Utara❣️ Buat ayam dan daging.. Sambal pun buat dua jenis sambal kicap dan sambal merah..
Bahan-bahan : 👉🏻UTK BIHUN (Rendamkan dlm air setakat rendam bihun bersama serbuk kunyit dua sudu besar dan rebus sampai agak lembut utk dimakan, siap rebus terus toskan)
👉🏻UTK KUAH SUP Bahan blend bawah nie ye: – Bwg merah besar 3 biji + bwg putih 5 ulas + halia besar ibu jari + lada hitam dlm 3 sudu besar + cili api hijau kecik 5 biji 👉🏻Ayam ambik yg dada, iqa guna 5 ketul dada 👉🏻Daging iqa guna 1/2 kg – Iqa belah 2 ja daging tu 👉🏻Secukup rasa 👉🏻4 sekawan 👉🏻Sup bunjut 1 packet 👉🏻Sup tulang 1 packet 👉🏻Minyak masak 👉🏻Daun Sup (hiris2) 👉🏻Bawang goreng 👉🏻Lobak masin (hiris2) *ini utk bahan hiasan time nk hidang ya
CARA-CARA BUAT KUAH SUP : 👉🏻Panaskan periuk yg sesuai dan masukkan minyak masak. Bila minyak dah agak panas, masukkan 4 sekawan, sup bunjut dan sup tulang. Masukkan pula bahan blend td, kacau sampai naik bau. 👉🏻Bila dah naik bau, masukkan ayam dan daging dan air agak2 dgn kuantiti ayam daging kita tu. 👉🏻Masukkan secukup rasa ikut rasa sup yg sesuai dgn tekka kita. 👉🏻Bila daging dah empuk lembut, bawak kuar skli dgn dada ayam tu, tggu sejuk sikit carik2kan dada ayam tu. Daging tu hiris halus sikit dan ketepikn. 👉🏻Last skli sblm tutup api, masukkan bwg grg dan daun sup hiris td. Siappp.
👉🏻RESEPI SAMBAL KICAP (blend sampai hancur) : – Cili api hijau kecik dlm 20 biji + bwg putih 5 ulas + kicap jalen lemak manis agak2 sj + secukup rasa secubit (Lepas blend, masak skjp atas dapur)
👉🏻RESEPI SAMBAL MERAH Di bawah nie ye : – Blendkan 2 biji bwg merah kecil + 2 ulas bwg putih & belacan sikit je dlm besar duit seposen – Serbuk cili tu iqa guna brand BABAS guna 2 packet kecik, larutkan dgn air panas, air panas tu buh agak2 je bagi kacau jgn ada ketul2 dah ya. Campur susu manis satu sudu besar. Dan kacau lagi. – Dalam kuali, panaskan minyak masak dalam setengah senduk. Bila dah panas, masukkan bahan blend tu, masak sampai naik bau. – Masukkan bahan bancuhan cili td, masukkan secukup rasa sikit ikut tekak kita agak2 ja jgn masin dan jgn tawar. Kacau sampai agak kering mcm iqa buat tu ye dan blh tutup api.
#DariDapurCikebumbum
Menu ringkas dan sedap ni sangat sesuai disediakan kalau ada tetamu nak datang rumah. Modal tak besar, tapi hasilnya banyak. Berbaloi-baloi untuk dijadikan juadah rumah terbuka mahupun jika ada tetamu yang datang mengejut. Selamat mencuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Demam, batuk, selesema antara yang kerap dialami oleh anak-anak. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas, kebanyakan anak ramai tak sihat. Bukan itu saja, bila anak ada gejala ini, ibu bapa akan mula risau takut dijangkiti Covid-19.
Namun jika dah bawa jumpa doktor dan tiada apa-apa serius, dapatkan rehat cukup, dalam masa beberapa hari akan sembuh. Cuma untuk nak mengurangkan risiko demam, selesema dan batuk, ibu-ibu boleh cuba buat resepi sup ini.
Resepi yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini sesuai untuk anak demam, selesema, batuk. Ia dikatakan bagus untuk meningkatkan sistem imun badan anak. Berikut adalah perkongsiannya.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu. Habbatus Sauda. Minyak Zaitun. Minyak kelapa. Air kelapa tanpa gula. Singgang. Broth Soup.
Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba. Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai naturalsupplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2, 3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam.
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSG semulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasa MSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.