Surah Taha & Ar Rahman Peneman Tidur. Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati

Share

Bulan lalu viral kisah pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Ternyata ia telah mengundang kemarahan orang ramai dan ramai menyalahkan pendakwah berkenaan.

Terpanggil untuk mendapatkan penjelasan lanjut, satu sesi temubual eksklusif bersama Hijabista telah diadakan baru-baru ini.

Bagi Ain ‘Afini Latif, 23, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa yang berlaku. Tidak ada dengan pada pihak berkenaan sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.

“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.

“Saya sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuaran saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.

Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecil dengan penuh kasih sayang. Tak kan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita begini. Jadi tak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Ain.

Rawat Hati Baca Surah Taha & Ar Rahman

“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.

“Dalam ayat itu Tuhan menyebut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.

“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks, tambahnya yang kini sedang sarat hamil 8 bulan.

Biasa berdikari

Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.

“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM. Insya-Allah lepas bulan September nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalan kesihatan sepanjang mengandung. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri tengah mengandung.

Oleh sebab itu, baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stres disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.

Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.

Mahu keluarga ada di sisi saat lahirkan anak

“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Sebolehnya saya mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.

“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan suami. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhir dengan sesuatu yang tak baik.

Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikit pun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.

Sumber: Hijabista

Published by
Wan Amy