Kehamilan

“Surat Doktor Mesti Dikeluarkan Dalam Tempoh 30 Hari Sebelum Penerbangan” Tasha Manshahar Kongsi Tip Naik Flight Ketika Hamil

Share

Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi pengalaman pertamanya menaiki pesawat ketika sedang hamil. Perkongsian beliau dibuat di instagramnya. Ramai yang bertanya-tanya boleh ke menaiki pesawat ketika hamil?

Beliau berkongsi langkah demi langkah apa yang perlu dibuat sebelum penerbangan. Apa yang penting untuk ibu hamil, anda perlu dapatkan nasihat perbuatan daripada doktor.

Ada tak tips jalan jauh masa pregnant? Ni baru jalan separuh hari dah nak demam rasa. Baru dalam Malaysia ni.

Boleh Ke Naik Flight Masa Pregnant

Oh yea, ramai juga tanya boleh ke naik flight kalau pregnant. Tu jugak yg bermain dalam fikiran sebelum book flight ticket. Maklumlah, first time kan. So ni sikit info untuk yang first timer mcm Tasha. 

Ambil Borang Dekat Kaunter

Tasha naik Air Asia. Untuk kandungan bawah 28 minggu, sebelum masuk pintu perlepasan, kena ambil satu borang dekat kaunter dan isi. Ada 3 helai kertas, satu untuk simpanan kita, 1 bagi masa dekat gate, dan 1 lagi bg dekat cabin crew.

Sertakan Pengesahan Doktor

Untuk 28 minggu – 34 minggu kena sertakan surat pengesahan doktor sekali berkenaan tahap kesihatan kita dan kandungan.

Surat Doktor Mesti Dikeluarkan Dalam Tempoh 30 Hari Sebelum Penerbangan

Surat doktor tu mesti dikeluarkan dalam tempoh 30 hari sebelum penerbangan. Kalau lebih, kena pergi dapatkan surat baru daripada doktor tau.

35 Minggu dan Ke Atas Tak Dibenarkan Terbang

Untuk kandungan 35 minggu dan ke atas dah tak dibenarkan terbang ya. Pastikan jaga kesihatan, bawa ubat-ubat yang dinasihatkan oleh doktor, bawa buku pink dan doa banyak-banyak minta Allah pelihara dan permudahkan semua.

Different airlines may have different procedures. So better korang double check okay? 

Sumber: Tasha Manshahar

Published by
NuFa