Doa adalah senjata setiap mukmin. Ajarkan anak-anak kita mengamalkan surah ini setiap hari. Apabila ia dibaca sebanyak 40 kali, selama 40 hari, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam al-Quran, terletak pada juzuk ke-27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Ads
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
Ads
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Ads
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Peranan seorang ayah mungkin ramai yang terlepas pandang. Salah satu peranan yang sangat besar sebagai seorang ayah adalah untuk menjaga kestabilan keluarganya. Tak mudah menjadi seorang ayah.
Tekanan dirasakan bukan main main kerana di bahu seorang ayah terletaknya :
-Nafkah isteri
-Nafkah anak anak
-Tanggungjawab mendidik agama isteri
-Tanggungjawab mendidik agama anak anak
Kadang para ayah selalu disalah faham bahawa mereka tak ada masalah dalam hidup mereka
Padahal psikologi kebanyakan lelaki, ketika mereka tertekan:
-Mereka lebih memilih untuk diam
-Mereka suka pendam perasaan
-Mereka tunjuk mereka tenang
-Mereka tunjuk mereka kuat
Sedangkan di dalam diri seorang lelaki bergelar ayah juga ada ribut emosi yang melanda.
Terkadang mereka juga kadangkala mengalami ribut emosi (Irritable Male Syndrome)
-Mudah marah
-Mudah melenting
-Mudah merajuk
Tapi kebanyakan lelaki bergelar ayah akan sedaya upaya menutup semuanya demi melihat anak dan pasangannya bahagia
Bukan kerana mereka kuat tapi kerana itulah yang perlu mereka buat untuk menjadi seorang kepala dan ketua rumahtangga
Masuk sekitar usia anak 1-3 tahun, ketika itulah kita akan ajarkan anak banyak perkara baru. Selain bercakap, ada sesetengah ibu ayah mungkin akan perkenalkan huruf ABC atau mengaji Alif Ba Ta. Seronok tengok anak-anak belajar dan ‘tangkap’ semua ilmu yang kita kongsikan.
Anak pasangan selebriti yang diminati ramai, Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sering mendapat perhatian peminat kerana keletahnya yang comel serta periang.
Bercerita tentang perkembangan anak kecil, sebuah video yang dikongsikan oleh akaun Lovelyfatima._ menunjukkan momen Fattah sedang mengajar puetrinya itu mengenal Alif Ba Ta. Dengan lancar, Fatima menyebut satu per satu huruf yang diajarkan daddynya.
Melalui video tersebut dalam dilihat keakraban dua beranak ini. Ternyata Fatima sangat rapat dengan Fattah. Di hujung video, Fattah memuji anaknya itu sambil Fatima membuat thumbs up. Comel betul!
Amboi, bukan main Nyamma ya? Seronok betul bila daddy puji. Bijak sungguh Fatima, dapat ikut apa yang disebut dengan begitu baik sekali. Semoga awak membesar dengan sihat, bijak dan berjaya seperti daddy dan mummy nanti ya!
Menasihati anak-anak tidak semestinya perlu memarahi mereka dengan nada yang kasar, memberi ugutan dan menakut-nakutkan si anak.
Jika kita menghayati bagaimana ajaran nabi dalam mendidik anak, pasti kita ketahui banyak manfaat kepada emosi anak.
Cara Rasulullah ﷺ menyampaikan pendidikan, jika ditinjau melalui hadith Umar bin Abi Salamah r.a ini:
1. Kandungan nasihat baginda adalah menurut keutamaan. Walaupun penyataan masalah ialah tangan merata-rata semasa makan, apa yang baginda utamakan ialah mulakan makan dengan membaca Bismillah, makan dengan tangan kanan, dan dahulukan makanan yang paling hampir.
2. Baginda menjelaskan apa yang betul, bukannya menegur apa yang salah. Cara ini boleh dicapai tanpa menggunakan perkataan ‘jangan’ dalam bentuk larangan, atau gertakan yang menakut-nakutkan. Mengetahui apa yang sepatutnya dibuat, harus mendahului larangan melakukan apa yang tidak patut dibuat.
3. Baginda membahasakan Umar bin Abi Salamah al-Makhzumi dengan panggilan “ghulam” yang mengandungi identiti ( budak lelaki) dan kasih sayang (emosi). Nasihat tidak jalan hanya dengan fakta dan logik. Sebaliknya ia perlu bersama dengan kasih sayang.
4. Kesan teguran Rasulullah ﷺ itu berbekas pada diri budak berkenaan hingga di dalam lafaz al-Bukhari, beliau mengulas dengan katanya bahawa semenjak itu demikianlah cara beliau makan.
5. Umar bin Abi Salamah semasa menceritakan kejadian ini, beliau menunjukkan pengetahuannya mengenai apa ‘kesalahannya’ yang mengundang teguran Nabi ﷺ . Teguran baginda bersifat ‘direct’ dan bukan secara menyindir. Misalnya dengan kata-kata “hurmm, kalau budak tu buat le cara budak-budak. Mak ayah tak ajar ke?”
6. Prioriti ilmu agama bukan fakta dan pengetahuan semata-mata, tetapi amal dan adab, dengan Tuhan dan sesama insan.
7. Di dalam konteks sirah, kita lebih dapat meluaskan manfaat dengan memikirkan Rasulullah ﷺ sebagai guru yang mendidik murid, berbanding emak ayah mendidik anak di rumah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.