Kalau anda sekeluarga gemarkan kambing, resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini mesti dicuba. Bukan saja enak dijadikan lauk untuk nasi minyak atau nasi beriani, tapi sesuai juga dimakan bersama roti.
Musim-musim raya kalau dah bosan buat rendang untuk dinikmati dengan nasi impit, sesuai juga masak Kambing Yogurt ni. Ngam juga dimakan bersama!
Resipi Kambing Yogurt;
Awal pagi tadi lagi aku dah mengambing.
Inilah dia Kari Kambing Yogurt yang mudah dan sedap yakmat. Bila guna yogurt ni, lain tau rasa sedap dia tu. Ni ha aku share cara nak buat dia.
Baca Juga:
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!
Bahan-bahan nak kena ada:
300-500gm ketulan daging kambing
5 ulas bawang merah dihiris nipis*
3 ulas bawang putih dihiris nipis*
1 kulit kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
5 biji buah pelaga*
3 tangkai daun kari*
1 bungkus rempah kari daging
130gm atau 1 cawan yogurt
Cara nak buat dia:
1. Masukkan rempah kari ke dalam kambing dan gaul sebati dan ketepikan. Aku beli daging kambing frozen jer weh.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * sehingga harum dan masukkan kambing tadi. Kacau sebati dan tambah secawan air. Tutup periuk dan biarkan kambing masak.
3. Kemudian masukkan yogurt. Kacau sebati dan masukkan garam. Kacau seketika dan tutup api.
Siap. Senang dan sedap.
Kari kambing sedap ni nak makan dengan nasi boleh, nak buat cicah roti pun padu ni. Aku cicah ketupatlah, masih raya ni.
Cubalah wehhh.
#superdaddy
Semoga perkongsian resipi dari Superdaddy ini dapat memberi inspirasi kepada ibu atau ayah yang mungkin buntu nak sediakan hidangan untuk keluarga. Dengan resipi seringkas ini tetapi rasanya sedap, memang berbaloi untuk dicuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!