Bulan lalu viral kisah pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Ternyata ia telah mengundang kemarahan orang ramai dan ramai menyalahkan pendakwah berkenaan.
Terpanggil untuk mendapatkan penjelasan lanjut, satu sesi temubual eksklusif bersama Hijabista telah diadakan baru-baru ini.
Bagi Ain ‘Afini Latif, 23, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa yang berlaku. Tidak ada dengan pada pihak berkenaan sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.
“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.
“Saya sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuaran saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.
Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecil dengan penuh kasih sayang. Tak kan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita begini. Jadi tak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Ain.
Ads
Rawat Hati Baca Surah Taha & Ar Rahman
“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.
“Dalam ayat itu Tuhan menyebut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.
“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks, tambahnya yang kini sedang sarat hamil 8 bulan.
Biasa berdikari
Ads
Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.
“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM. Insya-Allah lepas bulan September nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalan kesihatan sepanjang mengandung. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri tengah mengandung.
Oleh sebab itu, baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stres disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.
Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.
Ads
Mahu keluarga ada di sisi saat lahirkan anak
“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Sebolehnya saya mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.
“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan suami. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhir dengan sesuatu yang tak baik.
Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikit pun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.
Setiap perkara yang baik tentu diberikan balasan pahala jika dilakukan dengan ikhlas. Sabar melayan kerenah anak memang besar ganjarannya.
Kesabaran dalam mendidik anak bermula dari si kecil lahir hinggalah ke akhirnya. Tugasnya tidak pernah habis dan sabar yang diperlukan tidak sedikit. Namun jika ia mampu dilaksanakan dengan baik, pahalalah imbalannya.
Sebagai ibu ayah, tugas kita tidak sekadar itu. Tamak pahala di penghujung Ramadan ini seakan perlu, meniti hari-hari terakhir bulan yang mulia ini untuk merebut bekalan akhirat. Semoga kedatangan Ramadan kali ini lebih berkat dan memberikan rahmat kepada semua.
Ketika dalam perjalanan balik kampung musim raya ini, apa kata mama papa sambil balik kampung tu sambil beramal?
Tak payah susah-susah pun; hanya pergi je isi minyak kenderaan di stesen minyak Shell! Kenapa? Sebab Shell sekarang ini tengah buat kempen CSR bernama ‘Anda Beli, Kami Derma’.
Beli sambil menderma dengan Shell
Kempen ni akan bermula pada 30 Mei sehingga 8 Jun 2019. Basically, Shell akan dermakan 1 sen bagi setiap liter minyak yang mama papa beli dan bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select kepada tiga pertubuhan amal berikut:
• National Cancer Society
• Food Aid Foundation
• Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Bagi resit yang asal atau fotokopi di mana-mana stesyen minyak Shell untuk pilih pertubuhan mana yang mama papa nak bagi sumbangan.
Sekiranya anda membuat bayaran menggunakan Mastercard, Mastercard akan memberi derma tambahan sebanyak 1 sen* bagi setiap liter minyak atau setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select.
Akibat tertekan anak tidak mendengar kata, tambahan isterinya sedang sarat mengandung menyebabkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju, Rabu lalu.
Bagaimanapun perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas guru tadika sekolah anaknya di Persiaran Utama, di Kulim, melihat mangsa berusia lima tahun itu dalam keadaan lesu, batuk dan terdapat kesan lebam di muka ketika hadir ke tadika.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, gurunya kemudian bertanya kepada mangsa sebelum dia memberitahu dipukul bapanya ketika berada di rumah mereka di Kulim Hitech Park, Kulim.
Menurutnya, gurunya membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat kesan lebam di belakang badan, tangan, muka dan punggung.
“Bimbang dengan keadaan mangsa, dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis.
“Susulan itu, polis kemudian menahan bapa mangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ahmad Nasir berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul anaknya menggunakan penyangkut baju plastik kerana mangsa nakal dan tidak mahu mendengar kata.
“Suspek yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara anaknya kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Namun, bukan semua bertuah diberikan rezeki itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunakan pelbagai kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.
Bagaimanapun ada pasangan yang diuji apabila hanya menunggu masa saja untuk menimang cahaya mata tetapi tak kesampaian apabila bayi dalam kandungan meninggal dunia hanya beberapa hari lagi nak melihat dunia.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini melalui yang diuji setelah bayi dikandung dijemput Allah pada usia kandungan 38 minggu dan bila-bila masa saja menjengah dunia.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...