Suri Rumah Diceraikan Dalam Keadaan Tiada Simpanan, Ibu 3 Cahaya Mata Ini Kongsi Nasihat “Rezeki Allah Tu Luas”

Share

Sejak akhir-akhir ini begitu banyak hal rumah tangga berkaitan penceraian berlaku dalam kalangan selebriti. Tiada siapa yang pinta perpisahan apabila sudah mendirikan rumah tangga.

Sama seperti ibu kepada 3 cahaya mata yang masih kecil ini, baginya perpisahan ada hikmah buat diri dan keluarga. Namun ianya bukan perkara yang mematahkan semangat untuk terus berjuang demi anak-anak.

DICERAIKAN DALAM KEADAAN TAK BERSEDIA

Salam suri, ini sekadar luahan. Sejak dua menjak ni begitu ramai diuji dengan perceraian. Begitu jugak saya. Saya seorang surirumah yang hanya berniaga makanan dari rumah, diceraikn dalam keadaan belum bersedia dan dalam keadaan tak tahu apa kesalahan saya. Saya ada anak 3 orang yang baru nak mulakan persekolahan tahun ni. Saya buntu, saya kasihankan anak-anak. Anak-anak masih perlukan kasih sayang seorang ayah.

TAK HENTI DOA MOGA ALLAH SATUKAN KEMBALI

Hari berganti hari, sebelum tiba hari lafaz di mahkamah, tak henti-henti saya berdoa moga Allah satukan hati kami kembali demi anak-anak. Saya tak pernah merayu depan ex, saya hanya mampu berdoa dan merintih dihadapan Allah sahaja. Akhirnya, urusan lafaz di mahkamah selesai, saya packing barang dan pulang ke kampung. Saya pulang dalam keadaan takde simpanan, buntu. Asyik pikir “macam mana itu macam mana ini”.

PEGANG STATUS IBU TUNGGAL/JANDA

Edah bermula. Takde kata rujuk. Hari-hari menangis dalam sujud. Bila tengok muka anak auto menangis. Tapi saya perlu kuat. Saya settle urusan pertukaran sekolah anak sendiri. Dulu penjaga nama ibu dan bapa, sekarang hanya nama ibu sahaja dalam borang sekolah anak (sebagai ibu tunggal/janda)🥲 Berat nak bawak gelaran tu. Saya malu. Selalu fikir teruk sangat ke aku?

Baca:

‘Bayi Parah Dibaham Kera’ Kini Bergelar Doktor, Tamat Pengajian Di Al-Azhar Mesir

“Rasa Bersalah Dengan Anak” Genap 8 Tahun Berhenti Merokok, Bapa Ini Kongsi Tip.

Tampal Lencana & Nama Pada Pakaian Sekolah Paling Senang, Guna Je ‘Double Sided Adhesive Clot’

REZEKI ALLAH MAHA LUAS

Saya cuba berniaga kat kampung tapi sambutan tak memuaskan macam berniaga kat bandaraya sana. Saya cuba cari kerja lain. Saya perlu bekerja demi anak-anak saya. Saya email resume sana sini. Rezeki Allah tu maha luas, baru 2 minggu balik kampung saya dapat kerja. Betul tak sangka, Allah tu baik. Dia takkan sia-siakan hambaNya yang teraniaya. Urusan anak jugak dipermudahkan. Yang kecik faham yang ibu kena keluar bekerja, untuk cari duit. Seorang anak yang selalu menangis, tapi kini sangat tenang dan mudah dijaga saat ibu keluar bekerja.

SEMAKIN REDHA & BAHAGIA BERSAMA ANAK

Alhamdulillah , Allah bagi rezeki kat anak-anak melimpah ruah. Begitu juga saya. Hampir 10 tahun takde pengalaman bekerja, Allah bagi rezeki tepat pada masanya. Saya semakin redha dan bahagia bersama anak-anak, ibu dan ayah.

JANGAN PUTUS ASA

Pesan saya, jangan putus asa. Jangan down. Allah ada. Percaya pada rezeki Allah. Yang menzalimi kita, biarkan. Allah dah tunjuk sedikit kat dunia. Hidup takkan pernah tenang dan senang selagi kita tak pandai bersyukur. Percayalah, hidup kita dan anak akan lebih bahagia, ni ujian untuk kita. Tak semua orang dapat. Bila kita redha, Allah akan balas dengan nikmat yang tak disangka. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Kredit: Kami Suri Rumah

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Published by
NuFa