Sejak kerajaan membenarkan perjalanan keluar negara, ramai yang sudah mula merancang untuk membawa anak bercuti ke luar negara. Pun begitu proses membuat passport yang sukar terutama terpaksa membuat temujanji dan sebagainya, membuatkan kita bertangguh.
Selebriti media sosial, Dr Say Shazril turut berkongsi tip dan panduan serta cara mudah untuk membuat passport anak agar tidak menyusahkan ibu bapa ketika tiba di kaunter kelak.
Bukan itu sahaja, malah melalui Instagramnya, Dr Say yang baru memenangi Influencer Pilihan ini juga turut berkongsi dokumen yang diperlukan.
Paling penting kata Dr Say, jangan lupa membawa surat beranak asli dan dua keping gambar anak. Ini penting!
“Passport For Kids & Babies. Sebenarnya untuk babies & kids bawah 13 tahun senang, dokumen kena lengkap, tu je. Untuk depa ni, WAJIB HADIR KE JABATAN IMIGRESEN kat mana sahaja atas pilihan kalian. Pilihlah tempat yang tak berapa “hot”.
“Sebelum pergi Jabatan Imigresen, sediakan original dan satu salinan birth certificate, original & satu salinan mykad salah seorang penjaga.
“Birth cert ni wajib wajib wajib bawak yang original masa gi jabatan imigresen, kalau tak memang 100% depa tolak. Berjuta kali depa ulang tang birth cert ori ni kat Imigresen Putrajaya tempoh hari.
Ads
“Mykid optional, kalau ada bawak yang original & 1 salinan. Ada yang kata kena bawak sijil kahwin, Putrajaya tak mintak tapi to be safe bawak yang original & 1 salinan.
“Satu lagi yang optional adalah gambar hardcopy budak/ baby, ahaa kat sini yang saya sangkut. Saya ingat babies tak perlu gambar hardcopy sebab nanti amik gambar pakai mesin kat jabatan imigresen tu rupa-rupanya bila dah sampai nombor saya baru saya diberitahu yang hardcopy gambar baby diperlukan,” tulisnya berkongsi.
Namun kata Dr Say lagi yang sudah pun terbang ke Amsterdam bersama anaknya ini, paling penting menurut katanya, ketika mengambil passport berkenaan, pastinya anak turut sama di bawa ke kaunter.
Jadi tidak perlulah menghantar anak pulang terlebih dahulu kerana anak perlu turut serta ketika di kaunter.
Ads
“Tapi ada jugak followers saya cerita dekat jabatan imigresen lain, baby diorang amik gambar pakai mesin kat situ jadi TO BE SAFE, amik ja gambar hardcopy budak/ babies siap-siap kat kedai gambar. Imigresen nak 2 keping.
“Selalunya kat jabatan imigresen akan ada lane khas untuk warga emas, wanita mengandung & kanak-kanak. Nasib saya tak berapa baik, kat Putrajaya masa saya pergi Jumaat lepas takde lane khas.
“Berkicap beratur panjang sambil dukung baby. Sampai atas baru dia bagi keutamaan untuk dapatkan nombor. Nombor dipanggil, bagi semua dokumen, kemudian tunggu lagi nombor dipanggil untuk buat pembayaran yakni RM100 yang mana kat Putrajaya HANYA TERIMA debit/ credit card/ ewallet.
“Selesai pembayaran tunggu lagi sekali nombor dipanggil untuk pungutan pasport, setel. Owh budak/ baby kena ada semasa pungutan pasport jadi jangan pandai-pandai hantar anak balik & amik pasport tu solo ye.
Ads
“Aritu saya sangkut tang beratur takde special lane, system down, tak sediakan hardcopy gambar baby, imigresen tutup 12.15pm – 2.45pm sebab hari Jumaat.
“In a nutshell, SEDIAKAN DOKUMEN RAPI-RAPI, PILIH CENTER YANG TIDAK BERAPI & JANGAN PI HARI JUMAAT. Sekian, harap membantu,” tulisnya berkongsi.
Semoga perkongsian dan tip dari Dr Say ini membantu memudahkan urusan mak ayah untuk menyediakan dokumen untuk membuat passport anak. Paling penting jangan tinggal dokumen!
Baru beberapa jam bertolak pulang ke rumah, kehilangan isteri dan seorang anak dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi semalam sungguh tak disangka.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Siti Khadijah Haron, 33, dan bayi perempuannya, Nur Qaireen Marissa Nor Azry.
Baru lepas hadir program hari keluarga
Menurut sumber, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke Pahang selepas mengikuti hari keluarga di Alor Setar, Kedah.
Kemalangan kira-kira jam 12.10 tengah malam itu turut membabitkan sebuah lagi treler dan tiga lagi kenderaan lain termasuk sebuah jip.
Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad memaklumkan treler yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan terlebih dahulu melanggar sebuah kereta jenis Volvo sebelum merempuh Proton Waja yang dinaiki mangsa.
Akibat rempuhan itu, kenderaan dinaiki lima beranak itu terperosok di bahagian belakang sebuah lagi treler yang berada di hadapan di lorong kiri lebuh raya.
Shafee berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang Proton Waja tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Suami dan dua anak lain selamat
Suami arwah dan dua lagi anak perempuan dan lelaki masing-masing berusia tujuh dan lima tahun walau bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Pulang awal untuk urusan persekolahan anak
Sementara itu, menurut bapa mentua arwah Siti Khadijah, Mohd Rosddin Hasbullah, 62, mereka sekeluarga pulang awal dari program hari keluarga untuk selesaikan urusan persekolahan anak sulungnya yang akan masuk darjah satu.
Mohd Rosddin tidak menyangka majlis bersama keluarga di Alor Setar itu adalah pertemuan terakhirnya.
Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut apabila Nor Azry memberitahu bahawa mereka terbabit dalam kemalangan.
Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Bukit Tinggi, Pahang selepas berkumpul dengan ahli keluarga di Alor Setar sejak Isnin lalu.
Tidak tunjuk sebarang perubahan
Mohd Rasddin berkata, sebelum pulang Nor Azry sekeluarga juga sempat ke Padang Besar, Perlis dan bertolak pulang kira-kira 8.30 malam sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu pada tengah malam.
“Menantunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi dia agak banyak bercakap dan mengikut semua permintaan anaknya ketika beli-belah di Padang Besar.
“Mereka sempat singgah makan di Bukit Mertajam dan menghantar gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga.
“Mereka juga sempat singgah di beberapa kawasan untuk makan sebelum kejadian,” katanya.Jenazah dua beranak itu dibawa pulang ke kediaman keluarga Siti Khadijah di Kuantan untuk dikebumikan.
Ibu-bapa kadang-kadang terlepas pandang tentang pemakanan anak yang menghidapi asthma. Anak yang mengalami asthma ini sebenarnya perlu dititikberatkan pemakanannya supaya tidak melarat.
Jaga 5 makan minum ini dari anak-anak asthma atau anak yang kerap batuk , kalau kita nak elakkan anak kena serangan asthma bila mula raya nanti.
Raya nanti, berkumpul bersama-sama sedara mara, ziarah raya rumah keluarga, kadang kita tidak dapat kawal pemakanan anak. Sebagai contoh, air manis, kuih raya atau jajan.
Apatah lagi dalam bulan puasa ini, semestinya anak-anak lebih teringin untuk makan dan minum yang sedap-sedap kan.
Kalau dari Ramadan kita dah jaga usus anak bagi makan minum yang baik, elak 5 jenis makan dan minum ini, in sha Allah radang di tubuh anak masih dalam kawalan.
Melalui perkongsian Dr. Mazliana Mazlan, beliau menyarankan supaya ibu-bapa mengelakkan makanan dan minuman ini:
Air manis, air berwarna, air berperisa. Semua ni anak asthma kena pantang waktu berbuka. Sebagai pilihan yang lain cari air kelapa tanpa gula, air boabab campur madu, air dari jus buah.
2. Roti dari gandum. Antara makanan yang kerap buat anak batuk, tapi kita tak sedar. Elakkan makanan sampingan dari roti, gantikan dengan buah, lebih baik kan.
3. Kuih muih dari tepung gandum, tinggi pewarna dan perisa tiruan. Ganti dengan kuih tanpa gandum dan tanpa pewarna dan perisa tiruan.
4. Fast food burger, sosej nugget, fries ada kandungan MSG dan pengawet yang boleh trigger anak asthma. Ganti dengan yang buat sendiri. Atau cari pilihan lebih baik contohnya Khayr dan Delima Emas.
5. Air coklat instant 3 in 1 tinggi gula untuk tenaga. Elakkan bagi pada anak waktu sahur. Boleh ganti dengan air nabeez atau air coklat homemade yang kita buat sendiri kat rumah.
Peringatan mesra dari Dr Mazliana Mazlan untuk ibubapa cuba bersama-sama untuk menjaga pemakanan anak yang menghadapi asthma. Sebagai ibubapa, kita mesti ingin melihat anak membesar dengan sihat bukan?
Bila musim perayaan atau keraian macam sekarang ini barulah kita terfikir untuk ke kedai mencuci barang kemas supaya nampak lebih berkilat. Sebenarnya tak perlu pun ke kedai, ada cara mudah nak cantikkan barang kemas jadi lagi berkilat.
Tip yang dikongsikan oleh pekerja kedai emas yang berpengalaman selama 13 tahun ini anda kena cuba. Memang bersinar, macam baru. Jom cuba perkongsian tip oleh Bunga Yanie.
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Cara-cara nak cuci emas.
Lepas ni takyah susah-susah pergi kedai emas cuci pastu kena caj.
Korang guna je sabun Joy or Glo. Masukkan dalam periuk.
Of course la letak air kan. Pastu letak la sabun sikit.
Korang masak atas dapur gas. Agak-agak dah didih or korang nampak kotoran terapung (tengok pic no 4) tutup dapur gas.
Lepas tu ambil berus gigi dan gosok barang kemas sampai bersih.
Jangan lupa bilaskan dengan air bersih dan keringkan guna kipas or hairdryer. Settle!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rania & Rizqin: Bintang Skuasy Cilik dan Inspirasi Buat Ibu Bapa Malaysia
Dalam dunia hari ini yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik, kisah...