Kejadian baru-baru ni buat ramai orang tersedar akan realiti sebenar masyarakat kita. Mahu tak mahu suri rumah kena pandai berdikari dan tak boleh 100 peratus bergantung pada suami sahaja.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais, seorang suami yang selalu menulis berkaitan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan mengenai 5 perkara suri rumah kena buat dari sekarang semasa semua masih bernyawa dan masih indah.
1 – Buat simpanan sendiri
Sekurang kurangnya kena ada simpanan sendiri berjumlah 6 bulan komitmen belanja rumah dan anak anak. Lagi banyak lagi bagus tapi mulakan 6 bulan dulu.
Simpanan ni tak boleh usik langsung kecuali betul betul darurat. Kalau terpaksa rahsiakan dari suami, rahsiakan la.
Simpanan ni gunanya nanti sara diri dan anak anak sementara menunggu dapat duit dari hibah atau faraid. 6 bulan tu senario paling cepat, paling lama ada yang sampai 6 tahun pun tak selesai selesai lagi.
2 – Sentiasa minta nafkah
Nafkah yang suami bagi setiap bulan bukan guna untuk belanja sakan tapi untuk di simpan. Mungkin sebab inilah nafkah untuk isteri tu wajib di beri. Walaupun suami dah tanggung semua makan minum tetap kena minta nafkah.
Ada hikmah di sebalik nafkah. Bukan suka suka suruh bagi tapi bagi supaya isteri ada simpanan sendiri dan tak meminta minta.
3 – Ambil tahu semua simpanan, pendapatan dan segala aset suami
Bukan nak tamak bolot semua harta tapi nak suruh berjaga jaga dari awal. Yang wajib tahu ialah berapa harta suami dan siapa penama yang di letak supaya senang nak di urus esok esok.
Kalau ada yang bermasam muka abaikan je. Lebih baik di benci masa hidup daripada di caci bila sudah mati nanti.
4 – Ambil tahu semua polisi perlindungan suami peribadi dan syarikat
Macam kerja swasta biasanya ada sediakan insuran nyawa. Tapi terhad untuk kematian semasa bekerja sahaja. Selain dari itu ada juga pampasan yang di beri oleh majikan.
KWSP pun kena tahu berapa ada dalam simpanan. Sama ada suami pernah keluarkan, ada di laburkan dalam public mutual atau mana mana pelaburan isteri kena tahu. Risau nanti lepas suami dah tak ada semua tu akan terbiar macam tu je.
Banyak juga saya jumpa ambil polisi perlindungan takaful tanpa di ketahui oleh pasangan. Diam diam ambil. Takut berebut katanya. Allahu, salah tu. Bagitahu pasangan bukan nak suruh berebut tapi nak suruh mudah urus nanti.
Bila isteri tak tahu apa apa lagi berisiko ramai yang akan mengaku sedara nak berebut harta nanti.
5 – Cari pendapatan sendiri
Mahu tak mahu zaman sekarang ni surirumah pun kena pandai cari pendapatan sendiri. Gunanya nanti bila dah tak ada tempat bergantung harap, tak ada la terkuntang kanting seorang diri, mana nak bekerja dan mana nak urus anak lagi.
Sekarang dah mudah nak ada pendapatan. Buat dari rumah pun boleh jana pendapatan lumayan. Banyak je. Kena usaha cari. Tak boleh banyak alasan.
Tak semua cerita cinta itu indah, tak semua boleh sampai #RoadToJannah.
Hidup perlu di teruskan walaupun dah tanpa pasangan. Adakala ujian sebenar rumahtangga hadir selepas kematian. Jadi buat la persediaan sebaik mungkin. Supaya hidup tanpa penyesalan.
Sumber: Mohd Fhais
Para suami pun ambil serius hal ini ya, isteri dan anak adalah amanah walaupun setelah mati.
p/s : Tolong tag surirumah lain juga ye supaya mereka pun boleh buat persediaan awal dan masih ramai yang tak ambil serius hal ni. Ingatkan mereka juga.